Teksi Kindness UKM

Teksi Kindness UKM Student Tahun akhir Bachelor Kerja Sosial di UKM. Bekerja part time sebagai pemandu teksi untuk menampung pembelanjaan harian & membayar yuran pengajian.

Taxi For Mahasiswa merupakan satu program yang berbentuk kebajikan dalam bentuk pengangkutan. Kami melihat masalah pengangkutan berlaku apabila mahasiswa terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk ke klinik-klinik luar sekitar bangi terutamanya waktu malam. Disebabkan ini, untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh mahasiswa sewaktu berlakunya hal-hal kecemasan, kami menawarkan perkhidmat

an pengangkutan percuma ke klinik-klinik berhampiran terutamanya waktu malam dan selepas 12 pagi. Program ini menggunakan sepenuhnya khidmat teksi yang dipandu oleh mahasiswa UKM sendiri.Kami juga akan meletakan tabung untuk diberi derma mengikut kemampuan. Segala duit tabung ini akan digunakan oleh kami untuk menampung kos dari segi minyak. Oleh kerana teksi ini beroperasi untuk mahasiswa ke tempat yang diingini, setiap tambang yang dibayar oleh mereka, satu ringgit akan diletakkan di dalam tabung bagi tujuan ini. Oleh itu, kami juga mengharapkan mahasiswa yang menjalankan operasi teksi mahupun prebet untuk terlibat sama. Andai lebih banyak orang yang terlibat, anda sebenarnya dapat menyelamatkan nyawa seseorang.Sedikit sebanyak, kita dapat membantu mahasiswa berjimat dan seterusnya dapat menggunakannya kepada yang lebih penting. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Luqman(+60142595994)

Untuk maklumat semua, program ini tercetus daripada salah seorang mahasiswa sendiri yang bekerja sebagai pemandu teksi separuh masa di UKM.

Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Telephone

+60142595994

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teksi Kindness UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share