Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan PPP & Kolej Kediaman UKM

Directions

Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan PPP & Kolej Kediaman UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan PPP & Kolej Kediaman UKM, Charitable organisation, Universiti Kebangsaan, Bangi.

[TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS 🌟]Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Norizan Ismail, Ketua Pentadbiran Kolej Rah...
05/08/2026

[TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS 🌟]

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Norizan Ismail, Ketua Pentadbiran Kolej Rahim Kajai, atas pelantikan sebagai Setiausaha Agung Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan (KSKK) Pusat Perumahan Pelajar & Kolej Kediaman, berkuat kuasa pada 27 Julai 2026.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuh perpaduan serta kebajikan seluruh warga KSKK.

Selamat menjalankan amanah dan selamat bekerjasama. Pihak KSKK yakin dengan pengalaman, komitmen serta kepimpinan yang dimiliki oleh Pn. Norizan Ismail mampu memacu KSKK ke arah yang lebih cemerlang, progresif dan berdaya saing demi manfaat seluruh warga kelab.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus dikurniakan kejayaan dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

Ikhlas daripada,
Pengerusi dan Warga
Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan PPP & Kolej Kediaman

[SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH]KSKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Ahma...
05/08/2026

[SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH]

KSKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Ahmad Faizal San Tee Soo atas segala jasa, sumbangan, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai Setiausaha Agung KSKK sehingga 20 Julai 2026.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memberikan kerjasama yang amat baik serta memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran pengurusan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif KSKK.

Semoga segala bakti dan khidmat yang telah diberikan menjadi inspirasi kepada seluruh warga KSKK. Didoakan agar En. Faizal sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap amanah yang dipikul.

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Warga Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan PPP & Kolej Kediaman

[ZIARAH CAKNA & PENYERAHAN SUMBANGAN KELAB ]Lukut, Negeri Sembilan - Pada 29 Julai 2026 ahli Kelab Sukan & Kebajikan Kak...
30/07/2026

[ZIARAH CAKNA & PENYERAHAN SUMBANGAN KELAB ]

Lukut, Negeri Sembilan - Pada 29 Julai 2026 ahli Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Pusat Perumahan Pelajar & Kolej Kediaman telah mengadakan ziarah cakna ke kediaman rakan sejawat Pn. Noralisma Ismail, kakitangan Kolej Tun Syed Nasir bagi menyampaikan salam takziah serta sokongan moral daripada seluruh warga kelab atas pemergian suami tercinta beliau pada Ahad lepas.

Dalam kunjungan yang sama Puan Nur Annisa Syamella, Pengerusi Kelab telah menyampaikan sumbangan ikhlas bagi pihak kelab. Semoga ia sedikit sebanyak dapat meringankan urusan keluarga Pn. Noralisma pada waktu yang sukar ini.

Seluruh barisan jawatankuasa dan ahli kelab mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga Pn. Noralisma dan keluarga diberikan ketabahan, kekuatan, serta ketenangan jiwa dalam menghadapi ujian berat ini. Al-fatihah.

[UKHWAH DI SEBALIK KAWAH: REWANG BUBUR LAMBUK KSKK 2026]Bukan sekadar resipi, tapi ramuan utamanya adalah kerjasama. Alh...
14/02/2026

[UKHWAH DI SEBALIK KAWAH: REWANG BUBUR LAMBUK KSKK 2026]

Bukan sekadar resipi, tapi ramuan utamanya adalah kerjasama. Alhamdulillah, pada 13 Februari 2026 bertempat di Kolej Aminuddin Baki meriah dengan kepulan asap dan aroma bubur lambuk sempena program Rewang Bubur Lambuk KSKK 2026 anjuran Kelab Sukan & Kebajikan PPP & Kolej Kediaman 🍲✨

Melihat rakan-rakan sekerja berganding bahu, ada yang menghiris bawang, ada yang mengacau kawah dan ada yang sibuk membungkus menunjukkan betapa kuatnya semangat kekeluargaan kita di Kelab Sukan & Kebajikan PPP & Kolej Kediaman.

Terima kasih kepada warga Kelab yang meluangkan masa di celah-celah kesibukan tugas hakiki untuk menjayakan program murni ini. Semoga ukhwah kita terus erat selembut bubur lambuk ini! ❤️

#2026

[SESI PENYERAHAN JERSI PASUKAN BOLA SEPAK KELAB SUKAN & KEBAJIKAN KAKITANGAN PPP & KOLEJ KEDIAMAN)Telah berlangsung satu...
12/02/2026

[SESI PENYERAHAN JERSI PASUKAN BOLA SEPAK KELAB SUKAN & KEBAJIKAN KAKITANGAN PPP & KOLEJ KEDIAMAN)

Telah berlangsung satu sesi ringkas namun bermakna iaitu penyerahan jersi baru kepada pasukan bola sepak Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman pada 10 Januari yang lepas.

Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab iaitu Puan Annisa Syamella sebagai simbolik sokongan padu pihak pengurusan terhadap aktiviti sukan dalam kalangan kakitangan. Selain memupuk gaya hidup sihat, inisiatif ini juga diharap dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah dan semangat berpasukan sesama warga kerja.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga dengan imej baru ini, pasukan bola sepak kelab akan terus cemerlang dalam perlawanan akan datang!

#2026

Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan PPP & Kolej Kediaman UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share