22/08/2026
Alhamdulillah, AGM Penduduk Puncak Bangi Berjalan Lancar! 🏡🤝
Alhamdulillah, AGM Penduduk Puncak Bangi hari ini berjalan dengan lancar dan cukup korum. Lebih menggembirakan, seorang Presiden baharu, Dato’ Rudy merupakan CEO Takaful IKHLAS telah dilantik untuk menerajui barisan kepimpinan yang baharu.
Semoga barisan kepimpinan yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan seluruh penduduk Puncak Bangi. 💪❤️
Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penaja serta pengurusan Azua Bridal, En. Zak, yang telah menyediakan tempat untuk AGM kita.
✨ Tempat cantik
🍽️ Makanan sedap
🚗 Parking banyak dan mudah
📍 Lokasi juga sangat sesuai dan mudah diakses.
Bagi penduduk atau sesiapa yang sedang merancang majlis pertunangan, perkahwinan atau majlis keluarga, bolehlah singgah tengok tempat ini dahulu. Kalau berkenan, booking awal supaya tarikh pilihan tidak terlepas! 💍👰♀️🤵♂️
Sekali lagi, tahniah kepada Presiden dan barisan kepimpinan baharu. Semoga Puncak Bangi terus maju, harmoni dan bersatu! 🤲