23/04/2026
Pada MATK Kali ke-18 kali ini, Saudari Ain Shahirah bt Noor Azib selaku Ketua Beliawanis Pembina Bangi telah mewakili Pembina Bangi dalam mengulas Ucapan Dasar Presiden.
Memetik ucapan dasar yang disampaikan saudari Ain menyatakan
“ Krisis belia hari ini bukan sekadar krisis tindakan, tetapi krisis kefahaman, identiti dan arah. Realitinya, ramai belia hari ini bukan kekurangan ilmu, tetapi ilmu yang ada tidak dirangka sebaiknya untuk dimanfaatkan.
Maka jalan keluar bukan lagi jalan yang kosmetik. Ia mesti bermula dari dalam, iaitu dengan membetulkan cara belia/mahasiswa berfikir, mengembalikan akal kepada panduan wahyu “
Semoga setiap ulasan yang disampaikan dapat menyuntik kesedaran kepada belia di luar sana.