23/12/2025
Laporan I-Medik Selangor | Hari Terbuka Komuniti Surau Pudina 2025
Alhamdulillah, pada 21 Disember 2025, Hari Terbuka Komuniti Surau Pudina 2025 berlangsung dengan sangat meriah hasil sambutan hangat daripada komuniti PPA Surau Pudina dan kawasan sekitar. Program anjuran ISMA Putrajaya ini benar-benar menghidupkan suasana kejiranan dan kebersamaan komuniti.
Sukarelawan I-Medik Selangor turut memeriahkan program dengan pelbagai aktiviti menarik seperti reruai ReproAlert I-Medik dan pemeriksaan kesihatan, yang mendapat sambutan baik daripada pengunjung pelbagai peringkat usia.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan komuniti, meningkatkan kesedaran kesihatan, serta memupuk semangat saling prihatin dalam kalangan masyarakat setempat.