HALUAN

Directions Website

HALUAN HALUAN is the acronym for Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Organization of Tel: +603 8926 8892
Fax: +603 8926 6892
(9:00AM - 5:00PM)

10/10/2026

โœจ JEMPUTAN KE PROGRAM PENGAJARAN AKTIF & PENGGUNAAN "AI" DALAM PENDIDIKAN ISLAM โœจ
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,
Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Kluster Pendidikan Islam di bawah naungan MAIS amat berbesar hati menjemput seluruh rakan guru untuk hadir ke program ilmu yang sangat istimewa ini.
Butiran program adalah seperti berikut:
๐Ÿ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•Œ Tempat: Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam
๐Ÿ’ต Yuran: Percuma (Sarapan & makan tengah hari disediakan)
๐Ÿ“š ATURCARA & SLOT MENARIK:
1๏ธโƒฃ Slot 1 (8.30 pagi - 10.30 pagi)
Tajuk: Pengajaran Kooperatif dan Pembelajaran Aktif Menggunakan AI
Penceramah: Dr. Rahimah Jamaluddin , Winner of Bett Asiaโ€™s 2025 dan Ed Tech 10 List Awards.
2๏ธโƒฃ Slot 2 (11.00 pagi - 1.00 petang)
Pelbagai mini bengkel yang boleh disertai oleh peserta.
1. Quran Isyarat
2. Quran Braille
3. Pendigitalan Tulisan Jawi
4. NotebookLM untuk Guru: Daripada Sumber kepada Perancangan PdP
5. NotebookLM sebagai Studio PdP: Cipta Bahan, Aktiviti dan Pentaksiran.
โฐ Tentatif Ringkas:
08.00 pagi: Pendaftaran & Sarapan Pagi
8.30 pagi: Slot 1
10.30 pagi : Majlis Perasmian Oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS
11.00 pagi :Sesi Bengkel dan Pameran PIBK
01.00 petang: Makan Tengah Hari dan Bersurai
๐Ÿ“Œ CARA PENDAFTARAN:
Tempat adalah terhad. Sila buat pendaftaran. Sila buat pendaftaran awal melalui link google form yang disediakan: https://forms.gle/5aFoXfrvFVVYQYXn6
Ayuh sama-sama kita imbar budi, tuntut ilmu, dan eratkan silaturahim sesama ummah. Sila sebarkan maklumat ini kepada ahli pertubuhan dan rakan-rakan guru yang lain. Terima kasih.



๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ข๐—ฅ ๐—”๐——๐—๐—จ๐—ก๐—šSeluruh warga HALUAN Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ...
09/10/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ข๐—ฅ ๐—”๐——๐—๐—จ๐—ก๐—š

Seluruh warga HALUAN Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐—ฑ๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ถ ๐—”๐˜‡๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ, Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung di ๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ผ๐—น๐—ป ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐˜† ๐—–๐—ผ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ด๐—ฒ, berkuat kuasa mulai 8 Oktober 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan bermakna terhadap pengalaman, kepimpinan dan sumbangan beliau, khususnya dalam memperjuangkan agenda kemanusiaan serta memperkukuh hubungan antara ilmu, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha dan kerjasama strategik yang memberikan manfaat kepada masyarakat, di samping terus menyemarakkan semangat khidmat bakti dalam bidang kemanusiaan.

Tahniah dan syabas daripada seluruh warga HALUAN Malaysia!

๐—š๐Ÿฐ.๐—ญ๐Ÿฐ ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—ก๐—–๐—ฌ ๐—”๐—ฃ๐—ฃ๐—˜๐—”๐—Ÿ - ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅTiga tahun genosida telah meragut lebih 74,000 nyawa di G4.z4. Namun,...
09/10/2026

๐—š๐Ÿฐ.๐—ญ๐Ÿฐ ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—ก๐—–๐—ฌ ๐—”๐—ฃ๐—ฃ๐—˜๐—”๐—Ÿ - ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ

Tiga tahun genosida telah meragut lebih 74,000 nyawa di G4.z4. Namun, di sebalik kemusnahan yang ditinggalkan, rakyatnya terus berusaha membina semula kehidupan dengan apa sahaja yang masih mereka miliki.

Mereka terus mencari jalan untuk menyediakan makanan, melindungi keluarga dan membaiki tempat berteduh seadanya. Namun, usaha ini semakin mencabar apabila bantuan makanan berdepan risiko pengurangan akibat kekurangan dana.

Dalam masa yang sama, hampir 279,000 penduduk terdedah kepada ancaman banjir dan bangunan yang tidak selamat menjelang musim hujan dan sejuk.

Bayangkan sebuah keluarga yang sudah kehilangan rumah dan insan tersayang. Mereka tetap berusaha meneruskan kehidupan, tetapi sumber yang semakin terbatas menjadikan setiap hari satu perjuangan yang berat.

Semangat mereka untuk bangkit tidak pernah padam. Namun, semangat sahaja tidak mencukupi tanpa makanan, perlindungan dan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

Melalui kempen G4.z4 Emergency Appeal, HALUAN meneruskan usaha menggerakkan bantuan kecemasan bagi menyokong ketabahan dan ikhtiar rakyat G4.z4 membina kembali kehidupan mereka.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ JOM BERSOLIDARITI UNTUK PALESTINHimpunan Solidariti Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธSempena memperingati 3 tahun tragedi kemanusiaan di Ga...
08/10/2026

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ JOM BERSOLIDARITI UNTUK PALESTIN

Himpunan Solidariti Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
Sempena memperingati 3 tahun tragedi kemanusiaan di Gaza

๐Ÿ“… 9 Oktober 2026
๐Ÿ“ Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur
โฐ 1.00 tengahari - 3.00 petang

HALUAN mengajak Sukarelawan Kemanusiaan untuk bersama-sama hadir sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin serta menyuarakan keprihatinan terhadap nasib kemanusiaan di Gaza.

๐Ÿค Ayuh hadir bersama sahabat-sahabat sukarelawan Kemanusiaan!

Bersama kita zahirkan solidariti.
Bersama kita teruskan kepedulian kemanusiaan. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Ikuti perkembangan Himpunan, melalui Channel Broadcast WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJO4NIBqbr3Pjm0Xa0Q

Follow HALUAN Palestin's WhatsApp Channel. Biro HALUAN Palestin adalah satu usaha HALUAN Malaysia mendokong perjuangan membebaskan Palestin. Join 291 followers for the latest updates.

08/10/2026

Alhamdulillah, agihan roti telah dilaksanakan di Deir Al-Balah, Az-Zawayda dan Al-Bureij di Gaza Tengah, memberi manfaat kepada 3,040 penerima yang terdiri daripada keluarga dan anak-anak yang terkesan akibat krisis berpanjangan.

Setiap roti yang sampai bukan sekadar makanan. Dalam serba kekurangan, sebungkus roti boleh menjadi bekalan untuk meneruskan hidup satu hari lagi.

Ia menjadi tanda bahawa di sebalik kesukaran yang mereka lalui, masih ada insan yang peduli, masih ada tangan yang menghulur, dan masih ada kebaikan yang terus sampai merentasi sempadan.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus bersama memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab hadirnya kekuatan, harapan dan rezeki buat saudara kita di Gaza.

3 TAHUN OKTOBER 7: KERJA KITA SUDAH SELESAI? | Podcast Bumi Merdeka โ€” EP7Dalam episod ketujuh Podcast Bumi Merdeka, kami...
07/10/2026

3 TAHUN OKTOBER 7: KERJA KITA SUDAH SELESAI? | Podcast Bumi Merdeka โ€” EP7

Dalam episod ketujuh Podcast Bumi Merdeka, kami menyoroti kembali peristiwa 7 Oktober selepas tiga tahun berlalu serta perkembangan isu Palestin yang terus menjadi perhatian dunia.

Bersama Ustaz Omar Aiman Osman, Ketua Biro HALUAN Palestin, dan hos Ustaz Abd Fattah Mustafar, episod ini mengupas semula peristiwa Taufan al-Aqsa, isu geopolitik serantau serta nasihat untuk terus istiqamah dalam perjuangan dan mengambil peduli terhadap isu Palestin.

๐ŸŽฅ Nantikan pada jam 5pm ini hari (Rabu, 7 Oktober 2026)

Saksikan di saluran YouTube & Spotify Podcast Bumi Merdeka

YouTube: https://youtube.com/?si=whqLkz_8bRiK1CVK

Spotify: https://open.spotify.com/show/4amXIw6jFPqj851chXngM6?si=8zRypn-RQom-8PrYYznbHw&utm_source=copy-link

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Bersama kami bina semula Gaza. Sumbang melalui Gaza Emergency Appeal:
https://www.haluan.org.my/donations/gaza-emergency-appeal-2/

Diterbitkan oleh HALUAN
Dengan kerjasama Langit Ilahi dan Siyasee Malaysia

Di sinilah mereka membesarBukan sekadar tempat berteduh.Di Asrama HALUAN Penyayang, anak-anak ini mendapat tempat untuk ...
06/10/2026

Di sinilah mereka membesar

Bukan sekadar tempat berteduh.

Di Asrama HALUAN Penyayang, anak-anak ini mendapat tempat untuk makan, belajar, beribadah dan membina masa depan.

Setiap sumbangan anda membantu memastikan keperluan harian dan kebajikan mereka terus terpelihara.
Mungkin bagi kita sedikit tetapi bagi mereka ia membawa makna yang besar.

Tabung Amanah Asnaf HALUAN
Bank Islam Malaysia Berhad
12038010071642

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka. โค๏ธ

๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ. ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ?Di dalam bilik darjah, ...
06/10/2026

๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ. ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ?

Di dalam bilik darjah, seorang guru mungkin hanya kelihatan sedang mengajar.

Tetapi di sebalik itu, mereka sebenarnya sedang membantu membentuk masa depan โ€” melahirkan anak murid yang suatu hari nanti menjadi doktor, jurutera, mekanik, pelukis, pendidik dan pelbagai lagi insan yang akan menyumbang kepada masyarakat.

Sebab itu, menghargai guru bukan sekadar ucapan atau sambutan pada hari-hari tertentu. Ia terlihat pada cara masyarakat memandang peranan mereka, menjaga adab ketika berurusan, serta memberi kepercayaan dan penghormatan kepada mereka yang mendidik anak-anak kita.
Kerana guru bukan sekadar menyampaikan ilmu.

Mereka membantu membentuk anak-anak kita.
Kalau kita benar-benar mahukan lebih ramai guru pada masa hadapan, maka kita juga perlu mula membina sebuah masyarakat yang tahu menghargai mereka yang sedang mendidik hari ini.

๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—๐—”Keputusan akademik memang penting, tetapi ia bukan satu-satunya ukuran ...
05/10/2026

๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—๐—”

Keputusan akademik memang penting, tetapi ia bukan satu-satunya ukuran kemampuan seseorang.

Ada yang menyerlah melalui ilmu di bilik kuliah. Ada yang mahir membaiki enjin, mereka cipta teknologi, menghasilkan karya, memasak, membina sesuatu dengan tangan atau turun berkhidmat kepada masyarakat. Setiap bidang menuntut ilmu, disiplin dan kemahiran yang berbeza.

Sebab itu pendidikan tidak seharusnya sekadar mengejar keputusan di atas kertas. Ia juga perlu membuka ruang untuk kreativiti berkembang, kemahiran diasah dan potensi setiap individu ditemukan.

Akhirnya, nilai sebuah pendidikan bukan hanya pada berapa banyak A yang diperoleh, tetapi apa yang mampu kita lakukan dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki.

Kerana kecemerlangan yang sebenar ialah apabila kemampuan kita akhirnya ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜.

KOTA KINABALU, 3 September 2026 โ€“ Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) telah menyalurkan b...
07/09/2026

KOTA KINABALU, 3 September 2026 โ€“ Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) telah menyalurkan bantuan awal kepada 37 buah keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran besar di kawasan setinggan atas air Kampung Lok Buta, Kampung Numbak, Kota Kinabalu.

Baca selanjutnya di ruangan komen.

Address

A-03-G, Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share