23/05/2026
Why is breastfeeding protection needed?
A mother’s confidence can be shaken not only by her own breastfeeding challenges — but also by the messages she receives every day.
Sometimes, the message is not direct.
It may come through the early promotion of bottle use.
It may come through claims that other milk is more beneficial than breast milk.
It may come through messages suggesting that certain products can guarantee better brain development, stronger immunity, or better growth.
Slowly, these messages can make mothers question their own milk.
“Is my breast milk enough?”
“Is my baby missing something?”
“Do I need to introduce bottles or other milk earlier just to make sure my baby is getting enough?”
This is why breastfeeding protection is needed.
Not to blame mothers.
Not to judge families.
But to protect mothers from confusing, misleading, or commercially driven messages.
Every mother deserves information that is honest, ethical, and unbiased — so her feeding decisions are made with clarity, not fear.
Protect mothers, not marketing!
-----------------------------------------------
Mengapa perlindungan penyusuan susu ibu diperlukan?
Keyakinan seorang ibu boleh tergugat bukan sahaja kerana cabaran penyusuan yang dialaminya sendiri ,tetapi juga kerana informasi yang diterimanya setiap hari.
Kadang-kadang, informasi itu tidak datang secara langsung.
Ia boleh datang melalui sampel susu untuk ibu hamil dan menghasilkan kepercayaan jenama dan diteruskan dengan susu formula bayi.
Promosi penggunaan botol terlalu awal dengan mendakwa ia sama seperti payudara ibu.
Ia boleh datang melalui dakwaan bahawa susu lain lebih berkhasiat daripada susu ibu.
Ia juga boleh datang melalui informasi yang seolah-olah menunjukkan produk tertentu boleh menjamin perkembangan otak yang lebih baik, imuniti yang lebih kuat, atau tumbesaran yang lebih optimum sehingga ibu dan ayah berasa tidak yakin dengan susu ibu.
Sedikit demi sedikit, informasi seperti ini boleh membuatkan ibu mula meragui susunya sendiri.
“Adakah susu ibu yang saya hasilkan cukup?”
“Adakah bayi saya tak cukup sesuatu?”
“Perlukah saya memperkenalkan botol atau susu lain lebih awal untuk memastikan bayi saya mendapat cukup?”
Inilah sebabnya perlindungan penyusuan susu ibu sangat diperlukan.
Bukan untuk menyalahkan ibu.
Bukan untuk menghakimi keluarga.
Tetapi untuk melindungi ibu daripada informasi yang mengelirukan, mengganggu keyakinan, atau dipengaruhi kepentingan komersial.
Setiap ibu berhak mendapat maklumat yang jujur, beretika, dan tidak berat sebelah supaya keputusan tentang pemakanan bayinya dibuat dengan jelas, bukan dengan rasa risau atau gusar.
Lindungi ibu, bukan pemasaran.