KRT Kg. Tandek

KRT Kg. Tandek Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Kg. Tandek, Non-Governmental Organization (NGO), Jalan Paya, Bandau Kota Marudu.

KRT Kg.Tandek telah ditubuhkan secara rasminya pada Januari 2020.Tujuan utamanya ialah untuk menyemai dan mengeratkan perpaduan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Awas scammer
29/04/2026

Awas scammer

Program :  Majlis Perasmian dan Pelancaran Mini Perpustakaan Maktabatun Ar-RaudhahTarikh :18. 04.2026Jam :8 pagiTempat :...
29/04/2026

Program : Majlis Perasmian dan Pelancaran Mini Perpustakaan Maktabatun Ar-Raudhah

Tarikh :18. 04.2026
Jam :8 pagi
Tempat : Masjid Al-Hidayah Kg.Tandek

Majlis Perasmian dan Pelancaran Mini Perpustakaan Maktabatun Ar-Raudhah telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wetrom Bahanda, Ahli Parlimen P168 Kota Marudu. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan memuji usaha penubuhan mini perpustakaan ini, serta berharap agar ia memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dalam memupuk budaya ilmu dan amalan membaca.

Beliau turut mencontohkan tokoh negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai individu yang sangat mencintai ilmu dan menjadikan membaca sebagai amalan utama dalam menambah pengetahuan serta membentuk pemikiran yang luas.

Kehadiran hampir 200 orang termasuk kanak-kanak jelas menunjukkan sokongan padu masyarakat terhadap inisiatif ini. Majlis turut diserikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti pertandingan tulisan khat, pertandingan bacaan Al-Fatihah, bacaan sirah, ulasan buku serta aktiviti menganyam ketupat yang mencerminkan gabungan nilai ilmu dan warisan budaya.

Hadir bersama menyambut kehadiran perasmi, Puan Hajah Adiah Mustapha, Pengerusi Maktabtun Ar Raudhah, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Hidayah, En. Hasaan Isnani.
Sebagai rakan strategik, KRT Kg. Tandek komited untuk memastikan operasi Mini Perpustakaan Maktabatun Ar-Raudhah berjalan dengan lancar dan berterusan, demi melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang cemerlang di masa hadapan.












Program :  Majlis Sambutan Hari Raya AJK KRT Kg. TandekTarikh :17.04.2026Jam :7 petang-SelesaiTempat : Khayu Cafe Grill ...
29/04/2026

Program : Majlis Sambutan Hari Raya AJK KRT Kg. Tandek
Tarikh :17.04.2026
Jam :7 petang-Selesai
Tempat : Khayu Cafe Grill House

Majlis Sambutan Hari Raya KRT Kg Tandek telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana harmoni, melibatkan kehadiran lebih 50 orang penduduk setempat.
Walaupun dianjurkan secara ringkas, majlis ini sarat dengan pengisian bermakna yang mengeratkan lagi ikatan silaturahim serta menyemai nilai hormat-menghormati dalam kalangan komuniti.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk:
✨ Bacaan doa kesyukuran.
✨ Penyampaian sijil penghargaan kepada AJK 2024-2025
✨ Penyampaian duit raya kepada kanak-kanak dan AJK.
✨ Sesi bertukar hadiah yang menceriakan suasana.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi JKKKK Kg. Tandek, Puan Katina Jasmin, dan Puan Hajah Adiah Mustapha, Pengerusi Maktabatun Ar-Raudah Tandek, yang bersama-sama memeriahkan sambutan.
Semoga program seperti ini terus menjadi wadah memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 🌙












Program :  Mesyuarat Pembubaran dan Perlantikan AJK KRT Tahun 2026-2029Tarikh :18.04.2026Jam :2 petang-SelesaiTempat : M...
28/04/2026

Program : Mesyuarat Pembubaran dan Perlantikan AJK KRT Tahun 2026-2029
Tarikh :18.04.2026
Jam :2 petang-Selesai
Tempat : Maktabatun Ar-Raudhah Kg.Tandek

Alhamdulillah telah selesai Mesyuarat Pembubaran dan Perlantikan AJK KRT Kg. Tandek bagi sesi 2026-2029. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Syed Murtadho, Pen.Pegawai Perpaduan Kota Marudu.

Agenda mesyuarat:
1.Ucapan aluan pengerusi KRT
2.Taklimat dari Pejabat Jpnin Kota Marudu Pitas oleh Tuan Syed Muradho
3.Pembentangan setiausaha
4.Pembentangan bendahari
5.Pembubaran AJK 2024-2025
6.Perlantikan AJK 2026-2029
7.Hal-hal lain

Tahniah dan semoga semua AJK yang telah dilantik dapat menjalankan tugas sebaiknya dan menjadikan KRT Kg. Tandek sebagai ejen perpaduan terbaik.












Pergi ke pekan membeli lemang,Singgah sebentar membeli ketupat,Hari Raya eratkan kasih sayang,Perpaduan bangsa terus ter...
20/03/2026

Pergi ke pekan membeli lemang,
Singgah sebentar membeli ketupat,
Hari Raya eratkan kasih sayang,
Perpaduan bangsa terus terikat.

Indah desa di sulam pelangi,
Anak bermain riang gembira,
Berbilang kaum hidup harmoni,
Hari Raya kasih membara.

Kuih bangkit di dalam dulang,
Disusun rapi penuh berseri,
Walau berbeza budaya dan pandang,
Tetap bersatu sehati sejiwa negeri.

Pelita dipasang di tepi laman,
Cahaya indah menyinari desa,
Toleransi jadi amalan,
Terjamin Malaysia aman sentosa.

Barisan AJK KRT Kg. Tandek mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin












Program :  Program Berbuka Puasa AJK KRT Kg. TandekTarikh :16.03.2026Jam :5.30 petang-SelesaiTempat : Kg.TandekAlhamduli...
16/03/2026

Program : Program Berbuka Puasa AJK KRT Kg. Tandek
Tarikh :16.03.2026
Jam :5.30 petang-Selesai
Tempat : Kg.Tandek

Alhamdulillah telah selesai majlis berbuka puasa AJK KRT. Majlis ini telah dilaksanakan bertempat di perkarangan kediaman Puan Masrah Odis, Pengerusi Jiran Wanita KRT. Majlis dilaksanakan sederhana namun meriah dengan kehadiran kanak-kanak yang sempat bermain bunga api dengan kawalan. Terima kasih kepada Puan Masrah dan semua AJK yang telah sama-sama membantu dalam program ini.












Pengisytiharan Bencana Daerah Kota MaruduTarikh :10.03.2026Hujan berterusan sejak kelmarin mengakibatkan berberapa kawas...
10/03/2026

Pengisytiharan Bencana Daerah Kota Marudu

Tarikh :10.03.2026

Hujan berterusan sejak kelmarin mengakibatkan berberapa kawasan dinaiki air pagi ini. Semoga semua penduduk telah bersiap siaga menghadapi gelombang banjir kedua tahun ini.

Gambar sekitar Kg. Tandek, Tandek Hilir, Suang Kepoh, Sayapon dan Asin-Asin












Program:Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Kota Marudu. Tarikh: 07.03.2026Masa: 9.30 pagiTempat : Masjid Daerah (At...
07/03/2026

Program:Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Kota Marudu.
Tarikh: 07.03.2026
Masa: 9.30 pagi
Tempat : Masjid Daerah (At-Taqwa) Kota Marudu

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat daerah bertempat di Masjid A-Taqwa Kota Marudu dalam suasana penuh keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Marck Hassan, ADO Kota Marudu merangkap Pengerusi Masjid Daerah At-Taqwa Kota Marudu.
Program ini dipimpin Imam Daerah, Imam Imbran Yahya.
Maktabun Ar-Raudah dan KRT Kg. Tandek diwakili Puan Hajah Adiah, Puan Jamilah Puan Kamariah, Puan Masjidah (Tim.SU) dan Puan Taibah Odis. Turut hadir bersama Ustaz Izhar.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini serta mengimarahkan Nuzul Al-Quran dengan bacaan Al-Quran dan amal kebajikan.

Semoga majlis yang penuh keberkatan ini diterima sebagai amal soleh dan terus menguatkan ukhuwah dalam komuniti kita.












Program:Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Maktabatun Al-Raudhah, Masjid Al-Hidayah dan KRT Kg. Tandek. Tarikh: 06.03.2026...
07/03/2026

Program:Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Maktabatun Al-Raudhah, Masjid Al-Hidayah dan KRT Kg. Tandek.
Tarikh: 06.03.2026
Masa: 2 petang
Tempat : Masjid Al-Hidayah

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Masjid Al-Hidayah Tandek dalam suasana penuh keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.
Program ini dipimpin oleh Ustaz Izhar, serta dikelola dengan penuh komitmen oleh Puan Sharifah Ali, Puan Hajah Adiah dan Puan Jamilah. Turut hadir memberi sokongan ialah Timbalan Setiausaha KRT, Puan Masjidah Abd Ghani.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan bacaan Al-Quran dan amal kebajikan.

Semoga majlis yang penuh keberkatan ini diterima sebagai amal soleh dan terus menguatkan ukhuwah dalam komuniti kita.












Pengisytiharan Penamatan Bencana Daerah Kota MaruduHari ke-3 PPS SK TaritipanTarikh :22.02.2026Pada jam11 pagi, semua ma...
22/02/2026

Pengisytiharan Penamatan Bencana Daerah Kota Marudu

Hari ke-3 PPS SK Taritipan
Tarikh :22.02.2026

Pada jam11 pagi, semua mangsa banjir di PPS SK. Taritipan telah dibenarkan pulang.
Semoga cuaca cerah berterusan.

Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Marudu, Klinik Kesihatan Tandek, APM Kota Marudu, Bomba Kota Marudu dan PDRM Kota Marudu yang telah memantau PPS dan membantu mangsa banjir sepanjang berada di PPS SK. Taritipan.

Gambar sekitar PPS.












Address

Jalan Paya
Bandau Kota Marudu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kg. Tandek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share