28/12/2025
Final Chapter Gerak Bersih 2025.
Alhamdulillah... Selesai penutup Gerak Bersih 2025 di Rumah Bakti Nur Ain semalam.
Persatuan Gerak Niaga Bangi (PGNB) dengan kerjasama Kekop - Procare Malaysia Gerak kerja bantu repair semula paip-paip di rumah anak yatim yang dah rosak, lampu-lampu yang dah terbakar, kipas angin, pelampung pam tandsns, tempat sidai tuala dan kemas kawasan sekitar dan juga bilik asrama lelaki.
Selesai kerja-kerja, raikan p**a majlis hari lahir untuk anak-anak yang lahir di bulan Disember. Permintaan dari pihak Rumah Bakti untuk PGNB bantu sebarkan kepada komuniti untuk kumpul dana penyelenggaraan.
Repair pintu kecemasan, repair syilling yang bocor, dirikan tempat berbumbung ganti kepada canopy yang ada sekarang. Untuk tempat makan anak-anak dan aktiviti-aktiviti luar.
Terima kasih Kekop sediakan makanan dan minuman. Terima kasih warga Bangi yang menyumbang bahan-bahan mentah untuk menu mi goreng sarapan anak-anak. Terima kasih Zettys Cake taja kek hari jadi anak-anak.
Terima kasih yang support secara langsung atau tak langsung. Terima kasih yang sempat hadirkan diri bersama jayakan penutup Gerak Bersih 2025.
Semoga usaha yang sedikit ini berikan kebahagiaan dan jadi memori indah untuk anak-anak yatim di rumah bakti Nur Ain.
Persatuan Gerak Niaga Bangi (PGNB)