23/10/2023
PROGRAM LARIAN MAYA (VIRTUAL RUN) 2023 ANJURAN KESKA
Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KESKA) akan menganjurkan Program Larian Maya (Virtual Run) 2023.
Larian ini adalah terbuka kepada semua warga UKM, dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan jantina.
Setiap penyertaan akan memperoleh t-shirt, beg tali, e-sijil dan e-bib. Maklumat Larian Maya (Virtual Run) 2023 KESKA adalah seperti berikut:
TEMPOH PENDAFTARAN:
01 Oktober - 31 Oktober 2023
TEMPOH LARIAN:
01 November - 20 November 2023
Yuran Penyertaan:
RM 30 (Warga UKM)
RM 40 ( Terbuka )
Kakitangan dan orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran di pautan berikut;
https://forms.gle/StXWHzwHbpubyocy5.