16/09/2026
β¨ Masa Berlalu, Kenangan Bersemadi: Penghujung Perjalanan Internship Kerja Sosial β¨
Tak terasa masa berlalu begitu cepat dan latihan industri kini tiba di penghujungnya. Perjalanan kami dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sepanjang menjalani praktikum di Malang, Indonesia ini penuh dengan pengalaman berharga, pertukaran ilmu, serta ikatan silaturahim yang cukup bermakna. π²πΎπ€π²π¨
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan khusus kami tujukan kepada:
π UPT RSBN Malang (Rehabilitasi Sosial Bina Netra) & Malang Creative Center (MCC) atas bimbingan, keprihatinan, serta ruang pembelajaran yang amat bermakna sepanjang kami menjalani latihan industri di sini.
π’ Universitas Muhammadiyah Malang (UMM) kerana sudi menerima, memberi kepercayaan, serta menyambut baik kehadiran kami sebagai rakan kerjasama antarabangsa.
Segala ilmu dan pengalaman praktikal dalam arena kerja sosial ini amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang. Semoga hubungan baik dan semangat persaudaraan ini terus terjalin mesra. Selamat maju jaya buat semua, semoga kita bertemu lagi di lain masa! ππ€β¨
Ikhlas daripada:
Barisan Pensyarah & Pelajar Internship Kerja Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)