08/01/2024
18 TAHUN PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK RAKYAT PALESTIN
Tidak dinafikan bahawa semakin hari semakin banyak NGO yang wujud untuk membantu Palestin dan ia merupakan satu usaha yang murni. Tetapi bagi kami di Aman Palestin, perjalanan NGO yang membantu Palestin ini pasti ada harga dan nilainya. Nilainya bukan diukur dengan wang ringgit, tetapi diukur dengan cabaran, sekatan, kejatuhan, kebangkitan dan akhirnya kemenangan buat Palestin.
18 tahun Aman Palestin bukan jalan yang mudah. Dituduh pengg4n4s itu sudah, dana bantuan dirampas Rejim isr4el juga sudah, begitu juga cabaran di dalam negara. Itulah asam garam dalam perjalanan NGO yang membantu Palestin.
Duduk dalam keadaan selesa tanpa sebarang cabaran menjadikan kita sentiasa dalam momentum yang sama. Tetapi apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran, itulah yang akan melonjakkan kita ke paras yang lebih tinggi.
Aman Palestin sentiasa terkehadapan dalam memastikan bantuan sampai terus kepada masyarakat dalam jangka masa yang singkat dan jumlah yang ramai dalam mendapatkan manfaat. TIdak sekadar sektor kemanusiaan, matlamat kami di Aman Palestin jelas ke arah pembebasan Palestin daripada segala bentuk penjajahan ke atas Palestin.
Semoga seluruh masyarakat terus berada di jalan yang membantu dalam pembebasan Palestin bersama Aman Palestin agar satu hari nanti, kita akan bersama-sama memasuki Masjid Al-Aqsa untuk beribadah dalam keadaan Masjid Al-Aqsa bebas dan berada di bawah kepimpinan Islam!