Pertubuhan Alumni Syria Malaysia

Call Directions Website

Pertubuhan Alumni Syria Malaysia Diluluskan pada 3 Disember 2020. No. Pendaftaran : PPM-015-10-03122020.

PERTUBUHAN ALUMNI SYRIA MALAYSIA (Alumni Syria) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar secara RASMI dan SAH dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

*Hikam 204 : Cahaya terhalang kerana hati kotor*رُبَّمَا وَرَدَتْ عَلَيْكَ الأَنْوَارُ فَوَجَدَتِ القَلْبَ مَحْشُوَّاً ب...
14/10/2026

*Hikam 204 : Cahaya terhalang kerana hati kotor*

رُبَّمَا وَرَدَتْ عَلَيْكَ الأَنْوَارُ فَوَجَدَتِ القَلْبَ مَحْشُوَّاً بِصُوَرِ الآثَارِ فَارتَحَلَتْ من حَيْثُ جَاءَتْ

"Kadangkala cahaya dari Allah s.w.t datang kepadamu, namun *hatimu penuh dengan pelbagai athar (dunia)*, lalu dia kembali semula ke tempat asalnya"

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 14,31,55,56,57,103,151,152,153,154 dan 203 - *Cahaya*. Hati adalah rumah para malaikat datang membisikkan kebaikan kepada manusia.Oleh kerana *hati penuh dengan maksiat, cintakan dunia dan hawa nafsu*, maka para malaikat tidak s**a memasuki rumah hati yang sebegitu seperti mana para malaikat tidak s**a masuk rumah yang di dalamnya anjing dan patung. Hadis nabi s.a.w :

لا تَدْخُلُ المَلائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلا صُورَ

"*Para malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya anjing dan patung*" (HR Bukhari dan Muslim)

*Kisah tauladan :* Suatu hari *Imam Syafie* mengadu kepada gurunya *Imam Waki‘ Bin Jarrah* tentang buruk hafalannya. Beliau mengabadikan nasihat gurunya melalui bait syair yang masyhur :

شَكَوْتُ إِلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي,
فَأَرْشَدَنِي إِلَى تَرْكِ الْمَعَاصِي,
وَأَخْبَرَنِي بِأَنَّ الْعِلْمَ نُورٌ,
وَنُورُ اللهِ لَا يُهْدَى لِعَاصِي.

- Aku mengadu kepada Waki‘ tentang buruk hafalanku.
- Beliau menasihatiku agar meninggalkan maksiat.
- Beliau memberitahuku bahawa ilmu itu cahaya.
- Dan cahaya Allah s.w.t tidak menerangi orang yang maksiat.

*Kesimpulan :* Hati terhalang dari cahaya kerana dosa kemaksiatan.

Sakandari (709H)

*Hikam 203 : Cahaya dan hati*أَنْوَارٌ أُذِنَ لَها فِي الوُصُولِ ، وَأَنْوَارٌ أٌذِنَ لَهَا فِي الدُّخُولِ"Ada cahaya di...
12/10/2026

*Hikam 203 : Cahaya dan hati*

أَنْوَارٌ أُذِنَ لَها فِي الوُصُولِ ، وَأَنْوَارٌ أٌذِنَ لَهَا فِي الدُّخُولِ

"Ada cahaya diizinkan *sampai (ke hati)*, ada cahaya diizinkan *masuk (ke hati)*"

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 14,31,55,56,57,103,151,152,153 dan 154 - *Cahaya*. Setiap ibadah memiliki cahaya tersendiri yang menerangi sampai hati. Tetapi belum tentu benar-benar masuk ke dalam hati. *Cahaya ibadah yang meresap ke dalam hati akan mampu mencegah maksiat, mengubat penyakit hati, cinta dunia dan takut mati. Itulah maqam ihsan* seperti sabda Nabi s.a.w :

أنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأنَّكَ تَرَاهُ، فإنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فإنَّه يَرَاكَ

"*Engkau beribadah seakan engkau melihatNya*. Sekiranya tidak, engkau yakin sesungguhnya Dia melihatmu" (HR Bukhari)

*Kisah tauladan :* Dalam perang Zat Ar Riqa' (ذات الرقاع) pada tahun 4 Hijrah, Nabi s.a.w mengarahkan *Abbad Bin Bisr r.a dan Ammar Bin Yasir r.a* berkawal pada waktu malam. Abbad berjaga terlebih dahulu sambil mendirikan solat sunat. Ketika sedang solat, musuh datang secara sembunyi dan telah memanahnya. Dia tetap tenang meneruskan solat hingga panahan ketiga. Setelah selesai solat, dia mengejutkan sahabatnya Ammar r.a untuk menggantikannya. Ammar r.a terkejut melihat Abbad r.a dalam keadaan cedera. Ketika ditanya mengapa tidak mengejutkannya sedari panahan pertama. Dia menjawab sedang khusuk membaca surah Al Kahfi di dalam solat dan tidak ingin memutuskan bacaannya.

*Kesimpulan :* Cahaya ibadah yang masuk ke hati menghasilkan akhlak yang terpuji.

Sakandari (709H)

*Hikam 202 : Syirik zahir dan batin*كَمَا لا يُحِبُّ العَمَلَ المُشْتَرَكَ ، لا يُحِبُّ القَلْبَ المُشْتَرَكَ ، العَمَلُ...
12/10/2026

*Hikam 202 : Syirik zahir dan batin*

كَمَا لا يُحِبُّ العَمَلَ المُشْتَرَكَ ، لا يُحِبُّ القَلْبَ المُشْتَرَكَ ، العَمَلُ المُشْتَرَكُ لا يَقْبَلُهُ ، وَالْقَلْبُ المُشْتَرَكُ لا يُقْبِلُ عَلَيْهِ

"Sebagaiman Allah s.w.t tidak mencintai *amalan yang ada syirik*, begitu juga tidak mencintai *hati yang ada syirik*. Amalan yang ada syirik tidak akan diterima, begitu juga hati yang ada syirik tidak akan mendekatiNya"

*Syarah :* Syirik terbahagi kepada dua : *1) Syirik zahir* : Perkataan atau perbuatan yang menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu. *2) Syirik batin* : Hati yang riak, ujub, sombong dan cintakan dunia. Firman Allah s.w.t :

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ ۚ

"*Allah s.w.t tidak akan mengampunkan dosa syirik*, tetapi mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.." (An Nisa' : 48)

*Kisah tauladan :* Agama Hanif dari Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang mentauhidkan Allah s.w.t telah lama diamalkan di Mekah hampir 2500 tahun sebelum kelahiran Nabi s.a.w. Sepanjang tempoh ketiadaan nabi, orang pertama yang mula-mula membawa berhala ke Mekah ialah *Amr Bin Amir Bin Luhay Al Khuzaie*. Berhala tersebut bernama Hubal. Dibawa pulang setelah berdagang dari Syam. Setelah itu, kabilah Arab menambah beberapa berhala lain seperti al Lata, al Uzza dan Manat. Ketika pembukaan kota Mekah pada tahun 8 Hijrah, Nabi s.a.w telah menghancurkan kesemua 360 berhala yang diletakkan disekeliling Kaabah. Sabda Nabi s.a.w :

رَأَيْتُ عَمْرَو بْنَ عَامِرِ بْنِ لُحَيٍّ الْخُزَاعِيَّ يَجُرُّ قُصْبَهُ فِي النَّارِ، كَانَ أَوَّلَ مَنْ سَيَّبَ السَّوَائِبَ

"*Aku melihat Amr bin Amir bin Luhay al-Khuzaei menyeret ususnya di dalam neraka. Dialah orang pertama yang membiarkan haiwan saibah (haiwan yang dikorbankan sebagai penyembahan)*". (HR Bukhari dan Muslim)

*Kesimpulan :* Jauhi syirik zahir dan batin.

Sakandari (709H)

*Hikam 201 : Penawar bagi hawa nafsu syahwat*لا يُخْرِجُ الشَّهْوَةِ مِنَ القَلْبِ إِلاَّ خَوفٌ مُزْعِجٌ أَوْ شَوْقٌ مُق...
09/10/2026

*Hikam 201 : Penawar bagi hawa nafsu syahwat*

لا يُخْرِجُ الشَّهْوَةِ مِنَ القَلْبِ إِلاَّ خَوفٌ مُزْعِجٌ أَوْ شَوْقٌ مُقْلِقٌ

"Tiada yang dapat mengeluarkan syahwat dari hati kecuali *rasa takut yang menggetarkan* atau *rasa rindu yang menggelisahkan*"

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 35,82,106,124,158,191,192 dan 200 - *Hawa nafsu*. Ilmu dan akal tidak cukup kuat menghalang diri dari gelora nafsu. Akan tetapi, *rasa takut kepada azabNya* atau *rasa rindu yang mendalam kepadaNya* mampu menghalang manusia dari terus menjadi hamba hawa nafsu. Hadis Nabi s.a.w :

لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهو مُؤْمِنٌ

"*Tidak berzina penzina ketika dia beriman*" (HR Bukhari dan Muslim)

*Kisah tauladan :* Nabi Yusuf a.s dibesarkan di dalam rumah pembesar Mesir yang telah membelinya sejak kecil. Setelah dewasa, isteri pembesar Mesir tertarik dengan ketampanan Nabi Yusuf a.s dan ingin menggodanya. Firman Allah s.w.t :

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

“Dan perempuan yang Yusuf a.s tinggal di rumahnya telah menggoda Yusuf a.s supaya menyerahkan dirinya kepadanya. Perempuan itu menutup pintu-pintu dan berkata : ‘Marilah sini ! *Yusuf a.s berkata : ‘Aku berlindung kepada Allah !* Sesungguhnya tuanku telah memberikan tempat tinggal yang baik kepadaku. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya."
(Yusuf : 23)

*Nabi Yusuf a.s menolak bukan kerana takut diketahui orang, tetapi kerana takut kepada Allah s.w.t.* Akhirnya berita tersebut tersebar. Kerana ingin menutup kesalahan, isteri pembesar Mesir menuduh Nabi Yusuf a.s. Dalam keadaan difitnah, Nabi Yusuf a.s berdoa :

قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ ۖ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُنْ مِنَ الْجَاهِلِينَ

“ *Wahai Tuhanku ! Penjara lebih aku s**ai daripada apa yang mereka ajak aku kepadanya*. Dan jika Engkau tidak menjauhkan tipu daya mereka daripadaku, nescaya aku akan cenderung untuk memenuhi kehendak mereka dan aku akan termasuk dalam kalangan orang yang tidak mengetahui akibat perbuatan itu.’ (Yusuf : 33)

Akhirnya setelah beberapa tahun dipenjara, Nabi Yusuf a.s dibebaskan dan dilantik sebagai pembesar Mesir yang menjaga perbendaharaan negara.

*Kesimpulan :* Takut dan cinta yang mendalam kepada Allah s.w.t adalah ubat kepada godaan hawa nafsu.

Sakandari (709H)

*Hikam 199 : Mensyukuri nikmat*لا تُدْهِشْكَ وَارِدَاتُ النِّعَمِ عَنِ القِيَامِ بِحُقُوقِ شُكْرِكَ ، فَإِنَّ ذَلِكَ مِم...
07/10/2026

*Hikam 199 : Mensyukuri nikmat*

لا تُدْهِشْكَ وَارِدَاتُ النِّعَمِ عَنِ القِيَامِ بِحُقُوقِ شُكْرِكَ ، فَإِنَّ ذَلِكَ مِمَّا يَحُطُّ مِنْ وُجُودِ قَدْرِكَ

"Janganlah engkau leka akan nikmat yang sentiasa datang kepadamu hingga engkau *lupa menunaikan hak-hak bersyukur. Jika begitu, boleh merendahkan kedudukanmu* (di hadapan Allah s.w.t)"

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 74,97,109 dan 198 - *Nikmat*. Hak-hak mensyukuri nikmat antaranya :

1) *Mengakui nikmat* seluruhnya daripada Allah s.w.t.
2) Sentiasa *memuji Allah s.w.t*
3) Menggunakan nikmat ke *jalan diredhaiNya*
4) *Menzahirkan nikmat* dengan syukur, bukan sombong dan bangga.
5) *Berterima kasih* sesama manusia. Hadis nabi s.a.w :

مَنْ لَا يَشْكُرِ النَّاسَ لَا يَشْكُرِ اللَّهَ

“ *Barang siapa tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah s.w.t*.” (HR Tirmizi dan Abu Dawud)

*Kesimpulan :* Syukuri nikmat dengan memenuhi hak-haknya.

Sakandari (709H)

*Hikam 198 : Nilai kenikmatan*مَنْ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَ النِّعَمِ بِوِجْدَانِهَا عَرَفَهَا بِوُجُودِ فِقْدَانهَا"*Sesiap...
06/10/2026

*Hikam 198 : Nilai kenikmatan*

مَنْ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَ النِّعَمِ بِوِجْدَانِهَا عَرَفَهَا بِوُجُودِ فِقْدَانهَا

"*Sesiapa yang tidak mengetahui nilai kenikmatan ketika ada, maka dia akan mengetahuinya ketika tiada*"

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 74,97 dan 109 - *Nikmat*. Ramai orang menyesal dan memahami nilai sesuatu nikmat apabila telah tiada. Nikmat sihat, harta, keluarga, aman dan sebagainya adalah pinjaman sementara. Oleh itu, *bersyukurlah dengan menjadi hamba Allah s.w.t yang taat*. Firman Allah s.w.t :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“ *Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambah (nikmat). Dan jika kamu kufur (nikmat), maka sesungguhnya azabKu sangatlah keras*.” (Ibrahim : 7)

*Kisah tauladan :* Kisah *Qarun* yang dikurniakan harta yang sangat banyak.

وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ

“ *Dan Kami telah memberikan kepadanya khazanah-khazanah kekayaan yang anak-anak kuncinya sungguh berat untuk dipikul oleh sejumlah orang yang kuat*.” (Al-Qasas : 76)

Kekayaan menyebabkan dia kufur nikmat, sombong dan bangga diri.

إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي

“ *Sesungguhnya aku diberikan harta kerana pengetahuanku.*” (Al-Qasas : 78)

Akhirnya Allah s.w.t menurunkan azab :

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ

“ *Maka Kami benamkan Qarun bersama rumahnya ke dalam bumi.* ” (Al Qasas : 81)

*Kesimpulan :* Syukuri nikmat dengan menjadi hamba Allah s.w.t yang taat.

Sakandari (709H)

*Hikam 197 : Hikmah tersirat di sebalik dosa*ربّما وردت الظّلم عليك ليعرّفك قدر ما منّ به عليك"*Ada kalanya kegelapan do...
04/10/2026

*Hikam 197 : Hikmah tersirat di sebalik dosa*

ربّما وردت الظّلم عليك ليعرّفك قدر ما منّ به عليك

"*Ada kalanya kegelapan dosa yang menimpamu bertujuan menunjukkan betapa besar anugerah Allah s.w.t yang dikurniakan kepadamu*"

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 50,133 dan 134 - *Dosa*. Anugerah taufik dan keampunan dari Allah s.w.t amat berharga setelah diselamatkan dari dosa dan maksiat. Firman Allah s.w.t

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۖ
" Allah s.w.t pelindung orang-orang yang beriman, *Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya..*" (Al-Baqarah : 257)

*Kisah tauladan : Ikrimah Bin Abu Jahal r.a* dahulunya sangat memusuhi Islam terutamanya selepas ayahnya Abu Jahal terbunuh dalam peperangan Badar. Selepas Islam berjaya membuka kota Mekah, Ikrimah r.a telah melarikan diri ke Yaman kerana khuatir akan ditangkap dan dihukum. Isteri beliau Ummu Hakim berjaya memujuknya kembali ke Mekah setelah mendapat jaminan keselamatan dari Baginda s.a.w. Setelah memeluk Islam, beliau berubah dan berazam akan bersungguh-sungguh mempertahankan Islam. Beliau menyertai peperangan Yamamah menentang orang-orang murtad pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a dan menyertai peperangan menentang Rom pada zaman Khalifah Umar r.a hingga syahid. Dikatakan terdapat 70 kesan tus**an pedang di badannya ketika ditemui syahid.

*Kesimpulan :* Jangan melihat dosa hanya pada keburukan. Tetapi lihat juga pada hikmah keinsafan dan taufik dari Allah s.w.t setelah mengeluarkan seseorang dari kegelapan dosa kepada cahaya iman.

Sakandari (709H)

*Hikam 196 : Jangan putus asa dalam bertaubat*مَنِ اسْتَغْرَبَ أَنْ يُنْقِذَهُ اللهُ مِنْ شَهْوَتِهِ ، وَأَنْ يُخْرِجَهُ...
02/10/2026

*Hikam 196 : Jangan putus asa dalam bertaubat*

مَنِ اسْتَغْرَبَ أَنْ يُنْقِذَهُ اللهُ مِنْ شَهْوَتِهِ ، وَأَنْ يُخْرِجَهُ مِنْ وُجُودِ غَفْلَتِهِ فَقَدْ اسْتَعْجَزَ القُدْرَةَ الإِلَهِيَّةَ ( وَكان اللهُ عَلى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِراً )

"*Sesiapa yang merasakan tidak mungkin Allah s.w.t menyelamatkan dirinya dari keinginan hawa nafsu* dan mengeluarkannya dari kelalaian, *maka dia telah menganggap kekuasaan Allah s.w.t lemah*. Sedangkan Allah s.w.t Maha Kuasa atas segala sesuatu".

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 76 dan 148 - *Taubat*. Syaitan akan sentiasa membisikkan agar putus asa dan kecewa dari bertaubat. Sedangkan Allah s.w.t berfirman :

قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas (maksiat), *janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t, kerana Allah s.w.t mengampunkan segala dosa. Dia Maha Pengampun dan Penyayang*". (az Zumar : 53)

*Kisah tauladan :* Abu Said Al Khudri r.a meriwayatkan. Nabi s.a.w bercerita. Pada zaman sebelum kamu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia bertanya kepada seorang rahib : Aku telah bunuh 99 orang. Adakah masih ada taubat untukku ? Rahib menjawab : Tidak. Maka lelaki itu membunuhnya, lalu genaplah 100 orang. Kemudian dia mencari orang alim. Orang itu menjawab :

نَعَمْ، وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ؟

“ *Ya, siapakah yang dapat menghalang antara dia dengan taubat ?* ”

Orang alim itu menyuruhnya meninggalkan tempat yang penuh dengan kejahatan dan pergi ke sebuah negeri yang penduduknya beribadah kepada Allah. Lelaki itu pun keluar untuk berhijrah. Akan tetapi mati di tengah perjalanan. Malaikat rahmat dan malaikat azab berselisih tentangnya. Allah s.w.t memerintahkan agar jarak diukur. Ternyata lebih hampir kepada negeri yang baik, lalu dia termasuk dalam kalangan orang yang mendapat keampunan Allah". (HR Bukhari dan Muslim)

*Kesimpulan :* Jangan putus asa dari bertaubat walau sebanyak mana dosa yang telah dilakukan.

Sakandari (709H)

*Hikam 194 : Sikap manusia terhadap amal ibadah*عَلِمَ قِلَّةَ نُهُوضِ العِبَادِ إِلَى مُعَامَلَتِهِ ، فَأَوْجَبَ عَلَيْ...
29/09/2026

*Hikam 194 : Sikap manusia terhadap amal ibadah*

عَلِمَ قِلَّةَ نُهُوضِ العِبَادِ إِلَى مُعَامَلَتِهِ ، فَأَوْجَبَ عَلَيْهِمْ وُجُودَ طَاعَتِهِ ، فَسَاقَهُمْ إِلَيْهِ بِسَلاَسِلِ الإِيجَابِ
(عَجِبَ رَبُّكَ مِنْ قَوْمٍ يُسَاقُونَ إِلَى الجَنَّةِ بِالسَّلاسِلِ).

"Allah s.w.t mengetahui kurang bersungguh hambaNya menunaikan ibadah, maka diwajibkan ke atas mereka melaksanakan ketaatan hingga ditarik dengan rantai kewajiban. *Tuhanmu hairan dengan kaum yang ditarik masuk ke syurga dengan rantai*"

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 9,51,67,68,72,95,112,117,122,123,131,147 dan 193 - *Amal ibadah*. Tiga golongan orang beriman. *1) Al Sabiqun Bil Khairat* - Berlumba-lumba melakukan ketaatan. *2) Al Muqtasidun* - Golongan pertengahan. Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Akan tetapi kurang kesungguhan memperbanyakkan ketaatan. *3) Zalim Linafsih* - Golongan beriman tetapi masih melakukan dosa kemaksiatan. Firman Allah s.w.t dalam surat Fatir : 32

ثُمَّ أَوْرَثْنَا ٱلْكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌۭ لِّنَفْسِهِۦ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌۭ وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِٱلْخَيْرَٰتِ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَضْلُ ٱلْكَبِيرُ

*Kisah tauladan :* Anas Bin Malik r.a meriwayatkan. Seorang arab badwi datang kepada Baginda dan bertanya apakah kewajipan yang perlu dilakukannya. Nabi s.a.w menerangkan solat lima waktu, puasa Ramadan, zakat dan haji. Lelaki itu berkata :

والَّذي بعَثك بالحقِّ لا أَزيدُ عليهنَّ ولا أنقُصُ منهنَّ شيئًا

“Demi Allah, aku tidak akan menambah daripada ini.” Kemudian Nabi s.a.w bersabda :

إِنْ صَدَقَ لَيَدْخُلَنَّ الْجَنَّةَ

“Jika benar seperti dikata, nescaya dia masuk syurga.” (HR Muslim)

*Kesimpulan :* Berjuang melawan hawa nafsu untuk menjadi hambaNya yang taat melaksanakan kewajiban.

Sakandari (709H)

*Hikam 192 : Hawa nafsu menipu dalam ibadah*مِنْ عَلاَمَاتِ اتِّبَاعِ الْهَوَى الْمُسَارَعَةُ إِلَى نَوَافِلِ الْخَيْرَا...
27/09/2026

*Hikam 192 : Hawa nafsu menipu dalam ibadah*

مِنْ عَلاَمَاتِ اتِّبَاعِ الْهَوَى الْمُسَارَعَةُ إِلَى نَوَافِلِ الْخَيْرَاتِ ، وَالتَّكَاسُلُ عَنِ الْقِيَامِ بِالْوَاجِبَاتِ

"*Antara tanda seseorang mengikut hawa nafsu ialah dia bersegera dalam amalan sunat, tetapi malas dalam menunaikan amalan wajib*"

*Syarah :* Kesinambungan Hikam ke 35,82,106,124,158 dan 191 - *Hawa nafsu*. Ramai yang berpusu-pusu ke masjid untuk solat sunat Terawikh dan Hari Raya. Tetapi tidak pada berjemaah solat fardhu 5 waktu. Sedangkan *ibadah yang lebih dicintai Allah s.w.t adalah menunaikan perkara yang diwajibkan*. Firman Allah s.w.t dalam hadis Qudsi :

ما تقرَّبَ إليَّ عبدي بشيءٍ أفضل من أداء ما افترضتُ عليْهِ

"*Tiada taqarrub seorang hamba kepadaKu yang lebih aku cintai melainkan beribadah dengan apa yang telah aku wajibkan ke atasnya*" (HR Bukhari)

*Kesimpulan :* Sempurnakan yang wajib terlebih dahulu, disamping menambah amalan sunat lainnya.

Sakandari (709H)

Address

Bangi

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124679582

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Alumni Syria Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share