Family Empowerment

Family Empowerment Family Empowerment Society (FAME) is established to raise awareness, education, training, development Tema:
Sejahtera Keluarga, Sejahtera Negara.

Matlamat:
Membina suatu ekosistem selamat dan sejahtera buat individu (kanak-kanak, wanita, lelaki, warga emas) dan keluarga terutama golongan tertindas dan terpinggir dalam masyarakat.

FAME mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026kepada semua.Sejahtera Keluarga, Sejahtera Negara
01/01/2026

FAME mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026
kepada semua.

Sejahtera Keluarga, Sejahtera Negara

Selamat menyambut Hari Kesedaran AIDS Sedunia.Mari sama-sama tingkatkan literasi pendidikan kesihatan reproduktif dan ja...
01/12/2025

Selamat menyambut Hari Kesedaran AIDS Sedunia.

Mari sama-sama tingkatkan literasi pendidikan kesihatan reproduktif dan jauhi stigma buruk terhadap penghidap AIDS. Mereka sedang berjuang melawan penyakit dalam diri mereka. Usah ditambah lagi kesakitan dan kepedihan yang mereka hadapi.

Bersama mencegah tingkahlaku risiko tinggi dan pelencongan sosial dalam kalangan masyarakat.

Kehamilan Luar Nikah Semakin Membimbangkan: Pendidikan Kesihatan Reproduktif Komprehensif Kunci Penyelesaian Jangka Panj...
22/11/2025

Kehamilan Luar Nikah Semakin Membimbangkan: Pendidikan Kesihatan Reproduktif Komprehensif Kunci Penyelesaian Jangka Panjang

Isu kehamilan luar nikah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Melayu terus menjadi kebimbangan nasional apabila trend peningkatan saban tahun mencerminkan kelompangan dalam struktur sosial negara. Menurut data yang dikeluarkan oleh LPPKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan remaja yang terlibat dengan kehamilan luar nikah menunjukkan pola peningkatan dalam beberapa tahun terakhir dan suatu petunjuk bahawa pendekatan lama tidak lagi mencukupi bagi menyelesaikan masalah ini. Pakar-pakar sosial menegaskan bahawa fenomena ini bukan sekadar masalah remaja “nakal”. Sebaliknya, ia berkait rapat dengan sistem pendidikan yang masih terbatas, komunikasi keluarga yang terputus, pengaruh media sosial yang tidak ditapis, serta budaya tabu yang menyukarkan perbincangan terbuka tentang fisiologi dan biologi tubuh, hubungan dan keselamatan seksual.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif Komprehensif (CSE) menekankan maklumat tepat mengenai tubuh manusia, keselamatan diri, hubungan sihat, persetujuan (consent), dan kemahiran membuat keputusan. Ia bukan mengajar kanak-kanak untuk melakukan hubungan seks tetapi membekalkan mereka pengetahuan untuk melindungi diri daripada risiko, eksploitasi dan kehamilan tidak dirancang. Kajian UNESCO, WHO dan penyelidikan tempatan menunjukkan bahawa remaja yang mendapat pendidikan reproduktif yang komprehensif lebih lambat memulakan hubungan seksual, lebih bijak menolak ajakan rakan sebaya (abstinen), lebih mampu membuat keputusan bertanggungjawab, dan lebih tahu menjaga keselamatan tubuh mereka. Ironinya, masyarakat sering menyatakan keprihatinan terhadap kehamilan luar nikah tetapi pada masa sama menolak pendidikan reproduktif yang sebenarnya dapat mencegahnya. Keutamaan kita adalah untuk mencegah daripada merawat krisis sosial ini.

Dalam kebanyakan keluarga Melayu, sentuhan selamat, bahagian tubuh yang tidak boleh disentuh dan penggunaan istilah biologi seperti z***r atau f***j masih dianggap tabu dan masih banyak keluarga yang tidak membicarakan perihal ini dalam institusi kekeluargaan. Akibatnya, kanak-kanak membesar tanpa memahami asas keselamatan tubuh dan menyebabkan mereka mudah terdedah kepada salah laku seksual dan maklumat salah di internet. Kita tidak boleh mengharapkan remaja membuat keputusan bijak jika kita tidak memberikan mereka maklumat yang betul, tepat dan selamat. Keluarga adalah institusi pendidikan pertama, tetapi tanpa sokongan, latihan dan ilmu, ramai ibu bapa tidak tahu bagaimana memulakan perbualan penting ini.

Pendidikan reproduktif komprehensif merupakan keperluan dasar yang selari dengan komitmen Malaysia terhadap SDG 3: Kesihatan Baik & Kesejahteraan, SDG 4: Pendidikan Berkualiti, dan SDG 5: Kesaksamaan Gender. Ia juga menyumbang kepada kelestarian sosial jangka panjang dan mengurangkan risiko kehamilan remaja, mengelakkan kemiskinan antara generasi, memperkukuh kesejahteraan keluarga dan memastikan peluang pendidikan remaja tidak terjejas oleh kehamilan awal.

Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), namun masih banyak guru yang tidak mempunyai latihan yang cukup dan berdepan tekanan sosial untuk “mengelak topik sensitif”. Dalam masa sama, ibu bapa memerlukan sokongan dan panduan mudah untuk berbincang mengenai keselamatan tubuh, rasa hormat, dan hubungan sihat. Kombinasi pendidikan formal dan tidak formal ini adalah kunci kepada keberkesanan pencegahan.

Kehamilan luar nikah bukan sekadar angka statistik tetapi ianya membawa implikasi besar kepada masa hadapan pendidikan, kesihatan mental, ekonomi dan kesejahteraan sosial remaja. Diam, malu dan stigma bukan lagi jawapan. Malaysia memerlukan komitmen kolektif seperti membuka ruang dialog selamat di rumah dan sekolah, melatih guru dengan pendekatan berasaskan bukti, menyokong ibu bapa dengan sumber pengetahuan, dan menerima bahawa pendidikan reproduktif adalah pelindung, bukan ancaman. Untuk melindungi generasi masa depan, kita perlu memberi mereka maklumat yang tepat bukan menunggu hingga terlambat.

Penulisan dan Pandangan oleh:
Khairul Anuar bin Abdul Manap
Sarjana Sains Sosial (Sosiologi dan Antropologi)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Setiausaha Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga /
Family Empowerment Society (FAME)

Kanak-kanak merupakan golongan rentan yang wajib dilindungi. UNICEF (2017), hampir 1 daripada 10 kanak-kanak di dunia me...
07/10/2025

Kanak-kanak merupakan golongan rentan yang wajib dilindungi.

UNICEF (2017), hampir 1 daripada 10 kanak-kanak di dunia menjadi mangsa penderaan seksual.

Laporan global, lebih 300 juta kanak-kanak di seluruh dunia menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian saban tahun.

Ayuh, kita imbas kembali asas mengenai kanak-kanak.

05/10/2025

Respon FAME berkenaan Isu Buli di Sekolah

Dalam konteks perlindungan dan keselamatan kanak-kanak. Konsep pendidikan secara komprehensif adalah jalan yang sangat penting dalam saranan pelbagai aspek.

Sebab itu dalam konteks pendidikan seksualiti, pakar dan kebanyakan modul menggunakan istilah pendidikan kesihatan reproduktif dan seksualiti.

Mengapa? Kerana pendidikan adalah usaha berterusan untuk mendidik dan memaknai makna manusia dalam diri.

Sama juga dalam konsep keselamatan kanak-kanak. Barangkali banyak orang melihat istilah hukuman, hukuman dan hukuman. Kerana minda kita sudah terbiasa ada penghargaan dan hukuman. Lumrah manusia untuk dihargai dan dihukum. Tetapi ianya bersifat sementara.

Beza dalam kajian kajian sosial mengenai kanak-kanak, kita menumpu kepada aspek pendidikan dalam usaha perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.

Mendidik secara inklusif dan komprehensif. Dalam pendidikan, ada penghargaan dan penghukuman.

Ekosistem kanak-kanak, perlindungan sosial dan kesejahteraan kanak-kanak perlu diambil berat kerana semua bermula di rumah.

Barangkali kita alpa, kesejahteraan pendidikan di rumah membawa kepada kesejahteraan pendidikan di sekolah.

Merujuk kepada kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah, kita kena kembali kepada asas. Sudah pasati Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi asas kepada penyelesaian akar masalah. Pendidikan yang hikmah, berterusan dan mengangkat darjat keinsanan perlu diperkuat.

Ayuh bersama kita melafazkan kebencian kepada buli, katakan tidak kepada penderaan dan keganasan. Bermula dengan melafazkan, kita hayati dan kita amali.




Anuar Manap
Setiausaha
Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga
Family Empowerment (FAME)
05.10.2025

Hentikan Keganasan!Hentikan Buli!Hentikan Kekerasan!Katakan Tidak kepada Keganasan!Keganasan, Buli dan KekerasanBukan Bu...
03/10/2025

Hentikan Keganasan!
Hentikan Buli!
Hentikan Kekerasan!
Katakan Tidak kepada Keganasan!

Keganasan, Buli dan Kekerasan
Bukan Budaya Kita.

Sempena kita menyambut hari Tanpa Keganasan,
ayuh sama-sama kita hentikan normalisasi kekerasan, keganasan dan buli.
Matlamat yang murni dimulakan dengan usaha yang kecil

Dengan kita melafazkan ucapan Hentikan Buli setiap hari,
Maka kita sebenarnya mengingatkan diri untuk tidak melakukan Buli.

Sejahtera Keluarga, Sejahtera Negara

WARGA EMAS, WAJAH MASA DEPAN KITASelamat menyambut Hari Warga Emas.Buat anak-anak yang masih mempunyai ayah dan ibu atau...
03/10/2025

WARGA EMAS, WAJAH MASA DEPAN KITA

Selamat menyambut Hari Warga Emas.

Buat anak-anak yang masih mempunyai ayah dan ibu atau
keluarga yang sudah meniti usia emas.
Manfaatkan kesempatan yang ada,
Untuk mengisi waktu lapang bersama-sama mereka.

Buat anak-anak yang menjaga ibu dan ayah yang sudah usia emas.
Senyuman kalian adalah tanda kebahagiaan dan ketenangan buat mereka.

Sejahtera keluarga, Sejahtera negara.

SOLIDARITI BUAT KELUARGA KREWGLOBAL SUMUD FLOTILLA
02/10/2025

SOLIDARITI BUAT KELUARGA KREW
GLOBAL SUMUD FLOTILLA



SEDANG BERLANGSUNGForum 2: “Mengharmonikan Peranan Ibu dan Bapa dalam Keluarga”SEMINAR MEMPERKASA PERANAN AYAH: MEMBINA ...
15/04/2025

SEDANG BERLANGSUNG

Forum 2: “Mengharmonikan Peranan Ibu dan Bapa dalam Keluarga”

SEMINAR MEMPERKASA PERANAN AYAH: MEMBINA GENERASI HEBAT

Ikuti kami untuk lebih banyak kemaskini!

SEDANG BERLANGSUNGForum 1: “Kesolehan, Kemandirian, dan Ketokohan Anak: Peranan Bapa sebagai Pendorong”SEMINAR MEMPERKAS...
15/04/2025

SEDANG BERLANGSUNG

Forum 1: “Kesolehan, Kemandirian, dan Ketokohan Anak: Peranan Bapa sebagai Pendorong”

SEMINAR MEMPERKASA PERANAN AYAH: MEMBINA GENERASI HEBAT

Ikuti kami untuk lebih banyak kemaskini!

Menjadi bapa bukan hanya tentang memberi nafkah. Ia tentang memimpin dengan kasih sayang, membimbing dengan hikmah, dan ...
14/04/2025



Menjadi bapa bukan hanya tentang memberi nafkah. Ia tentang memimpin dengan kasih sayang, membimbing dengan hikmah, dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Sertai kami dalam seminar ini untuk membina diri sebagai ayah yang qawwam, suami yang penyayang, dan lelaki yang membentuk masa depan ummah.
_____________________________________________

SEMINAR MEMPERKASA PERANAN AYAH

📅 Tarikh: 15 April 2025, Selasa
⏱️ Masa: 8:00 pagi - 1:30 tengah hari
📍 Lokasi: Dewan Besar Kolej Dar Al Hikmah, Kajang
https://maps.app.goo.gl/KwWvoLG7ynoUxKDX7?g_st=ic

▶️ Daftar penyertaan anda hari ini dengan mengimbas QR kod yang tertera pada poster atau klik pautan di bawah:
https://forms.gle/XVweLxMrg2CBf11x7

▶️ Sebarang pertanyaan, hubungi urusetia di talian: 013-238 8408 (Pn. Naheed)
Jumpa anda di sana!



[Ulang Siar & Kemaskini]Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME) sukacita menjempu...
06/04/2025

[Ulang Siar & Kemaskini]

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME) sukacita menjemput tuan/puan ibu/ayah untuk bersama kami dalam wacana kekeluargaan:

‘SEMINAR MEMPERKASA PERANAN AYAH’

📅 Tarikh: 15 April 2025, Selasa
⏱️ Masa: 8:00 pagi - 1:30 tengah hari
📍 Lokasi: Dewan Besar Kolej Dar Al Hikmah, Kajang
https://maps.app.goo.gl/KwWvoLG7ynoUxKDX7?g_st=ic

▶️ Daftar penyertaan anda hari ini dengan mengimbas QR kod yang tertera pada poster atau klik pautan di bawah:
https://forms.gle/XVweLxMrg2CBf11x7

▶️ Sebarang pertanyaan, hubungi urusetia di talian: 013-238 8408 (Pn. Naheed)

Jumpa anda di sana!



Address

Seksyen 15
Bangi
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Family Empowerment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Family Empowerment:

Share

Our story

Pembinaan dan pengupayaan keluarga sejahtera dari aspek pendidikan kekeluargaan yang meliputi kesejahteraan emosi, kestabilan ekonomi, keteguhan spiritual, kekuatan persefahaman, serta ketahanan menghadapi cabaran semasa. Pemberdayaan keluarga yang bahagia dan sejahtera dari segi kefungsian keluarga, komunikasi keluarga, tingkah laku ibu bapa, kualiti hubungan kekeluargaan, gaya asuhan kreativiti pendidikan awal anak-anak, kesihatan keluarga, undang-undang keluarga serta isu-isu yang berkaitan keluarga.