SK POPOK

SK POPOK Let's build dengue free community.

07/08/2026

Lambaian hari terakhir CIKGU AFIQAH (guru praktikal) meninggalkan bilik guru SK.Popok. Terima kasih kerana memilih SK.Popok sebagai sekolah pilihan praktikal. Semoga terus maju jaya dalam bidang pendidikan

07/08/2026

Lambaian hari terakhir CIKGU JULES (guru praktikal) meninggalkan bilik guru SK.Popok. Terima kasih kerana memilih SK.Popok sebagai sekolah pilihan praktikal. Semoga terus maju jaya dalam bidang pendidikan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.Demikanlah guru praktikum kami dari OUM i...
07/08/2026

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.

Demikanlah guru praktikum kami dari OUM iaitu cikgu Jules Jurimon dan cikgu Afiqah Haziyah binti Mohd Hirzi yang telah menjalani praktikum disekolah ini selama 3 bulan bermula 04 Mei 2026 hingga 08 Ogos 2026. Semoga segala kenangan manis dan pahit yang dilalui sepanjang berada disekolah ini akan menjadi suatu pengalaman dan pembelajaran yang berharga untuk menjadi seorang guru yang lebih berdedikasi pada masa akan datang.

Terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen yang telah diberikan kepada sekolah sepanjang menjalani praktikum disini.

-CJ-

PENYERAHAN BENDERA & CENDERAMATA Oleh pihak SABAH CREDIT CORPORATIONTarikh : 07 Ogos 2026 (Jumaat)Masa : 10.40 pagiTerim...
07/08/2026

PENYERAHAN BENDERA & CENDERAMATA
Oleh pihak SABAH CREDIT CORPORATION

Tarikh : 07 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 10.40 pagi

Terima kasih atas tanda ingatan buat kami☺️

YS

πŸ§‘πŸ»β€πŸ³πŸ’° HARI USAHAWAN CILIK PRASEKOLAHSK Popok | 6 Ogos 2026 (Khamis)πŸ“ Tempat: Dewan Terbuka SK Popok⏰ Masa: 7.20 pagi – 1...
06/08/2026

πŸ§‘πŸ»β€πŸ³πŸ’° HARI USAHAWAN CILIK PRASEKOLAH

SK Popok | 6 Ogos 2026 (Khamis)

πŸ“ Tempat: Dewan Terbuka SK Popok
⏰ Masa: 7.20 pagi – 11.40 pagi
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Peserta: Murid-murid Prasekolah SK Popok
🎯 Konsep: Pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti jual beli dan keusahawanan.

Antara aktiviti utama:

* πŸͺ Pembukaan dan pengenalan gerai usahawan cilik
* πŸ’΅ Murid menjalankan aktiviti jual beli
* πŸ›οΈ Pengunjung membeli barangan/produk di gerai murid
* 🎫 Passport Gerai – Murid Prasekolah mengumpul cop daripada gerai
* 🎁 Passport lengkap dimasukkan untuk cabutan tiket bertuah
* πŸ† Pertandingan Gerai Tercantik
* 🀝 Interaksi murid dengan guru, ibu bapa dan pengunjung
* πŸ“Έ Sesi dokumentasi dan kenangan program

🌟 Fokus pembelajaran murid

Program ini bukan sekadar jual-jual 🀭 tetapi memberi peluang kepada murid untuk:

* belajar mengira dan menggunakan wang,
* berkomunikasi dengan pelanggan,
* belajar bekerjasama dalam kumpulan,
* membina keyakinan diri,
* memahami konsep membeli dan menjual,
* serta memupuk sikap bertanggungjawab, kreatif dan berani mencuba.

❀️ Kesimpulan

Hari Usahawan Cilik Prasekolah SK Popok 2026 menjadi satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna apabila murid berpeluang merasai sendiri suasana menjadi β€œusahawan kecil”. Program ini menggabungkan pembelajaran, permainan, komunikasi dan kemahiran kehidupan sebenar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2026 ANJURAN PPD KOTA MARUDU DAN DIKELOLAKAN OLEH SK PEKAN KOTA MARUDU....
05/08/2026

KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2026 ANJURAN PPD KOTA MARUDU DAN DIKELOLAKAN OLEH SK PEKAN KOTA MARUDU.

Pertandingan diadakan pada 4/8/2026. Bertempat di SMK Salaping dan SK Pekan. Sebanyak 7 aktiviti yang dipertandingkan. 2 aktiviti secara rakaman video dan 5 lagi secara bersemuka. Majlis penutupan diadakan di dewan terbuka SK Pekan pada 5/8/2026.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing yang telah menyertai dan mendapat tempat terbaik dalam setiap pertandingan.

05/08/2026

Gimik pelancaran bulan kebangsaan 2026 yang telah disediakan oleh unit beruniform pengakap dan disempurnakan oleh Guru besar puan Asmah Jalil

05/08/2026
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026.TEMA: MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI
05/08/2026

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026.

TEMA: MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI

Aktiviti gotong royong (GORO) PIBG yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya selama 2 hari iaitu pada 30-31 J...
31/07/2026

Aktiviti gotong royong (GORO) PIBG yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya selama 2 hari iaitu pada 30-31 Julai 2026.

Penglibatan, kehadiran dan kerjasama ibubapa sangat menggalakkan dalam aktiviti ini.

Antara skop kerja yang telah dilaksanakan ialah mengecat beberapa tangga bangunan sekolah, mengecat tayar, membaiki pagar, mengisi tanah dalam tayar, menceriakan kawasan pra sekolah, membaiki siling bilik UBK dan sebagainya.

Syabas dan tahniah kpd YdP PIBG En Adriezal Marin bersama semua ibubapa, pihak pentadbir sekolah, guru-guru, staf pembersihan, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan sekolah kita sentiasa cantik, bersih dan ceria. Semoga pemuafakatan seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

-CJ-

Address

Jalan Popok
Bandau Kota Marudu
89108

Opening Hours

Monday 07:10 - 12:30
Tuesday 07:10 - 12:30
Wednesday 07:10 - 12:00
Thursday 07:10 - 12:30
Friday 07:10 - 11:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK POPOK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share