Kelab Belia kampung marudu darat

Kelab Belia kampung marudu darat SELAMAT DATANG DI PAGE RASMI KELAB BELIA KAMI

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.​Dari kami, Kelab Belia Kampung Marudu Darat, ingin mengucapkan Selamat Hari...
20/03/2026

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
​Dari kami, Kelab Belia Kampung Marudu Darat, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua, khususnya kepada penduduk Kampung Marudu Darat serta seluruh umat Islam di mana jua berada.
​Semoga kedatangan bulan Syawal yang mulia ini membawa keriangan, kebahagiaan, dan mempererat lagi tali silaturahim sesama kita. Marilah kita sama-sama meraikan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan semangat perpaduan.
​Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌙🎉
​Daripada,
Kelab Belia Kampung Marudu Darat"

Semarakkan Ramadan: Inisiatif Belia Kota Marudu​Ramadan kali ini di Kota Marudu diserikan dengan semangat kerjasama yang...
28/02/2026

Semarakkan Ramadan: Inisiatif Belia Kota Marudu
​Ramadan kali ini di Kota Marudu diserikan dengan semangat kerjasama yang luar biasa melalui program kebajikan "Singgah Sungkai" (Siri 1) dan "Kongsi Bubur". Inisiatif ini adalah bukti keakraban komuniti dalam menyantuni masyarakat setempat dengan penuh kasih sayang.
​Kejayaan program yang berlangsung pada 28 Februari 2026 di Dewan Kampung Ranau, Kota Marudu ini sudah pasti tidak akan terlaksana tanpa komitmen padu daripada para sukarelawan kita.
​Kami ingin memberikan penghargaan setinggi-tingginya kepada:
​Kelab Belia Kampung Marudu Darat atas dedikasi dan peranan besar mereka dalam merancang serta memastikan kelancaran setiap fasa program.
​Belia yang turut sama turun padang, memberikan sokongan tenaga dan buah fikiran yang sangat berharga.
​Seluruh rakan-rakan belia yang telah bekerja keras tanpa jemu bagi memastikan pek makanan dan bubur dapat diagihkan kepada penduduk setempat.
​Sinergi antara semua pihak ini mencerminkan semangat yang sentiasa bersedia berbakti. Semoga usaha murni ini diberkati dan menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIADARI KAMI KELAB BELIA KAMPUNG MARUDU DARATKBKMDHAPPY N...
31/12/2025

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

DARI KAMI KELAB BELIA KAMPUNG MARUDU DARAT
KBKMD

HAPPY NEW YEAR'S 2026

AKTIVITI KELAB, PERTANDINGAN MOBILE LEGEND TERTUTUP KAMPUNG MARUDU DARAT, YANG D SERTAI PENGURUS DAN PARAH AJK KELAB BEL...
27/12/2025

AKTIVITI KELAB, PERTANDINGAN MOBILE LEGEND TERTUTUP KAMPUNG MARUDU DARAT, YANG D SERTAI PENGURUS DAN PARAH AJK KELAB BELIA KAMPUNG MARUDU DARAT.

BERTEMPAT: RUMAH PENGERUSI KELAB

Program sukan rakyat (sepak takraw) sempena pesta kamaatan peringkat kg marudu daratTarikh :  30 & 31 Mei 2025Tempat : D...
31/05/2025

Program sukan rakyat (sepak takraw) sempena pesta kamaatan peringkat kg marudu darat

Tarikh : 30 & 31 Mei 2025

Tempat : Dewan Serbaguna kampung marudu darat

16 pasukan telah menyertai kejohanann sepak takraw peringkat kg marudu darat pada kali ini, yang bukan sahaja daripada kampung marudu darat malahan daripada luar kg marudu darat juga menyertai Kejohanan pada kali ini. Tahniah dan syabas kepada para pemenang kejohanan ini.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institusi Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) yang telah memberikan bantuan dana bagi menjayakan program pada kali ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Ketua Pemuda Parti Gagasan rakyat sabah N.6 Bandau dan selaku ahli dewan belia Tuan Datu Muhammad Farid bin Datu Liman diatas sokongan dan sumbangan beliau bagi menjayakan program pada ini.

Penghargaan juga kepada semua AJK dan ahli kelab Belia Kampung Marudu Darat yang telah bertungkus lumus mengurus daripada mula sehingga akhir perjalanan program. Tanpa kerjasama dan komitmen semua AJK dan ahli Kelab belia kg marudu darat program ini tidak mungkin dapat dijalankan dengan lancar.

Address

Kg Marudu Darat Jalan Sharif Osman
Bandau Kota Marudu
89100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia kampung marudu darat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia kampung marudu darat:

Share