Kelab Al-Azhar Members KUIS

Kelab Al-Azhar Members KUIS Kelab Al-Azhar Members UIS merupakan sebuah Persatuan Mahasiswa Islam yang berpusat di Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor.

Kelab Al-Azhar Members atau nama ringkasnya ALAM merupakan sebuah Persatuan Mahasiswa Islam yang berpusat di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kelab Al-Azhar Members KUIS juga berperanan sebagai Biro Pemuda Masjid Al-Azhar KUIS. Team Media ALAM hanya mengendalikan :
- Laman Blog : http://alamkuis.blogspot.com
- Facebook : http://fb.com/alamkuis.original
- Twitter: http

://twitter.com/alam_kuis
- Instagram: http://instagram.com/alamkuis

Rakan Strategik Mahasiswa Nasional:
- Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia. (GAMIS)
- IIUM Ma'ruf Club.
- Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM

Entiti ALAM :
- Gerai ALAM.
- Nisa' Al-Azhar Members KUIS (Nisa' ALAM)
- Al-Azhar Bikers KUIS (ABS)
- Al-Azhar Media Crew (AMC)

💔 𝗣𝗥𝗔𝗬 𝗙𝗢𝗥 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔: 𝗗𝗢𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 🇲🇾Kami daripada Kelab Al-Azhar Members mengajak seluruh Mahasiswa UIS...
25/11/2025

💔 𝗣𝗥𝗔𝗬 𝗙𝗢𝗥 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔: 𝗗𝗢𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 🇲🇾

Kami daripada Kelab Al-Azhar Members mengajak seluruh Mahasiswa UIS untuk bersama-sama menadah tangan, memohon perlindungan dan rahmat Allah SWT di atas musibah banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Musibah adalah ujian. Dalam menghadapinya, marilah kita kuatkan semangat, hulurkan bantuan yang termampu, dan panjatkan doa agar bencana ini segera berlalu dan mangsa-mangsa yang terlibat diberi kekuatan serta kesabaran.

Semoga Allah SWT memelihara negara kita dan meringankan beban mereka yang diuji. Aamiin.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

[𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗞𝗭𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗠𝗔𝗥𝗛𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗗𝗥. 𝗙𝗔𝗥𝗛𝗔𝗛 𝗭𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗘𝗗 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜]Dengan penuh kesedihan, seluruh warga Kel...
03/11/2025

[𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗞𝗭𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗠𝗔𝗥𝗛𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗗𝗥. 𝗙𝗔𝗥𝗛𝗔𝗛 𝗭𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗘𝗗 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜]

Dengan penuh kesedihan, seluruh warga Kelab Al-Azhar Members (ALAM) Universiti Islam Selangor (UIS) merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah, Almarhumah Dr. Farhah Zaidar Binti Mohamed Ramli. Almarhumah merupakan seorang Pensyarah Kanan yang berkhidmat di Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), UIS. Pemergian beliau adalah kehilangan besar buat institusi dan komuniti ilmu.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, dan ditempatkan di sisi para solihin. Segala jasa dan sumbangan Almarhumah dalam mendidik dan menyebarkan ilmu al-Quran dan al-Sunnah akan sentiasa dikenang. Semoga keluarga Almarhumah diberi kekuatan dan kesabahan.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 🇲🇾Alhamdulillah, ketibaan para wira Malaysia daripada 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔 telah disa...
07/10/2025

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 🇲🇾

Alhamdulillah, ketibaan para wira Malaysia daripada 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔 telah disambut dengan penuh rasa syukur dan bangga. Mereka telah membawa bersama bukan sekadar pengalaman, tetapi juga semangat perjuangan yang menjadi saksi keberanian umat Islam menegakkan kemanusiaan.

Moga semangat 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 keteguhan tanpa gentar di medan perjuangan terus menyala dalam diri setiap kita. Mari bersama meneruskan suara solidariti buat saudara-saudara di Palestin, agar dunia tidak lupa bahawa perjuangan ini masih jauh dari selesai.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

04/10/2025

🔊 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗔𝗟𝗔𝗠: 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔

Kelab Al-Azhar Members (ALAM) menegaskan bahawa isu Palestin bukan hanya soal politik, tetapi merupakan krisis kemanusiaan yang jelas melanggar hak asasi manusia. Misi Global Sumud Flotilla adalah manifestasi solidariti antarabangsa dalam menuntut hak rakyat Gaza untuk hidup bebas, mendapat bantuan asas, dan dilindungi daripada kekejaman rejim Zionis yang berterusan.

ALAM menyeru mahasiswa untuk melihat isu ini sebagai tanggungjawab bersama dalam membela hak kemanusiaan sejagat. Suara mahasiswa perlu lantang dalam menolak penindasan dan mendukung usaha pembebasan Palestin. Dengan kesedaran yang berterusan, kita mampu menjadi penyumbang kepada kebangkitan ummah dan perjuangan hak yang sah bagi rakyat Palestin.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

‼️𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗥𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗‼️Tindakan penahanan terhadap para aktivis kemanusiaan ini adalah satu bentuk peninda...
03/10/2025

‼️𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗥𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗‼️

Tindakan penahanan terhadap para aktivis kemanusiaan ini adalah satu bentuk penindasan yang tidak boleh diterima. Mereka tidak melakukan jenayah, sebaliknya berdiri atas dasar keberanian, membawa suara rakyat tertindas dan memperjuangkan hak asasi manusia.

Mereka adalah suara kebebasan, wakil kepada nurani dunia yang tidak sanggup melihat kezaliman terus bermaharajalela. Membisukan mereka bererti membisukan suara kita semua. Tekanan antarabangsa mesti terus digerakkan, agar keadilan dapat ditegakkan dan mereka kembali bebas.

Kami daripada Kelab Al-Azhar Members (ALAM), Universiti Islam Selangor, menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menyuarakan sokongan tanpa henti. Jangan biarkan aktivis yang berjuang atas nama kemanusiaan ini terpenjara. Desakan kita hari ini adalah nyawa untuk mereka di luar sana.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗨𝗣𝗗𝗔𝗧𝗘 𝗥𝗘𝗗 𝗔𝗟𝗘𝗥𝗧 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔 🚢✨Perkembangan terkini, seramai 13 aktivis kemanusiaan termasuk rakyat Malaysia t...
02/10/2025

𝗨𝗣𝗗𝗔𝗧𝗘 𝗥𝗘𝗗 𝗔𝗟𝗘𝗥𝗧 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔 🚢✨

Perkembangan terkini, seramai 13 aktivis kemanusiaan termasuk rakyat Malaysia telah ditahan ketika misi Global Sumud Flotilla. Mereka berlayar membawa harapan, doa, dan solidariti dunia buat Palestin.

Kami di Kelab Al-Azhar Members (ALAM), Universiti Islam Selangor berdiri seiring doa dan sokongan. Walau mereka direnggut kebebasan, semangat mereka tetap hidup, menjadi cahaya yang membakar tekad kita semua untuk tidak pernah diam.

Doakan keselamatan mereka. Doakan kebebasan Palestin. Kerana perjuangan ini bukan milik mereka sahaja, tetapi amanah seluruh jiwa yang mencintai kebenaran.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

02/10/2025

𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔 🚢✨

Pada malam semalam, armada Global Sumud Flotilla telah memasuki zon merah di perairan antarabangsa. Perjalanan ini bukan sekadar sebuah pelayaran, tetapi simbol keteguhan dan keberanian umat yang sentiasa mendukung perjuangan rakyat Palestin. Setiap detik dalam misi ini adalah tanda solidariti yang tidak pernah padam meskipun berdepan ancaman dan cabaran.

Kami daripada Kelab Al-Azhar Members (ALAM), Universiti Islam Selangor berdiri teguh bersama usaha mulia ini. Dukungan kami lahir daripada semangat kepimpinan ummah yang berteraskan kesedaran, doa, serta sokongan yang tidak berbelah bahagi. Inilah wadah kita untuk terus menyuarakan keadilan dan hak yang telah lama dinafikan.

Marilah kita bersama-sama mengiringi misi ini dengan doa, perhatian, dan sokongan padu agar ia sampai ke destinasi dengan selamat. Setiap langkah mereka adalah amanah kita bersama.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

[𝗔𝗟𝗟 𝗘𝗬𝗘𝗦 𝗢𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔]Dengan penuh rasa kebersamaan, marilah kita terus memberikan sokongan moral kepada para suka...
30/09/2025

[𝗔𝗟𝗟 𝗘𝗬𝗘𝗦 𝗢𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔]

Dengan penuh rasa kebersamaan, marilah kita terus memberikan sokongan moral kepada para sukarelawan yang kini berada di lapangan bagi misi kemanusiaan.

- Ikuti perkembangan terkini melalui live tracker pada pautan rasmi MAPIM: https://magic.mapim.dev/sumudnusantara

- Bersiap sedia dengan makluman SOS Live daripada sukarelawan Malaysia sekiranya diperlukan.

- Panjatkan doa dan harapan agar Allah S.W.T. memelihara keselamatan mereka serta memudahkan segala urusan misi ini.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟱𝗠 ✨Kami daripada Kelab Al-azhar Members, ALAM, Universiti Islam Selangor, UIS mengucapk...
05/09/2025

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟱𝗠 ✨

Kami daripada Kelab Al-azhar Members, ALAM, Universiti Islam Selangor, UIS mengucapkan Salam Maulidur Rasul.

Semoga kita semua meneladani akhlak Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah, memperkukuh iman, memperteguh ukhuwwah, dan sama-sama menjadi umat yang membawa cahaya Islam ke seluruh alam.

📖 Firman Allah SWT:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرْجُواْ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا (٢١)

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam masa susah dan senang)."
(Surah Al-Ahzab: 21)

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

✨ 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗕𝗕𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 ✨𝘛𝘦𝘮𝘢: 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘙𝘢𝘣𝘣𝘢𝘯𝘪, 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘕𝘢𝘣𝘢𝘸𝘪Ayuh bersama kita hayati malam penuh mahabbah, meraikan kec...
27/08/2025

✨ 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗕𝗕𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 ✨

𝘛𝘦𝘮𝘢: 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘙𝘢𝘣𝘣𝘢𝘯𝘪, 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘕𝘢𝘣𝘢𝘸𝘪

Ayuh bersama kita hayati malam penuh mahabbah, meraikan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dengan alunan selawat, tausiyah, dan pengisian rohani. 🌙✨

Menampilkan:
📌 IM Megat (Pendakwah & Motivator)
📌 Al-Azhar Maulid Team

📅 Khamis | 28 Ogos 2025
🕌 Masjid Al-Azhar, UIS
⏰ 9.00 malam – 11.00 malam

Jangan lepaskan peluang ini untuk memperkukuh iman, menyemai jiwa rabbani, dan mempererat ukhuwah dalam cahaya cinta Rasulullah ﷺ.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

[𝐈𝐒𝐔 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐓𝐔𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔: 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀𝐁 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍𝐋𝐀𝐇 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐌𝐎𝐑𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀]Kelab Al-Azhar Members (...
31/07/2025

[𝐈𝐒𝐔 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐓𝐔𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔: 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀𝐁 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍𝐋𝐀𝐇 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐌𝐎𝐑𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀]

Kelab Al-Azhar Members (ALAM) ingin menyatakan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap insiden tular baru-baru ini yang melibatkan seorang murid menumbuk guru di sekolah. Tindakan tersebut bukan sahaja mencerminkan kehilangan adab terhadap insan yang menyampaikan ilmu, malah mencabar nilai kemanusiaan dan prinsip Islam yang mengangkat martabat guru sebagai pewaris para nabi.

Dalam tradisi Islam, guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi juga pemimpin rohani yang membentuk akhlak dan jiwa pelajar. Menjaga adab terhadap guru merupakan syarat penting untuk memperoleh keberkatan ilmu. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 24:

وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًۭا
"Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidikku sejak kecil."
Ayat ini tidak hanya terhad kepada ibu bapa, bahkan diperluas oleh para ulama kepada para guru yang bersusah payah membimbing dan membentuk diri kita. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ مُعَلِّمًا
"Sesungguhnya aku diutuskan sebagai seorang guru."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Isu keganasan terhadap guru ini bukan sekadar isu disiplin, tetapi mencerminkan krisis adab dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar, yang jika tidak dibendung akan membarah menjadi budaya yang merosakkan masa depan ummah.

Dalam dunia penuh cabaran hari ini, adab perlu diletakkan di hadapan ilmu. Ketahuilah kita semua bertanggungjawab untuk membangunkan budaya ilmu yang berteraskan adab, kerana hanya dengan keberkatan ilmu, masyarakat dapat dibentuk menjadi bangsa yang bertamadun dan diredhai Allah SWT.

Sebagai mahasiswa Islam, kami Kelab Al-Azhar Members (ALAM) menyeru kepada seluruh mahasiswa dan belia di luar sana agar bangkit menjadi agen perubahan, bukan sekadar cemerlang akademik tetapi juga unggul dalam akhlak. Kita tidak boleh lagi berdiam diri melihat keruntuhan nilai hormat dan kasih sayang dalam institusi pendidikan.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat kita semua. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada anak muda agar kembali kepada nilai Islam yang sebenar.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊:
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇"

Disediakan oleh,
𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐳𝐢𝐦 𝐍𝐚𝐰𝐟𝐚𝐥 𝐁𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐝𝐢𝐧,
𝐋𝐀𝐉𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐑𝐁𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍,
𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐈𝐒) 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔.

[𝗧𝗿𝗲𝗻𝗱 𝗦 𝗟𝗶𝗻𝗲: 𝗡𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗸𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗛𝗶𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻]Baru-baru ini tular sebuah drama Korea bertajuk S Line, yang mema...
25/07/2025

[𝗧𝗿𝗲𝗻𝗱 𝗦 𝗟𝗶𝗻𝗲: 𝗡𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗸𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗛𝗶𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻]

Baru-baru ini tular sebuah drama Korea bertajuk S Line, yang memaparkan simbol tali atau garis merah di atas kepala seseorang sebagai tanda bahawa individu tersebut pernah melakukan hubungan badan.

Drama ini kemudiannya mencetuskan satu trend global, termasuk dalam kalangan umat Islam, di pelbagai platform media sosial. Ramai yang memuat naik gambar yang telah disunting dengan menambah tali atau garis merah seperti yang dipaparkan dalam drama tersebut.

Trend ini jelas bercanggah dengan syariat Islam kerana ia mempromosikan hiburan yang melampau, mempamerkan kemaksiatan secara terbuka khususnya zina atau seks luar nikah serta memudahkan pendedahan aib individu atau kump**an. Ia adalah suatu perbuatan yang nyata melampaui batas.

Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah al-A‘raf ayat 165:

> فَلَمَّا نَسُوا۟ مَا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦٓ أَنجَيْنَا ٱلَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذْنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ بِعَذَابٍۭ بَـِٔيسٍۭ بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ

"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

Ayat ini dengan jelas menggambarkan azab yang dahsyat bagi mereka yang bermudah-mudahan dan melampaui batas dalam melakukan kefasikan di dunia. Ia bukan sekadar catatan sejarah, tetapi merupakan peringatan yang hidup untuk setiap jiwa. Apabila peringatan Allah dipersenda dan maksiat dianggap biasa, maka tunggulah saat azab-Nya turun — tanpa amaran, tanpa tangguh.

Justeru itu, kami daripada Kelab Al-Azhar Members menyeru kepada seluruh umat manusia, khususnya umat Islam, agar segera menghentikan trend ini — satu trend yang membunuh rasa malu, merosakkan maruah, dan mempromosikan budaya yang bercanggah dengan nilai agama serta moral.

Buat yang pernah terjebak, hapuskanlah segala yang telah dikongsi di media sosial, dan segeralah memohon keampunan daripada Allah SWT.
Ingatlah, Islam tidak menolak hiburan, namun biarlah ia dinikmati dalam batas yang ditetapkan oleh syariat, agar hati yang terhibur tetap terpelihara imannya.

𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒕𝒆𝒓𝒌𝒊𝒏𝒊
https://linktr.ee/ALAMKUIS?utm_source=linktree_admin_share

"𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑼𝑴𝑴𝑨𝑯"

𝐃𝐈𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇
𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐌𝐔𝐓𝐀𝐋𝐈𝐁
𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐍𝐈𝐒𝐀'
𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 (𝐀𝐋𝐀𝐌)
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

Address

Universiti Islam
Bangi
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Al-Azhar Members KUIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Al-Azhar Members KUIS:

Share