Cinta Salam Malaysia - CSM

Cinta Salam Malaysia - CSM Cinta Salam Malaysia-CSM yang dahulunya dikenal sebagai Cinta Syria Malaysia-CSM adalah sebuah NGO yang memperjuangkan hak kemanusiaan.
(842)

Berdaftar secara rasmi di Jabatan Pendaftarn Pertubuhan (ROS) di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia pada 11/08/2014. Berpusat di Selangor, Malaysia.

Harapan tidak semestinya datang dalam bentuk yang besar.Kadangkala, ia hadir melalui setiap sumbangan yang dihulurkan, s...
07/08/2026

Harapan tidak semestinya datang dalam bentuk yang besar.

Kadangkala, ia hadir melalui setiap sumbangan yang dihulurkan, setiap doa yang dipanjatkan, dan setiap insan yang memilih untuk mengambil berat.

Semoga setiap bantuan yang disampaikan bukan sahaja meringankan beban mereka hari ini, malah memberi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.

Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan projek Salam4Hope kali ini.

Semoga segala kebaikan yang diberikan menjadi amal yang berpanjangan. Teruskan bersama kami untuk menyebarkan lebih banyak harapan kepada mereka yang memerlukan.

Maybank
Hope 4 All
5505 1162 0638

Alhamdulillah, Cinta Salam Malaysia (CSM) kini berdaftar bersama Lembaga Zakat Selangor sebagai Ejen Perunding Zakat. In...
06/08/2026

Alhamdulillah, Cinta Salam Malaysia (CSM) kini berdaftar bersama Lembaga Zakat Selangor sebagai Ejen Perunding Zakat.

Insya-Allah, selepas ini, semua bayaran zakat melalui CSM boleh disalurkan terus ke akaun zakat rasmi seperti yang tertera.

Jom tunaikan zakat dengan lebih mudah, yakin dan amanah.

Kami ringkaskan beberapa soalan yang selalu kami terima berkenaan Jejak KITA.Daripada cara penyertaan, aktiviti yang dij...
04/08/2026

Kami ringkaskan beberapa soalan yang selalu kami terima berkenaan Jejak KITA.

Daripada cara penyertaan, aktiviti yang dijalankan sehinggalah kos trip, semuanya kami jawab di sini.

Kalian juga boleh bersama-sama menjayakan misi Jejak KITA melalui sumbangan bagi membantu pelaksanaan aktiviti pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti di setiap destinasi.

Imbas kod QR yang disediakan untuk menyumbang.

“Kami berjanji, tidak akan sesekali berganjak walau seinci pun dari Palestin. Baitulmaqdis adalah milik kami dan kami ti...
31/07/2026

“Kami berjanji, tidak akan sesekali berganjak walau seinci pun dari Palestin. Baitulmaqdis adalah milik kami dan kami tidak akan melepaskan senjata. Kami akan terus berjuang tanpa henti.”

Walaupun beliau telah tiada, namun semangat dan pendiriannya dalam memperjuangkan Palestin tetap hidup hingga hari ini.

Semoga Allah merahmati As-Syahid Ismail Haniyeh, menerima segala pengorbanannya dan menempatkan beliau dalam kalangan para syuhada.

30/07/2026

Baru-baru ini, Cinta Salam Malaysia telah menyampaikan bantuan keperluan asas kepada 28 orang penghuni Rumah Kebajikan Raudatul Al-Faeez, Kemensah.

Bantuan ini merangkumi bekalan makanan dan keperluan dapur untuk tempoh sebulan, barangan mandian, perubatan asas serta kit kebersihan diri bagi setiap penghuni.

Bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos operasi rumah kebajikan, di samping memastikan keperluan harian, kesihatan dan kebersihan para penghuni terus terjaga.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama CSM dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kebaikan dan memberi manfaat yang berpanjangan.

Bagi membantu kami meneruskan usaha seperti ini, sumbangan boleh disalurkan melalui:
Hope 4 All
Maybank: 5505 1162 0638

Ramai daripada anak-anak kita sebenarnya sangat s**a datang ke sekolah.Walaupun perjalanan ke sekolah bukanlah dekat, me...
29/07/2026

Ramai daripada anak-anak kita sebenarnya sangat s**a datang ke sekolah.

Walaupun perjalanan ke sekolah bukanlah dekat, mereka tetap datang setiap hari kerana percaya pendidikan mampu mengubah kehidupan keluarga mereka.

Tapi bagi sesetengah daripada mereka, sekolah bukan sekadar tempat belajar. Di situlah juga mereka dapat menikmati makanan yang mungkin tidak tersedia di rumah.

Bukan kerana ibu bapa tidak mahu menyediakan, tetapi keadaan hidup yang serba kekurangan membuatkan keperluan asas pun s**ar dipenuhi.

Sebab itu, bantuan makanan pelajar terus diusahakan oleh Cinta Salam Malaysia. Supaya mereka boleh belajar dengan lebih tenang dan semangat yang tidak mudah terhenti.

Kita mungkin tidak dapat hadir ke setiap sekolah untuk menghulurkan makanan dengan tangan sendiri. Tetapi melalui sumbangan, kita masih boleh menjadi asbab seseorang meneruskan pembelajarannya pada hari itu.

“Barangsiapa memberi makan kepada seorang mukmin sehingga kenyang, Allah akan memasukkannya melalui salah satu pintu syurga yang hanya dimasuki oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Maybank Cinta Syria Malaysia
Nama Akaun: Cinta Syria Malaysia
Nombor Akaun: 5505 1162 0822

Atau melalui salam4edu.com dan kod QR yang tertera.

28/07/2026

Bukan mudah untuk sesebuah negara yang telah musnah akibat perang selama bertahun-tahun bangkit semula.

Namun, Syria sedang membuktikan bahawa kehancuran bukanlah pengakhiran. Sedikit demi sedikit, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk membina semula negara dan mengembalikan kehidupan yang lebih baik buat rakyatnya.

Cinta Salam Malaysia turut bersama dalam usaha ini melalui Projek Perkampungan Abdullah, bagi membantu membaik pulih rumah yang rosak serta membina kediaman baharu untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan di sekitar Ghouta, Syria.

Kalian juga boleh menjadi sebahagian daripada usaha ini dengan menyumbang serendah RM10 bagi satu slot.

Sumbangan boleh disalurkan melalui salam4syria.com atau ke akaun berikut:

Maybank Cinta Syria Malaysia
5505 1162 0815

Sejak dahulu, sumbangan masyarakat telah membantu ramai keluarga meneruskan kehidupan, mendapatkan pendidikan dan menikm...
28/07/2026

Sejak dahulu, sumbangan masyarakat telah membantu ramai keluarga meneruskan kehidupan, mendapatkan pendidikan dan menikmati kemudahan yang lebih baik.

Setiap orang mungkin memberi dalam jumlah yang berbeza, tetapi apabila semuanya dikumpulkan, kesannya mampu mengubah kehidupan sebuah komuniti.

Itulah yang ingin dibawa melalui Jejak KITA.

Dengan sumbangan kalian, lebih banyak keperluan dapat disediakan dan lebih ramai dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sama-sama kita bantu lebih ramai melalui jejakita.com.

Jom Rebut Peluang Infaq Jumaat!Insya-Allah, bagi infaq kali ini, kita akan memberi fokus kepada bantuan kain pelekat dan...
24/07/2026

Jom Rebut Peluang Infaq Jumaat!

Insya-Allah, bagi infaq kali ini, kita akan memberi fokus kepada bantuan kain pelekat dan telekung yang akan disalurkan kepada komuniti di Malaysia, Indonesia dan Kemboja.

Satu slot sumbangan serendah RM10.

Semoga sedikit daripada rezeki yang kita kongsikan menjadi asbab mereka terus menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Jom menyumbang di jejakita.com!

Address

Jalan Medan Pusat Bandar 7A
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60382111012

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cinta Salam Malaysia - CSM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Cinta Salam Malaysia - CSM:

Shortcuts

Share