Enigma UKM Persatuan Alam Sekitar Dan Tenaga Hijau Malaysia UKM

  • Home
  • Malaysia
  • Bangi
  • Enigma UKM Persatuan Alam Sekitar Dan Tenaga Hijau Malaysia UKM

Enigma UKM Persatuan Alam Sekitar Dan Tenaga Hijau Malaysia UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Enigma UKM Persatuan Alam Sekitar Dan Tenaga Hijau Malaysia UKM, Environmental conservation organisation, Jalan Bangi, Bangi.

[Mini YESGo UKM 2025 Siri 1: Kemiskinan Tenaga & Peralihan Tenaga]Adakah anda tahu apa itu kemiskinan tenaga dan mengapa...
03/09/2025

[Mini YESGo UKM 2025 Siri 1: Kemiskinan Tenaga & Peralihan Tenaga]

Adakah anda tahu apa itu kemiskinan tenaga dan mengapa ia penting dalam peralihan tenaga di Malaysia? ๐Ÿ”‹โšก

Jom sertai kami dalam Mini YESGo UKM 2025 Siri 1 untuk mendengar pandangan daripada
๐ŸŽ™ Ahli Panel: Tuan Adrian Banie Lasimbang (Pengerusi TONIBUNG CREATE Borneo)
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ Moderator: Mohamad Zharfan bin Razali

๐Ÿ“… Tarikh: 7 September 2025 (Ahad)
โฐ Masa: 8:00 malam
๐ŸŒ Tempat: Atas Talian (Scan QR code untuk daftar)

Merit I-Star disediakan! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama belajar tentang cabaran dan penyelesaian isu kemiskinan tenaga di Malaysia. ๐Ÿ’ก

*๐Ÿ“ข [BENGKEL KEWANGAN] - Khas buat warga UKM!*Nak urus kewangan peribadi dengan bijak tapi tak tahu nak mula dari mana? ๐Ÿค”...
11/08/2025

*๐Ÿ“ข [BENGKEL KEWANGAN] - Khas buat warga UKM!*

Nak urus kewangan peribadi dengan bijak tapi tak tahu nak mula dari mana? ๐Ÿค”
Jom sertai BENGKEL KEWANGAN yang dibawakan khas oleh SRM Peneraju Persada dan EniGMA-UKM!

*๐Ÿ” Apa yang anda akan pelajari?*
โœ… Asas pengurusan kewangan program sebagai mahasiswa
โœ…Urusan Kewangan Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
โœ… Prosedur kewangan program
โœ… Cara urus kewangan program dengan lebih efektif
โœ… Ilmu praktikal yang boleh terus diamalkan!

*๐ŸŽ™ Penceramah Jemputan:*
Che Ikhwan
(Mantan Eksekutif Kewangan, Kolej Pendeta Zaโ€™ba Sesi 2024/2025)
Berpengalaman luas dalam menguruskan kewangan organisasi pelajar!

๐Ÿ“† Tarikh: 11 Ogos 2025 (Isnin)
๐Ÿ•ฃ Masa: 8:30 malam โ€“ 11:00 malam
๐Ÿ“ Platform: Google Meet (atas talian)
๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang melalui QR code di poster atau hubungi
013-550 6788 (Ayiรฉ)
010-928 0282 (Chin)

*โœจ KELEBIHAN PENYERTAAN:*
๐ŸŽ“ Ilmu praktikal kewangan mahasiswa
๐Ÿ… Merit i-Star disediakan!
๐Ÿค Peluang membina rangkaian dengan pelajar berpengalaman
๐Ÿ“œ E-Sijil disediakan u

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐Œ๐”๐Š๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐๐ˆ๐†๐Œ๐€-๐”๐Š๐Œ: ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐‘๐” ๐’๐”๐๐€๐˜๐€ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐”๐Š๐Œ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐“๐€๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐’๐”๐’๐”๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐...
20/07/2025

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐Œ๐”๐Š๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐๐ˆ๐†๐Œ๐€-๐”๐Š๐Œ: ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐‘๐” ๐’๐”๐๐€๐˜๐€ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐”๐Š๐Œ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐“๐€๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐’๐”๐’๐”๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐„๐Š๐’ ๐๐„๐๐‚๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ (๐ˆ๐๐”)

KMUKM dan EniGMA-UKM ingin menyuarakan kebimbangan terhadap isu pencemaran udara yang semakin meningkat susulan daripada peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan yang berdekatan dengan kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut menjejaskan kualiti udara di kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia.

KMUKM dan EniGMA-UKM ingin menasihati mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia supaya mengurangkan aktiviti di luar dan sentiasa memakai pelitup muka sekiranya menjalankan aktiviti di luar bagi menjaga kesihatan diri.

Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih menerusi laman web rasmi, aplikasi mobil my Cuaca dan media social rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sekiranya terdapat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang yang kurang sihat akibat daripada kualiti udara yang kurang baik, disarankan untuk menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan melalui talian 016-9327617 atau Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Kemanusiaan melalui talian 018-3510993 mahupun mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) Universiti Kebangsaan Malaysia.

โ€œ๐‘น๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ฝ๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ๐‘ตโ€
โ€œ๐‘ฎ๐‘ถ ๐‘ฎ๐‘น๐‘ฌ๐‘ฌ๐‘ต ๐‘บ๐‘ป๐‘จ๐’€ ๐‘ช๐‘ณ๐‘ฌ๐‘จ๐‘ตโ€

๐Š๐„๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐‡๐ˆ๐‰๐€๐” ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐”๐Š๐Œ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

PANGGILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ENiGMA-UKM SESI 2024/2025Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,Merujuk kepada ...
19/06/2025

PANGGILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ENiGMA-UKM SESI 2024/2025

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ENiGMA-UKM akan diadakan bagi membentangkan laporan gerak kerja sesi 2024/2025, melantik Jawatankuasa Tertinggi bagi sesi baharu, serta membincangkan perancangan strategik persatuan. Mesyuarat ini diadakan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan ENiGMA-UKM.

Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh: 19 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Platform: Google Meet (Pautan Mesyuarat:https://meet.google.com/exa-myag-jnd)

Sehubungan dengan itu, semua ahli dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini bagi memastikan kelancaran proses pelantikan dan perbincangan usul-usul penting.

Kehadiran anda amat penting demi kelestarian dan masa depan ENiGMA-UKM. Segala kerjasama daripada pihak saudara/i amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
โ€GO GREEN, STAY CLEANโ€

Kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri Besar SelangorPada 15 Mei 2025, Persatuan Alam Sekitar dan Tenaga Hijau Malaysia, UK...
17/06/2025

Kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri Besar Selangor

Pada 15 Mei 2025, Persatuan Alam Sekitar dan Tenaga Hijau Malaysia, UKM (EniGMA-UKM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Datoโ€™ Menteri Besar Selangor.

Pertemuan ini bertujuan untuk membina jaringan kerjasama strategik serta membincangkan peluang program berkaitan kelestarian alam sekitar dan tenaga hijau.

EniGMA-UKM komited untuk terus menjadi pemangkin perubahan ke arah masa depan yang lebih lestari dan mampan.

Address

Jalan Bangi
Bangi
43600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Enigma UKM Persatuan Alam Sekitar Dan Tenaga Hijau Malaysia UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share