EWA Malaysia

Call Directions Website

EWA Malaysia eWA Malaysia is an association for online women entrepreneurs. We welcome all women members age 18 and above with all kinds of business background to join

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026 โ€” kita raikan bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi s...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 โ€” kita raikan bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi semangat perjuangan, perpaduan dan kebersamaan yang membentuk Malaysia tercinta. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Semoga semangat Merdeka terus menyatukan kita untuk melangkah lebih jauh, membina masa depan yang lebih gemilang serta membuka lebih banyak peluang untuk generasi akan datang.

โœจ Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Daripada kami, e-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA Malaysia) โ€”
Wanita Bersatu, Usahawan Berdaya, Malaysia Gemilang. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Selamat Hari Merdeka!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒธโœจ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ๏ทบ โœจ๐ŸŒธ12 Rabiulawal 1448HMarilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muha...
24/08/2026

๐ŸŒธโœจ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ๏ทบ โœจ๐ŸŒธ

12 Rabiulawal 1448H

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ dengan penuh rasa cinta dan syukur. Semoga kita terus meneladani akhlak mulia Baginda, memperkukuhkan iman, memperbanyakkan selawat serta mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian. ๐Ÿค

โ€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.โ€
โ€” Surah Al-Ahzab: 21

Semoga kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ menyatukan hati, membawa keberkatan dalam kehidupan dan mendorong kita untuk sentiasa menyebarkan kebaikan kepada sesama insan. ๐ŸŒท

๐Ÿ’— Amalkan Sunnah
๐Ÿคฒ Perbanyakkan Selawat
๐ŸŒธ Sebarkan Kebaikan
โค๏ธ Cintai Rasulullah ๏ทบ

Salam Maulidur Rasul daripada EWA Malaysia.
Bersama EWA, Kita Bangun, Kita Berdaya, Kita Berkongsi. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

โœจ SEMINAR USAHAWAN | 8 Ogos 2026 โœจAlhamdulillah, selesai satu lagi program EWA Malaysia dalam usaha memperkasa usahawan ...
08/08/2026

โœจ SEMINAR USAHAWAN | 8 Ogos 2026 โœจ

Alhamdulillah, selesai satu lagi program EWA Malaysia dalam usaha memperkasa usahawan melalui ilmu, jaringan dan strategi yang praktikal. ๐Ÿ’œ

Hari ini, e-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA Malaysia) dengan kerjasama Kolej Keris Mas, UKM | USWA KKM | Malaysia Digital | Vrainiage | CITA Design Studio | Uni Madani Entrepreneurship Centre telah menganjurkan:

โ€œSeminar Usahawan: Keusahawanan, Ekosistem Usahawan Digital & Strategi Kewanganโ€

Presiden EWA Malaysia berkesempatan menyampaikan perkongsian bertajuk:

๐ŸŽฏ Strategi Kewangan Perniagaan: Membina Perniagaan yang Mampan dan Berdaya Tahan

EWA Malaysia saya percaya usahawan perlu bukan sahaja tahu menjana pendapatan, tetapi juga tahu bagaimana untuk mengurus cash flow, membina simpanan & pelaburan, mengurus risiko serta merancang kekayaan dan masa depan perniagaan.

Kerana bisnes yang hebat bukan sekadar berapa banyak kita mampu jana, tetapi sejauh mana kita mampu mengekalkan, melindungi dan mengembangkan apa yang telah kita bina. ๐Ÿ’ผ๐Ÿ“ˆ

Terima kasih kepada semua rakan strategik, penganjur, barisan penceramah dan para peserta yang menjayakan program hari ini.

Together, we build a stronger and more resilient entrepreneurial ecosystem. ๐Ÿ’œ

๐Ÿ“ข JEMPUTAN RASMI DARIPADA EWA MALAYSIAAssalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.E-Entrepreneurs Women Association Malay...
03/08/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN RASMI DARIPADA EWA MALAYSIA

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

E-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA Malaysia) dengan sukacitanya menjemput para usahawan, bakal usahawan, mahasiswa, alumni serta orang ramai untuk menyertai Seminar Usahawan: Keusahawanan Ekosistem Usahawan Digital & Strategi Kewangan.

โœจ Mengapa anda perlu hadir?
โœ”๏ธ Meneroka peluang keusahawanan dalam era digital.
โœ”๏ธ Memahami strategi kewangan bagi membina perniagaan yang mampan.
โœ”๏ธ Menambah ilmu, membina jaringan (networking) dan mendapatkan inspirasi daripada pakar industri.
โœ”๏ธ Sijil penyertaan dan makan tengah hari disediakan.

๐Ÿ“ Butiran Program
๐Ÿ—“ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•š Masa: 11.30 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Lokasi: Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
๐Ÿš€ Yuran : RM10
CIMB
8605719609
CEQTA SMART MANAGEMENT

Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkasakan ilmu keusahawanan, membina ekosistem perniagaan yang lebih kukuh serta merancang masa depan kewangan yang lebih strategik.

๐ŸŽฏ Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam program yang penuh manfaat ini.

Jumpa anda di UKM pada 8 Ogos 2026!

Anjuran bersama E-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA Malaysia), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan rakan-rakan strategik.

Pendaftaran ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://forms.gle/epinDFkCMRSY25BV8

Tempat adalah terhad.

Tahniah Kak Zai! ๐ŸŒนSetinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Zainun Taib (Kak Zai) atas pencalo...
24/07/2026

Tahniah Kak Zai! ๐ŸŒน

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Zainun Taib (Kak Zai) atas pencalonan sebagai Calon G7 UMNO Bahagian Segamat.

Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan dalam menggalas amanah. Moga setiap langkah dipenuhi keberkatan dan membawa kejayaan yang cemerlang.

Semoga berjaya dalam pencalonan. Terus melangkah dengan yakin demi UMNO Bahagian Segamat yang lebih gemilang.

๐ŸŒน Tahniah Kak Zai dari EWA Malaysia. Semoga Berjaya!

Presiden EWA Malaysia, Dr. Azlina Asaari Dijemput Sebagai Juri Pertandingan Akhir Bicara Tuntas UKM 2026.Terima kasih ke...
15/07/2026

Presiden EWA Malaysia, Dr. Azlina Asaari Dijemput Sebagai Juri Pertandingan Akhir Bicara Tuntas UKM 2026.

Terima kasih kepada pihak UKM, khususnya Pusat Pengajian CITRA Universiti, atas kepercayaan yang diberikan. Ia merupakan satu penghormatan untuk turut menyumbang dalam menilai idea, kreativiti serta kebolehan mahasiswa menyampaikan hujah dan inovasi mereka.

Sebagai Presiden e-Entrepreneurs Women Association (EWA) Malaysia, saya percaya platform seperti ini bukan sahaja membentuk keyakinan diri pelajar, malah melahirkan lebih ramai usahawan dan pemimpin masa hadapan yang berani berfikir secara kritis, kreatif dan berinovasi.

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi pencetus perubahan kepada negara.

Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas jemputan dan layanan yang amat baik.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Dr. Aini Aman, Penaung e-Entrepreneurs Women Association Malay...
25/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Dr. Aini Aman, Penaung e-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA Malaysia) atas pengiktirafan sebagai Adjunct Professor di Faculty of Economics and Business, UPN โ€œVeteranโ€ Jakarta bagi sesi 2025/2026.

Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan beliau sebagai seorang tokoh akademik yang sentiasa komited dalam memperkasa pendidikan, penyelidikan dan jaringan kolaborasi antarabangsa.

Semoga pelantikan yang penuh bermakna ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan, inovasi dan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi di peringkat serantau dan global. Inspirasi, kepimpinan dan dedikasi Prof. Dr. Aini terus menjadi contoh kepada wanita, ahli akademik dan usahawan dalam membina masa depan yang lebih cemerlang.

Seluruh warga e-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA Malaysia) mendoakan agar Prof. Dr. Aini terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, serta terus mencipta impak yang besar dalam dunia akademik dan pembangunan masyarakat.

Ikhlas daripada,
e-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA Malaysia)

EWA Malaysia di Program SINERGY USAHAWAN @ Putrajaya
24/06/2026

EWA Malaysia di Program SINERGY USAHAWAN @ Putrajaya

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Cik Nor Azilahazah Binti Ramlee, Naib Setiausaha EWA Malaysia, ...
17/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Cik Nor Azilahazah Binti Ramlee, Naib Setiausaha EWA Malaysia, atas penganugerahan Tokoh Belia Maal Hijrah Daerah Mersing 1448H/2026M.

Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen, dedikasi dan kepimpinan cemerlang beliau dalam memperkasa belia, pembangunan komuniti serta menyumbang kepada kemajuan ummah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita dan generasi muda untuk terus berbakti, memimpin dan mencipta perubahan positif dalam masyarakat.

Seluruh warga e-Entrepreneurs Women Association (EWA) Malaysia mendoakan agar Cik Nor Azilahazah terus dikurniakan kejayaan, keberkatan dan kekuatan dalam meneruskan usaha-usaha murni demi agama, bangsa dan negara.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini.

โ€œPemimpin yang hebat bukan hanya mencipta kejayaan untuk diri sendiri, tetapi membuka jalan kejayaan untuk orang lain.โ€

Ikhlas daripada,
e-Entrepreneurs Women Association (EWA) Malaysia ๐ŸŒน

Salam Maโ€™al Hijrah 1448H.๐ŸŒธ Awal Muharam bukan sekadar pertukaran tahun, tetapi peluang untuk berhijrah ke arah kehidupan...
16/06/2026

Salam Maโ€™al Hijrah 1448H.

๐ŸŒธ Awal Muharam bukan sekadar pertukaran tahun, tetapi peluang untuk berhijrah ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Mari kita:
๐Ÿ’– Perbaiki diri
๐Ÿ“– Perbanyakkan amal
๐Ÿค Perkukuh ukhuwah

Semoga tahun 1446H membawa keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua.

Address

Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EWA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share