07/03/2026
PROGRAM MARI RAIKAN RAMADAN
BERSAMA KELAB REMAJA HIKMAH LUBOK ANTU | 7 Mac 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, Program Mari Raikan Ramadan bersama Kelab Remaja Hikmah Lubok Antu yang berlangsung di Masjid Nurul Huda, Lubok Antu pada petang tadi telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.
Program dimulakan dengan sesi perkongsian dan tazkirah ringkas Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Abg. Mohd Fikri (Pegawai Dakwah Hikmah Sri Aman) kepada para remaja dan masyarakat yang hadir. Pengisian ini memberi peringatan tentang kepentingan memanfaatkan bulan Ramadan sebagai madrasah untuk meningkatkan iman, memperbaiki akhlak serta memperbanyakkan amalan soleh.
Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti santai bersama para remaja yang bertujuan mengeratkan hubungan ukhuwah serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan generasi muda yang disampaikan Cik Sharifah Nuraina (AJK Hikmah Cawangan Sri Aman). Program ini turut menjadi ruang untuk mendekatkan para remaja dengan masjid serta menghidupkan suasana Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat. Turut hadir bersama Encik Anwar Bin Abdul Rahim (Pengerusi Hikmah Ranting Lubok Antu) dan Ustaz Zahid Zamhuri (Penolong Pegawai Dakwah Hikmah Sri Aman)
Semoga program seperti ini terus menjadi medium membina jati diri remaja Islam, memperkukuh ukhuwah, serta menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam komuniti setempat.