Cinta Gaza Malaysia

Cinta Gaza Malaysia Halaman ini di bawah kelolaan Cinta Gaza Malaysia (CGM). Merupakan halaman ketiga setelah dua kali halaman sebelumnya dipadam.

Gencatan senjata di Gaza sedikit sebanyak meredakan trauma penduduk Gaza, namun kekurangan wang tunai terus menjerut keh...
31/10/2025

Gencatan senjata di Gaza sedikit sebanyak meredakan trauma penduduk Gaza, namun kekurangan wang tunai terus menjerut kehidupan penduduk yang bergelut untuk memenuhi keperluan asas.

Bank-bank yang rosak atau musnah sepanjang dua tahun peperangan mula dibuka semula pada 16 Oktober lalu, enam hari selepas gencatan senjata diumumkan, tetapi ramai penduduk Gaza pulang dengan kekecewaan apabila tiada wang tunai tersedia. Penduduk Gaza bergantung sepenuhnya pada wang tunai untuk urusan harian, namun rejim Israel terus menyekat penghantaran wang kertas sejak Oktober 2023.

Sumber: Reuters

Berita penuh di story!

Info pantas dan terkini hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin

Ringkasan Perkembangan Terkini berkaitan situasi di Palestin, setakat jam 7 pagi tadi (waktu Malaysia)Sumber: Al-Jazeera...
31/10/2025

Ringkasan Perkembangan Terkini berkaitan situasi di Palestin, setakat jam 7 pagi tadi (waktu Malaysia)

Sumber: Al-Jazeera

Teruskan bercakap mengenai Palestin!

31/10/2025

Dua orang warga haram Israel dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam), menyerang sebuah kenderaan yang dipandu oleh rakyat Palestin berhampiran dengan bandar Deir Nizam, di barat laut Ramallah, Tebing Barat yang dijajah.

Sumber: Quds News Network

Info pantas dan terkini hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin

Menurut Caroline Willeman daripada Doktor Tanpa Sempadan (MSF), rejim Israel terus menggunakan bantuan kemanusiaan sebag...
31/10/2025

Menurut Caroline Willeman daripada Doktor Tanpa Sempadan (MSF), rejim Israel terus menggunakan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang terhadap rakyat Gaza.

Beliau berkata, keadaan kemanusiaan di Gaza masih parah dengan kekurangan air dan tempat perlindungan, manakala Persatuan Bantuan Perubatan Gaza melaporkan sistem kesihatan telah runtuh sepenuhnya, hampir separuh pesakit buah pinggang dilaporkan meninggal dunia akibat sekatan berterusan rejim Israel.

Insiden ini menunjukkan siri kekejaman rejim Israel masih berlaku walaupun dalam keadaan gencatan senjata.

Teruskan bercakap mengenai Palestin!



Perhimpunan besar-besaran komuniti Yahudi ultra-Ortodoks di Baitul Maqdis bagi membantah kewajipan perkhidmatan tentera ...
31/10/2025

Perhimpunan besar-besaran komuniti Yahudi ultra-Ortodoks di Baitul Maqdis bagi membantah kewajipan perkhidmatan tentera bertukar tragedi apabila seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas terjatuh ketika demonstrasi berlangsung. Polis Israel memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Perdebatan mengenai pelaksanaan khidmat ketenteraan wajib serta pengecualian terhadap pihak tertentu telah lama mencetuskan ketegangan dalam kalangan penduduk haram Israel. Isu tersebut turut meningkatkan tekanan politik terhadap Perdana Menteri wilayah haram itu, Benjamin Netanyahu, sepanjang tahun lalu.

Sumber: Reuters

Berita penuh di story!

Info terkini dan pantas hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin

31/10/2025

300 Bantuan Pek Makanan Buat Rakyat Gaza Yang Tabah

Alhamdulillah, pada 8 Oktober 2025 lepas, pasukan kami di Bandar Gaza telah mengagihkan sebanyak 300 pek makanan asas kepada 300 keluarga di sana. Keluarga-keluarga ini terdiri daripada mereka yang menderita kerana tercedera dan terpaksa berpindah dari rumah mereka.

Antara yang diagihkan adalah seperti beras 2kg, pasta 1 pek, gula 2kg, minyak sayuran 2L, minyak zaitun, keju, kacang, tahini, thyme dan sos tomato. Diharap makanan ini dapat memastikan keperluan asas makanan mereka terus terjamin dalam situasi yang sukar ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat para penyumbang yang menjadi tulang belakang usaha ini.
Setiap bantuan yang disampaikan adalah bukti bahawa kemanusiaan masih hidup. Andalah HERO sebenar, bersama menggenggam harapan untuk Gaza.

Terima kasih rakyat Malaysia. Teruskan menyumbang kerana perubahan bermula dengan tangan kita.

Dari Palestin yang berdarah kepada Sudan yang dirundung derita, “Hati kami bersama kalian.”Suara solidariti tulus rakyat...
31/10/2025

Dari Palestin yang berdarah kepada Sudan yang dirundung derita, “Hati kami bersama kalian.”

Suara solidariti tulus rakyat Palestin terhadap penderitaan rakyat Sudan yang sedang berjuang menghadapi krisis dan kesengsaraan. Meskipun mereka sendiri berada di bawah penindasan dan peperangan, rakyat Palestin tetap menzahirkan rasa empati dan persaudaraan sejagat, seolah-olah luka Sudan adalah luka mereka juga.

Mari kita satukan suara dan doa, agar dunia tidak lagi membisu terhadap dua luka yang berdarah — Palestin dan Sudan. Kerana luka mereka adalah luka kita bersama.

Hasbunallah wanimal wakil!

Sumber: Quds News Network


Kerajaan Sudan pada Rabu memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 2,000 rakyatnya terbunuh di bandar El-Fasher sejak bandar...
30/10/2025

Kerajaan Sudan pada Rabu memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 2,000 rakyatnya terbunuh di bandar El-Fasher sejak bandar itu ditawan. Dalam masa sama, agensi bantuan melaporkan menerima maklumat mengenai kekejaman yang berlaku, termasuk hukuman mati serta-merta, serangan terhadap orang awam di laluan pelarian, serta serbuan dari rumah ke rumah.

Menurut sebuah kumpulan sukarelawan di Sudan, Sudan Doctors Network melaporkan bahawa Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang berperang dengan tentera Sudan bagi menguasai negara itu, telah membunuh sekurang-kurangnya 2,000 orang awam dalam tempoh tiga hari lalu ketika orang awam cuba melarikan diri dari bandar yang terkepung itu. Kumpulan tersebut yang menjejak perkembangan perang saudara di negara tersebut menyifatkan kejadian itu sebagai satu bentuk genosid.

Sumber: Al-Jazeera

Berita penuh di story!

Info pantas dan terkini hanya di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin

30/10/2025

Dengarkan kisah aktivis Cinta Gaza Malaysia, Tuan Sul Aidil ketika mengikuti misi Global Sumud Flotilla sebagai salah seorang delegasi Sumud Nusantara, daripada awal pelayaran hinggalah dibebaskan daripada Penjara Ktzi’ot.

Layari Youtube Laman Diskusi atau klik link di story untuk menonton video penuh!


Alhamdulillah, pada hari ini Tuan Sul Aidil iaitu penyunting video di Cinta Gaza Malaysia yang juga merupakan aktivis Gl...
30/10/2025

Alhamdulillah, pada hari ini Tuan Sul Aidil iaitu penyunting video di Cinta Gaza Malaysia yang juga merupakan aktivis Global Sumud Flotilla telah dijemput oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) untuk berkongsi pengalaman mengenai kesihatan mental dalam kecemasan kemanusiaan sepanjang menjalankan misi bersama Global Sumud Flotilla kepada para peserta yang hadir.

Turut hadir bersama adalah Tuan Johan Muhammad (Ketua Pegawai Operasi CGM) dan Puan Rosilaty Suep (Pegawai Sumber Manusia CGM).

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak NIOSH atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada wakil CGM untuk berkongsi pengalaman di pentas yang disediakan.


Menurut akhbar bahasa Ibrani, Maariv, rejim haram Israel telah meluluskan penubuhan cawangan syarikat Controp Precision ...
30/10/2025

Menurut akhbar bahasa Ibrani, Maariv, rejim haram Israel telah meluluskan penubuhan cawangan syarikat Controp Precision Technologies Ltd di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Langkah ini digambarkan sebagai ‘tindakan keselamatan dan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini’ sejak penandatanganan perjanjian normalisasi pada tahun 2020.

Controp Precision Technologies Ltd ialah sebuah syarikat yang pakar dalam reka bentuk dan pembuatan sistem elektro-optik/inframerah (EO/IR) yang digunakan untuk misi risikan, pemantauan, peninjauan dan penyasaran di darat, laut dan udara. Syarikat ini membekalkan penyelesaian kepada sektor pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Menurut akhbar tersebut, syarikat baharu yang dinamakan Controp Emirates Ltd akan beroperasi di zon perdagangan bebas Abu Dhabi (ADGM). Ia akan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat induk Israel dan akan beroperasi di bawah pengawasan keselamatan ketat Kementerian Pertahanan Israel.

Jumlah pelaburan bagi fasa pertama dianggarkan sekitar 30 juta dolar Amerika Syarikat (AS) yang akan dibiayai melalui saham Controp dan pinjaman daripada pemilik. Cawangan itu akan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari Israel dan kawalan penuh akan kekal di bawah syarikat induk di Israel.

Sumber: Middle East Monitor

30/10/2025

Di tengah-tengah kemusnahan dan sekatan yang berterusan, kanak-kanak Gaza kini memikul tanggungjawab seperti orang dewasa — mencari kayu, menyalakan api dan berjuang untuk meneruskan hidup. Dalam dunia yang sepatutnya memberi mereka ruang untuk bermain dan belajar, mereka dipaksa belajar tentang ketabahan dan kelangsungan hidup.

Hasbunallah wanimal wakil!

Sumber: Quds News Network

t.me/cintagaza

Address

D-08-2, Plaza Paragon Point, Jalan Medan PB 5
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cinta Gaza Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Cinta Gaza Malaysia:

Share