25/05/2026
“Kadang kita disaat kita nak korbankan haiwan korban… kita lupa untuk korbankan sifat kebinatangan dalam diri.”
🕊️ Zulhijjah datang bukan sekadar membawa ibadah korban…
tetapi membawa tarbiah pengorbanan...
Sejauh mana kita mampu berkorban keseronokkan kita demi mencapai redha Allah
✨ Mungkin sebab itu Allah datangkan 10 awal Zulhijjah…
untuk kita kembali bermujahadah.
Dalam Surah Al-Qur'an, Allah bersumpah:
“Demi fajar. Dan malam yang sepuluh.”
(Surah Al-Fajr: 1–2)
Para ulama menafsirkan “malam yang sepuluh” itu sebagai 10 awal Zulhijjah — hari-hari yang sangat dicintai Allah.
Jika Ramadan terkenal dengan 10 malam terakhir…
maka Zulhijjah p**a terkenal dengan 10 hari terawal.
🌤️ Ramadan kuatnya pada malam.
☀️ Zulhijjah kuatnya pada siang.
Waktu untuk:
— puasa
— zikir
— sedekah
— takbir
— korban
— dan melawan diri sendiri.
Kerana korban sebenar…
bukan hanya pada darah yang mengalir.
Tetapi pada hati yang belajar taat walaupun berat.
Kelas Ustazah Dr fatin Nur Fatin Halil di Pusat Latihan Qoroa Qoroa hari ni kita belajar tentang fiqh dan pengorbanan..
Korbankan ego.
Korbankan malas.
Korbankan dosa lama.
Moga Allah gantikan dengan hati yang lebih hidup 🤍
Jom sertai Komuniti Bsca dan Celik Quran
https://t.me/+chOnpT6KG3thZDk1