Islam Hidupku

Call Directions Website Contact the organization

Islam Hidupku Platform cakna umat islam, serta perbaiki diri menjadi muslim yang sejati.

14/10/2026

Lindsey datang ke Malaysia sebagai pelancong yang tak percaya Tuhan, dan pulang dengan air mata yang dia sendiri tak mampu jelaskan.

Seorang pak cik di gerai makan bertanya "Pernah dengar tentang Islam?", dan Ann membawanya melawat tiga masjid dalam sehari. Bertahun kemudian dia melafazkan syahadah, dan katanya kisah itu bermula di sini. Mereka bukan pendakwah terkenal, jadi jadilah "Ann" kepada seseorang.



Akibat Berdusta dan Membuat Lawak dengannyaDaripada Mu'awiyah bin Haidah al-Qusyairi RA, Rasulullah SAW bersabda:وَيْلٌ ...
14/10/2026

Akibat Berdusta dan Membuat Lawak dengannya

Daripada Mu'awiyah bin Haidah al-Qusyairi RA, Rasulullah SAW bersabda:

وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ، لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ، وَيْلٌ لَهُ، وَيْلٌ لَهُ

Maksudnya:
“Celakalah orang yang bercerita lalu berdusta semata-mata untuk membuat orang lain ketawa. Celakalah dia, celakalah dia.”
[Riwayat al-Baihaqī dalam Kitāb al-Ādāb]

🔥 Demi Mencari Kebenaran, Salman al-Farisi Sanggup Meninggalkan Segala-galanya!Sejauh manakah seseorang sanggup melangka...
14/10/2026

🔥 Demi Mencari Kebenaran, Salman al-Farisi Sanggup Meninggalkan Segala-galanya!

Sejauh manakah seseorang sanggup melangkah demi menemukan kebenaran?

Bagi Salman al-Farisi RA, pencarian itu menuntut pengorbanan yang bukan sedikit — meninggalkan tanah air, meredah perjalanan yang panjang, berhadapan dengan pelbagai kesukaran, malah pernah menjadi hamba.

Akhirnya beliau mendapat petunjuk tentang kedatangan seorang nabi terakhir.

Namun, perjalanan menuju hidayah bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai ujian terpaksa ditempuh sebelum akhirnya beliau dipertemukan dengan Rasulullah SAW dan memeluk Islam.

✨ Hayati kisah seorang insan yang tidak pernah berhenti mencari kebenaran, meskipun terpaksa membayar harga yang begitu mahal demi sebuah hidayah.

🔗 Baca kisah penuh di website atau channel telegram Islam Hidupku

BEIJING: Perubahan luruan angin ke arah Lautan Hindi yang dijangka berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang diharap d...
14/10/2026

BEIJING: Perubahan luruan angin ke arah Lautan Hindi yang dijangka berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang diharap dapat membantu mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan di Semenanjung dan Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jangkaan perubahan luruan angin itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). “Selain usaha kemanusiaan yang berterusan, perubahan arah angin tersebut dapat memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada terus menjadi mangsa jerebu yang berpanjangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini....

Baca berita lanjut di website atau channel telegram Islam Hidupku

PETALING JAYA: Konflik berterusan di Asia Barat dijangka menjejaskan industri umrah sehingga 40 peratus pembatalan pakej...
14/10/2026

PETALING JAYA: Konflik berterusan di Asia Barat dijangka menjejaskan industri umrah sehingga 40 peratus pembatalan pakej bagi perjalanan pada November, Disember dan Januari depan susulan kebimbangan terhadap keselamatan jemaah. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, kebimbangan orang ramai menunaikan umrah meningkat susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh...

Baca berita lanjut di website atau channel telegram Islam Hidupku

JOHOR BAHRU – Indonesia digesa menghentikan sikap tidak peduli terhadap pencemaran jerebu rentas sempadan yang menjejask...
12/10/2026

JOHOR BAHRU – Indonesia digesa menghentikan sikap tidak peduli terhadap pencemaran jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia termasuk mengeluarkan kenyataan kurang bijak atau tidak membina. Ketua Pengimbang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Andrew Chen Kah Eng meminta jurucakap Indonesia mengambil tanggungjawab terhadap pencemaran jerebu yang berpunca daripada aktiviti manusia sehingga menjejaskan negara jiran, termasuk Malaysia. Beliau menegaskan, Indonesia perlu tampil memohon maaf terhadap negara-negara ASEAN yang terkesan...

Baca berita lanjut di website atau channel telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mengubah pendekatan dalam mendidik anak-anak dengan tidak lagi meletakkan tanggungjawab me...
12/10/2026

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mengubah pendekatan dalam mendidik anak-anak dengan tidak lagi meletakkan tanggungjawab menjaga keselamatan semata-mata kepada anak perempuan sebaliknya memastikan anak lelaki turut dididik mengenai rasa hormat, persetujuan dan batas pergaulan sejak kecil...

Baca berita lanjut di website atau channel telegram

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa apabila tiada kenaikan duti eksais rokok diumumkan dalam Bela...
12/10/2026

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa apabila tiada kenaikan duti eksais rokok diumumkan dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Pegawai Pendidikan dan aktivis antimerokok CAP, NV. Subbarow berkata, ketiadaan pengumuman berhubung cukai berkenaan amat mengecewakan memandangkan tabiat merokok menyebabkan pelbagai penyakit yang memerlukan perbelanjaan besar untuk rawatan. Katanya, kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi merawat penyakit berkaitan merokok, namun tiada kenaikan cukai jualan rokok diumumkan.....

Baca berita lanjut di website atau channel telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Raja K...
12/10/2026

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, Arab Saudi, yang mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan lebih 300 orang pada Sabtu. Perdana Menteri menegaskan, tiada sebarang justifikasi bagi serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih. “Tiada sebarang justifikasi bagi serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam....

Baca berita lanjut di website atau channel telegram

IPOH – Malaysia masih belum menerima maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran bantuan bagi memadamkan kebakaran...
12/10/2026

IPOH – Malaysia masih belum menerima maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran bantuan bagi memadamkan kebakaran di Kalimantan dan Sumatera yang mencetuskan jerebu rentas sempadan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran itu dikemukakan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka semasa lawatan rasmi ke Jakarta baru-baru ini. Katanya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar turut menghantar surat kepada rakan sejawat masing-masing di Indonesia, namun masih belum menerima sebarang respon...

Baca berita lanjut di website atau channel telegram

Address

8-01-034A, Jalan Medan PB 7A Bangi Sentral , Seksyen 9
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islam Hidupku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Islam Hidupku:

Shortcuts

Share