Persatuan Psikologi Malaysia - PSIMA

Persatuan Psikologi Malaysia - PSIMA Official page of Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA). Advocating psychology for healthy lives & well-being.

Updates on events, mental health, professional growth & national advocacy including the Psychology Act.

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026Assalamualaikum WBT dan Salam Aidiladha.Aidiladha bukan sekadar ibadah korban, tetapi juga t...
27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Aidiladha.

Aidiladha bukan sekadar ibadah korban, tetapi juga tentang pengorbanan emosi, keikhlasan jiwa, pengurusan diri dan kekuatan psikologi dalam mendepani kehidupan. Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. mengajar kita tentang ketaatan, kepercayaan dan ketahanan diri dalam membina insan yang sejahtera.

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan jiwa, kekuatan minda, keberkatan hidup dan kesejahteraan psikologi buat seluruh warga UKM, ahli PSIMA dan masyarakat keseluruhannya.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Salam Pengorbanan, Salam Kesejahteraan Jiwa.

Burung merpati terbang melata,
Hinggap sebentar di pohon bidara,
Korban dipupuk membina jiwa,
Emosi terurus, masyarakat sejahtera.

Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Hj. Ghazali
Pengarah, Pusat Komunikasi Korporat UKM &
Presiden, Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA)

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447HSemoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menyemai kesejahteraan diri, keluarg...
26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menyemai kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

Bersama kita hayati nilai empati, keinsanan dan kesejahteraan psikologi dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas daripada
Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA)

⛔ PERLUKAH KITA LETAK HAD? KELAK BAGAIMANA UNTUK JADI LEBIH PRODUKTIF?🧠 1. Wujudkah 'meter' pengukur dalam psikologi?⏸️ ...
23/05/2026

⛔ PERLUKAH KITA LETAK HAD? KELAK BAGAIMANA UNTUK JADI LEBIH PRODUKTIF?

🧠 1. Wujudkah 'meter' pengukur dalam psikologi?
⏸️ 2. Burnout (lesu upaya) vs rustout (karat upaya)
🌊 3. Rasa engage, flow, atau being in the zone dalam pekerjaan
🚧 4. Bagaimana meletakkan sempadan kerja/kehidupan dengan bos, rakan sekerja, keluarga, malah diri sendiri?

👀 Saksikan video pendek ML Studios inisiatif pempengaruh Mat Luthfi.

🧠 “Apabila kerja tiada sempadan, stres juga biasanya tiada sempadan.”

🖥️ Facebook: (8.6k views)
https://www.facebook.com/share/v/1Hv6UD7o55/

📷 Instagram: (18.6k+ views)
https://www.instagram.com/reel/DYDwPdrtKHi/

📱 X (1.3k+ views)
https://x.com/mlstudiosmy/status/2052555888427463008

🧵 Threads:
https://www.threads.com//post/DYDve8mAXh2

⏱️ TikTok: (2.3k+ views)
https://www.tiktok.com//video/7637321329896688914

📹 Youtube: (3.5k+ views)
https://www.youtube.com/watch?v=Krgq-4jOy5k&t=20s


Dilema letak limit. Kalau tak letak, nanti kita koyak. Kalau letak, nanti susah nak grow. Belajar lagi dalam buku Dr. Alizi Jangan Ganggu Lepas Waktu Kerja,B...

Dalam Media | Utusan Malaysia (Utusan Pelajar)“Banding pencapaian boleh jatuhkan semangat pelajar”Amalan membandingkan p...
21/05/2026

Dalam Media | Utusan Malaysia (Utusan Pelajar)

“Banding pencapaian boleh jatuhkan semangat pelajar”

Amalan membandingkan pencapaian anak-anak masih berlaku dalam kalangan masyarakat, namun kajian dan pandangan pakar menunjukkan bahawa tindakan ini boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan emosi dan kesihatan mental pelajar.

Antara mesej utama:

• Setiap pelajar mempunyai keunikan dan potensi tersendiri
• Perbandingan berlebihan boleh menyebabkan tekanan emosi dan hilang keyakinan diri
• Sokongan ibu bapa dan guru perlu berfokus kepada perkembangan individu, bukan perbandingan
• Kesihatan mental pelajar harus diberi perhatian serius dalam ekosistem pendidikan

PSIMA menekankan bahawa pendekatan pendidikan yang sihat adalah berteraskan empati, penerimaan, dan pemerkasaan potensi individu — bukan tekanan yang berpunca daripada perbandingan.

UCAPAN PSIMA SEMPENA HARI GURU 2026Selamat Hari Guru  16 Mei 2026Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) merakamkan setingg...
16/05/2026

UCAPAN PSIMA SEMPENA HARI GURU 2026

Selamat Hari Guru
16 Mei 2026

Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah mencurahkan bakti tanpa jemu dalam mendidik generasi masa depan negara.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah merupakan arkitek pembentukan sahsiah, pemangkin kesejahteraan psikologi, serta pembimbing yang mencorak minda dan jiwa anak bangsa. Sesungguhnya, guru adalah nadi kepada pembangunan negara yang sejahtera dan berdaya tahan.

Di PSIMA, kami mengiktiraf peranan penting guru dalam membentuk ekosistem pendidikan yang holistik, termasuk dalam memperkukuh kesihatan mental, kesejahteraan emosi, dan pembangunan potensi pelajar secara menyeluruh.

Terima kasih, Cikgu.
Jasamu dikenang, dedikasimu dihargai, dan ilmumu terus menyinari harapan masa depan negara.

Semoga setiap usaha dan pengorbanan para pendidik terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan sejahtera.

Faculty of Psychology, Universitas Diponegoro (UNDIP) Semarang, Central Java, Indonesia will be organizing the 8th PSYCH...
12/05/2026

Faculty of Psychology, Universitas Diponegoro (UNDIP) Semarang, Central Java, Indonesia will be organizing the 8th PSYCHE Summer Course 2026, and we believe it would be a valuable and enriching experience for them.

🌿 Ready for a meaningful summer experience?

Join The 8th PSYCHE Summer Course 2026
"Fostering Sustainable Wellbeing through Ecopsychology and Cultural Heritage"

📍 Semarang, Indonesia
📅 July 13–17, 2026
👥 Limited to 25 participants

✨ What you’ll get:
* Field excursions & cultural immersion
* Sessions with international scholars
* Hands-on learning beyond the classroom
* Global networking opportunities

💼 Program fee: USD 65 (excluding international flights)
✔️ Includes accommodation, meals, local transportation, and a certificate

📝 Registration: April 20 – May 29, 2026
🔗 https://admission.undip.ac.id/summercourseall
(Choose: The 8th PSYCHE – Ecopsychology)

📩 Info: [email protected]

Don’t miss this chance to learn, connect, and grow while experiencing the richness of Indonesian culture and nature 🌏

The Inaugural Malaysia Cyberpsychology Symposium (MYCS) 2026 How do we keep humanity at the center of innovation? On 23 ...
12/05/2026

The Inaugural Malaysia Cyberpsychology Symposium (MYCS) 2026

How do we keep humanity at the center of innovation? On 23 May 2026, Asia Pacific University (APU) makes history by hosting the first-ever Malaysia Cyberpsychology Symposium.

This landmark event, a collaboration between APU’s Schools of Psychology, Technology, and Computing and the Cyberpsychology Research Group, University of Sydney, brings together global experts, researchers, and industry leaders to explore the powerful intersection between technology, behavior, and society.

Three Transformative Tracks:

🌐 Psychology & Society: Analyzing the digital impact on our social fabric.
🎮 Games & Behavior: Exploring the psychology behind gaming.
🔒 Cybersecurity & Human Factors: Tackling the human element in digital safety.

Join us for this milestone event as we move beyond the screen to focus on the people behind the systems. Be part of the conversation shaping the future of humanity in a digital world.

Register to secure your spot now: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdp-bXb812Wx-G7ESxNsG2xygmtrYtou1yV0Qebeme99SvPiA/viewform

Discover Speakers: apumycs.com

Persidangan Kebangsaan Psikologi Muslim Malaysia (PKPMM)Kembali kepada fitrah, memartabatkan sains psikologi melalui int...
12/05/2026

Persidangan Kebangsaan Psikologi Muslim Malaysia (PKPMM)

Kembali kepada fitrah, memartabatkan sains psikologi melalui integrasi wahyu.

Sertai para sarjana dan pengamal dalam membincangkan krisis psikologi global dari perspektif tauhidik, merangka pelan tindakan penyelidikan & pembangunan (R&D), serta membina jaringan nasional Psikologi Muslim.

Tarikh : 13 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Hotel Premeira, Kuala Lumpur

Panel Utama:

1. Dr Rahmatullah Khan bin Dr Abdul Wahab Khan
2. Azmi bin Abdul Hamid
3. Dr Abdul Rahman Ahmad

📞 Maklumat lanjut: wa.me/60142522884 (Dr Rahman)

Congratulations!Heartiest congratulations to Dato’ Dr. Abdul Halim bin Hussin, President of PERKAMA International, on hi...
11/05/2026

Congratulations!

Heartiest congratulations to Dato’ Dr. Abdul Halim bin Hussin, President of PERKAMA International, on his appointment as a Member of the Steering Committee of the Mental Health Promotion Advisory Council for the 2026/2027 term.

May this appointment further strengthen national efforts in advancing mental health promotion and enhancing psychological well‑being across society.

Best wishes from Persatuan Psikologi Malaysia - PSIMA.

Protect Children. Protect Their Minds.The spread of harmful online content involving children leaves deep psychological ...
11/05/2026

Protect Children. Protect Their Minds.

The spread of harmful online content involving children leaves deep psychological scars, often worsened by trauma, fear, and social stigma that prevent victims from seeking help.

PSIMA continues to advocate for:

1. Stronger psychology and mental health protection
2. Early intervention and professional support
3. Greater public awareness and responsibility

Safeguarding children is a shared duty.
Hope for the best — and act for the future.



https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20260509/281719801205253

Address

Persatuan Psikologi Malaysia Centre For Research In Psychology And Human Well-Being Faculty Of Social Sciences And Humanities National University Of Malaysia (UKM)
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Psikologi Malaysia - PSIMA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share