KRT Jalan Jelawat Seri Putra Kuala Langat

KRT Jalan Jelawat Seri Putra Kuala Langat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Jalan Jelawat Seri Putra Kuala Langat, Community Center, Jalan Jelawat 1 Taman Sri Putra, Banting.

SUKANEKA MERDEKA KRT JELAWAT 2025Sukaneka Merdeka 2025 KRT Jelawat telah berjaya diadakan dengan kerjasama daripada Ahli...
07/09/2025

SUKANEKA MERDEKA KRT JELAWAT 2025

Sukaneka Merdeka 2025 KRT Jelawat telah berjaya diadakan dengan kerjasama daripada Ahli Majlis Zon 19 MPKL pada 7 Sept. 2025 (Ahad) di Balai Raya Jelawat Taman Sri Putra.

Program yg berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari telah dirasmikan oleh En. Ahmad bin Jantan, Ketua Kampung Banting serta telah dihadiri oleh lebih 100 orang yg terdiri dari kanak2 dan dewasa Sektor Jelawat. Hadiah2 utk Sukaneka pada kali ini disumbangkan oleh Ahli Majlis Zon 19, En. K. S Tan.

Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yg membantu menjayakan program pada kali ini, juga kepada para penyumbang dan Komuniti Jelawat yg sentiasa menyokong program2 anjuran KRT.

09/09/2024
PROGRAM SUKANEKA MERDEKA 2024 KRT JALAN JELAWAT TAMAN SRI PUTRA. Alhamdulilillah.Pada 8hb September 2024, telah diadakan...
09/09/2024

PROGRAM SUKANEKA MERDEKA 2024
KRT JALAN JELAWAT TAMAN SRI PUTRA.

Alhamdulilillah.
Pada 8hb September 2024, telah diadakan Program Sukaneka Merdeka KRT Jalan Jelawat bagi tahun 2024.

Program bermula pada jam 8 pagi dengan pendaftaran setiap keluarga dan bersarapan bersama-sama sebelum berarak beramai-ramai pusing satu padang Jalan Jelawat.
Basikal berhias juga mengiringi perarakan tersebut yang disertai oleh warga KRT.

Kemudian, majlis diteruskan dengan perhimpunan dengan nyanyian lagu Negaraku serta ucapan alu aluan oleh Pengerusi KRT Jelawat, En Azli Abdullah.

Kemuncak program tersebut adalah acara sukaneka yang disertai oleh semua kariah dari usia 4 tahun hingga warga emas.

Acara yang diadakan adalah:
Acara Kanak-kanak usia 4 - 7 tahun:
1. Pertandingan Mewarna
2. Balut Mumia

Acara Kanak-kanak usia 7-12 tahun:
1. Isi Air Dalam Botol (Lelaki /Wanita)
2. Bawa pingpong dalam sudu

Acara Remaja 13 tahun - 17 tahun:
1. Sarung Kain Pelekat Tak Putus
2. YES @ NO

Acara Dewasa 18 tahun ke atas:
1. Isi Air dalam Botol
2. Baling Bola PingPong masuk tray

Acara Warga Emas:
- Musang Berjanggut

Acara Famili:
- Belon Kasih Sayang

Acara Terbuka: TEKA KACANG

Acara tamat tepat jam 12 tengah hari.
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan majlis penutup yang disampaikan oleh En Razi Ashari, wakil Pegawai Perpaduan Kuala Langat.
Majlis penutup juga telah diserikan dengan kehadiran Ketua Kampung Banting, En Ahmad Bin Jantan, pengerusi-pengerusi dari KRT Jalan Tilapia, KRT Jalan Semilang, serta KRT Jalan Seluang.

Segulung penghargaaan & jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Sukaneka Kemerdekaan bagi tahun 2024 ini.

Terima kasih juga tidak terhingga kepada para penyumbang & dermawan yg banyak membantu merealisasikan program ini.
Syabas buat semua Komuniti Jalan Jelawat yg hadir.
Sesungguhnya Perpaduan & kesatuan adalah milik kita bersama..
Semoga ukhuwah kita semua berkekalan hingga ke syurgaNya. ❤️

RUMAH TERBUKA EIDULFITRI 1445HSEKTOR JELAWAT TAMAN SRI PUTRAPada malam 30 April 2024 yang lalu, KRT Jalan Jelawat Taman ...
03/05/2024

RUMAH TERBUKA EIDULFITRI 1445H
SEKTOR JELAWAT TAMAN SRI PUTRA

Pada malam 30 April 2024 yang lalu, KRT Jalan Jelawat Taman Sri Putra telah mengadakan program Rumah Terbuka Eidulfitri sempena Syawal tahun 2024 ini.

Sambutan sangat meriah dengan dihadiri oleh penduduk Jalan Jelawat, serta majlis telah dirasmikan oleh Tn Haji Azhar Bin Borham, Ketua Kampung Banting.

Program bermula seawal jam 8 malam. Kepada yang datang awal, dipersilakan untuk menjamu selera terlebih dahulu. Majlis perasmian dimulakan pada jam 8.45 malam (selepas isyak).

DJ Program oleh Encik Ariel sepanjang program.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KRT Jalan Jelawat, En Azli Bin Abdullah seterusnya ucapan perasmian oleh Tn Haji Azhar Bin Borham, Ketua Kampung Banting.

Majlis diteruskan lagi dengan pembakaran mercun simbolik perasmian majlis.
Kemudian, diadakan juga Cabutan Barakah buat tetamu & penduduk Jalan Jelawat yang hadir.

Majlis diserikan lagi dengan pemberian duit raya kepada anak-anak tadika, sekolah rendah juga sekolah menengah.
Tidak dilupakan, duit raya juga kita agihkan buat Ibu & Bapa Tunggal Jalan Jelawat.

Pelbagai juadah makanan disediakan hasil dari sumbangan bersama dan juga dana yang ada oleh KRT Jalan Jelawat.
Sekalung tahniah & terima kasih buat semua AJK, semua kejiranan Jalan Jelawat serta para penyumbang tidak kira sumbangan wang ringgit, mahupun sumbangan tenaga & masa untuk menjayakan Rumah Terbuka Eidulfitri pada tahun 2024 ini.

Kami juga memohon kemaafan atas segala kekurangan sebelum & semasa majlis berlangsung

Diharapkan semoga kita semua dapat eratkan lagi ukhuwah sesama jiran tetangga sesama kita dan Silaturrahim dn Ukhuwah kejiranan kita terus utuh Hingga ke Jannah.

Akhir kata, SALAM AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.

Semoga kita berjumpa lagi 👋🏼

PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN 2024 - 24/03/2024Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Bubur Lambuk anjuran K...
25/03/2024

PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN 2024 - 24/03/2024

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Bubur Lambuk anjuran KRT Jalan Jelawat.

Program ini dihadiri oleh penduduk sektor jelawat mula dari jam 8 pagi sehingga selepas zohor dan diagihkan kepada penduduk setempat dan juga sebahagiannya diinfak kepada masjid.

Terima kasih atas sumbangan & sokongan semua ahli kariah untuk program ini dijalankan di samping dapat mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim sesama kejiranan kita.

InsyaAllah program tahunan ini akan sentiasa diadakan.
Moga kita semua peroleh keberkatan & rahmatNya. Amiin 🤲🏼

Address

Jalan Jelawat 1 Taman Sri Putra
Banting
42700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Jalan Jelawat Seri Putra Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share