Program Food For Mahasiswa ini merupakan satu program yang diinspirasikan untuk membantu Mahasiswa UKM yang mempunyai masalah kewangan, tidak kira sama ada masalah kewangan sementara, ataupun masalah keluarga. Bantuan dibuat secara fizikal iaitu menyediakan makan malam secara percuma melalui sumbangan yang diberikan oleh mahasiswa, pensyarah dan masyarakat luar. Program ini menggunapakai konsep bo
oth terbuka di Pusanika pada waktu malam (dinner time) yang mana Mahasiswa boleh mengambil makanan secara percuma, atau membayar mengikut kemampuan di booth tersebut. Kami mensasarkan pelaksanaan program ini secara mingguan berdasarkan sumbangan yang diterima. Anggaran bajet harian program ini adalah seperti berikut:
250 pax (Nasi Berlauk RM5.00 + Minuman RM0.70= RM5.70) = RM1425.00
Oleh itu, kami mengharapkan sumbangan daripada mana-mana rakan Mahasiswa yang sudi menyumbang seikhlas hati. Andai anda dapat menginfakkan RM5, anda dapat mengisi perut seorang Mahasiswa untuk malam tersebut. PERSATUAN KASIH MAHASISWA (KASISWA)
MAYBANK 562263553547
Hal ini sedikit sebanyak dapat bantu meringankan beban Mahasiswa. Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan:
Lysa 011-21021031
Pejal 019-7606270
Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan inisiatif Mahasiswa sepenuhnya, mengangkat keperluan volunteerism dalam kalangan mahasiswa.