Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia

Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia BBS Down Syndrome is a support group for families with down syndrome child with the aim to enhance t

‘Our Colours’ is organized by the Event Management Team (August 2017), Faculty of Communication, HELP University on October 28, 2017 at HELP International School, Shah Alam. This programme originated as part of a required term project for the MPU3432 Event Management course of the Bachelor of Communication program of HELP University that requires students to organize an programme on raising awaren

ess on Down Syndrome as well as to celebrate individuals with Down Syndrome by making people aware of their capabilities and social value, and to raise fund for Bunga-Bunga Syurga through personal donations and corporate sponsorships. Beginning, November 1, 2017, Our Colours fb account will be handled by representatives of BUNGA-BUNGA SYURGA. The students of Faculty of Communication, HELP University are proud to be part of this event, and we hope that this page will continue its function as a platform for parents to share knowledge, experience and updates on Down Syndrome. Disclaimer:
Photographs/videos of you (and or your child) may be used as:

- a record of the activity or the programme (video, Social Media, photos, etc.)

- In a written evaluation report of the activity or programme that will be viewed by ‘Our Colours’ Committee

- illustrations of the activities or programmes or publicity of materials for further activities or programmes on leaflets/websites/magazines/articles

- future grant applications

Note: The images used for publication and production are used for public education purposes and royalty free. Any financial claim related to the production purposes would not be entertained.

Terima kasih kerana bersama-sama anak Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia  dalam program October Bulan Kesedaran S...
28/10/2025

Terima kasih kerana bersama-sama anak Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia dalam program October Bulan Kesedaran Sindrom Down

26/10/2025
PENDAFTARAN TELAH DIBUKA KEPADA BUKAN AHLI !!!! 💃 *PENDAFTARAN FASHION ERA FIESTA – MAJLIS KASIH MESRA 12* 🕺🌸 _BeYOUtifu...
22/10/2025

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA KEPADA BUKAN AHLI !!!!

💃 *PENDAFTARAN FASHION ERA FIESTA – MAJLIS KASIH MESRA 12* 🕺
🌸 _BeYOUtiful Colours of BBS_ 🐞

FASHION ERA FIESTA adalah satu pentas peragaan yang meraikan keindahan fesyen dan evolusi gaya merentas zaman dari busana tradisional, klasik, kotemporari hingga moden terkini. Acara ini bakal menyerlahkan kelebihan dan keistimewaan pelbagai warna dan persona yang terserlah dalam diri anak BBS Down Syndrome.

Buat julung kalinya di MKM12, pertandingan peragaan fesyen akan diadakan khas untuk anak-anak BBS Down Syndrome seterusnya menjadi sebagai platform berprestij untuk menyerlahkan bakat, potensi serta membina keyakinan diri mereka, ianya ini bukan sekadar fesyen, tapi Inspirasi buat semua.

Ayuh kita raikan FASHION ERA FIESTA ini dengan gaya terkini dan kotemporari yang akan diadakan pada :

TARIKH : *28 DISEMBER 2025*
HARI : *AHAD*
MASA : *10pagi - 5.00petang*
TEMPAT :
*CONNEXION CONFERENCE AND EVENT CENTRE*
*GRAND NEXUS BALLROOM*
*BANGSAR SOUTH CITY, KUALA LUMPUR*
No 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur.

📝LINK PENDAFTARAN : https://forms.gle/zSLLgwXP2PubTFLy7
**_Pendaftaran menentukan kedudukan meja_**

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
ADMIN BBS : +60 11-1188 5051

👛PEMBAYARAN MKM 12 :

*HARGA UNTUK DEWASA* (Makan Tengahari)
13 Tahun keatas

Ahli Rasmi BBS Berdaftar.:
RM95.00 Seorang
Bukan Ahli :
RM120.00 Seorang

---------------------------------------------------------

*HARGA UNTUK KANAK-KANAK*
4-12 Tahun

Ahli Rasmi BBS Berdaftar.:
RM76.00 Seorang

Bukan Ahli :
RM85.00 Seorang

Acara bersejarah ini bakal menjadi kenangan terindah buat anak BBS Down Syndrome dengan hasil usaha dan kreativiti ibubapa dan keluarga dalam mengayakan fesyen yang paling cantik segak menawan seiring dengan gaya fesyen merentas era dan zaman.

*PEMENANG BAKAL MEMBAWA PULANG HADIAH BERUPA WANG TUNAI BAGI SETIAP KATEGORI YG DIPERTANDINGKAN* 💰💰💰
🥻👘👗👢👠🧣🎩🧢👒

31/08/2025

Merdeka!!! Merdeka!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 68 DARI ANAK-ANAK Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia ..❤️ SAYA SAYANG MALA...
31/08/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 68 DARI ANAK-ANAK Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia ..
❤️ SAYA SAYANG MALAYSIA ❤️

Sempena meraikan bulan OKTOBER BULAN KESEDARAN SINDROM DOWN 2025, buat julung kalinya Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down ...
09/08/2025

Sempena meraikan bulan OKTOBER BULAN KESEDARAN SINDROM DOWN 2025, buat julung kalinya Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia (BBS) bersama _WSSA Negeri Sembilan_ akan menganjurkan Kejohanan WSSA 2025 STACKING BEYOND LIMITS-Down Syndrome Starz* yang bakal menjadi pertandingan sports stacking khas yang pertama untuk atlet Down Syndrome seluruh Malaysia.

Majlis yang penuh makna ini akan dirasmikan oleh YB Senator Tuan Isaiah D Jacob. Isaiah Jacob
_Ahli Dewan Negara (Senator), Parlimen Malaysia._

Kejohanan ini akan menjadi gelanggang sukan tahunan terbuka kepada semua anak Down Syndrome dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, serta lepasan sekolah mengikut kategori umur dan jantina.

Objektif kejohanan adalah untuk memberi peluang anak Down Syndrome mempamerkan bakat dan kebolehan, membentuk keyakinan dan jati diri, memupuk semangat kesukanan serta menimba pengalaman baru yang belum pernah mereka rasai.

*MAKLUMAT KEJOHANAN :*

TARIKH : 25.10.2025
HARI: Sabtu
TEMPAT : MesaMall, Persiaran Ilmu, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan
KATEGORI : DOWN SYNDROME

BAYARAN :
AHLI PERSATUAN BBS DOWN SYNDROME MALAYSIA (PBBSDSM) Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia
RM20.00
--------------------------------------
BUKAN AHLI (TERBUKA)
RM30.00

Ayuh!!!! kita jadikan acara ini sebagai inspirasi kepada masyarakat bahawa kemampuan anak down syndrome itu tiada had, asalkan diberi ruang dan peluang.

Peserta boleh mengisi Google Form yang disediakan :
👇 *https://forms.gle/uVZRqAkLsByRH4ry7*

🌟 *BBS DOWN SYNDROME BOLEH!*

🌟 *FASHION ERA FIESTA*🌟  _BeYOUtiful Colours of BBS_ Majlis Kasih Mesra 12 - 2025*FASHION ERA FIESTA* adalah satu pentas...
02/08/2025

🌟 *FASHION ERA FIESTA*🌟
_BeYOUtiful Colours of BBS_
Majlis Kasih Mesra 12 - 2025

*FASHION ERA FIESTA* adalah satu pentas peragaan yang meraikan keindahan fesyen dan evolusi gaya merentas zaman dari busana tradisional, klasik, kotemporari hingga moden terkini. Acara ini bakal menyerlahkan kelebihan dan keistimewaan pelbagai warna dan persona yang terserlah dalam diri anak BBS Down Syndrome.

Buat julung kalinya di MKM12, pertandingan peragaan fesyen akan diadakan khas untuk anak-anak BBS Down Syndrome seterusnya menjadi sebagai platform berprestij untuk menyerlahkan bakat, potensi serta membina keyakinan diri mereka, ianya ini bukan sekadar fesyen, tapi Inspirasi buat semua.

Kami percaya bahawa kebolehan bukan sekadar anugerah semula jadi, tetapi boleh diasah melalui pendedahan, latihan dan sokongan berterusan. Setiap langkah kecil di pentas ini adalah simbol keberanian dan kekuatan diri yang luar biasa.

Pertandingan ini akan dikategorikan mengikut umur dan jantina. Setiap kehadiran anak BBS ke MKM12 adalah dikira secara automatik sebagai peserta pertandingan *FASHION ERA FIESTA* ini.

Ayuh kita raikan *FASHION ERA FIESTA* ini dengan gaya terkini dan kotemporari atau kembalikan nostalgia fesyen warisan budaya kita. Acara bersejarah ini bakal menjadi kenangan terindah buat anak BBS Down Syndrome dengan hasil usaha dan kreativiti ibubapa dan keluarga dalam mengayakan fesyen yang paling cantik segak menawan seiring dengan gaya fesyen merentas era atau zaman.

27/07/2025

Anak-anak Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia kami sangat terhibur dengan konsert Black Hanifah 💃🏼🕺🏼.

26 Julai 2025 (Sabtu)Exclusive Konsert Nyawa – Black HanifahSetia City Convention CentreSokongan Padu Buat Anak-Anak Syu...
27/07/2025

26 Julai 2025 (Sabtu)
Exclusive Konsert Nyawa – Black Hanifah
Setia City Convention Centre

Sokongan Padu Buat Anak-Anak Syurga Down Syndrome🌹

Persembahan Julung Kali telah diberikan untuk berkongsi pentas bersama anak istimewa Down Syndrome Luqman Down Syndrome Malaysia untuk menghiburkan peminat setia Black.

Seramai 60 wakil persatuan, termasuk 25 anak-anak Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome, telah hadir bagi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada LUQ PADU dalam sebuah acara bersejarah.

Acara ini mencipta sejarah tersendiri apabila anak-anak istimewa dari komuniti kami diberi kepercayaan untuk membuat persembahan bersama seorang artis terkenal Malaysia Black Hanifah adalah suatu penghormatan dan peluang yang amat bermakna.

Kami amat berharap agar lebih ramai artis dan anggota masyarakat tampil bersama dalam memupuk kesedaran mengenai kepentingan menyantuni anak-anak istimewa ini. Mereka bukan sahaja memerlukan perhatian, malah juga sokongan moral yang berterusan bukan sahaja kepada mereka, tetapi juga kepada keluarga yang membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.

Sedikit kegembiraan yang dihulurkan oleh masyarakat luar amat besar nilainya buat komuniti kami. Ia memberi impak yang sangat positif bagi membina keyakinan, membuka ruang inklusiviti, dan menanam semangat bahawa anak-anak syurga ini juga mampu menyerlah dengan bakat dan kebolehan tersendiri.

Kami menyeru agar usaha sebegini diteruskan dan diperluaskan, agar lebih ramai yang menyedari bahawa anak-anak Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia Down Syndrome berhak untuk diraikan, dihormati, dan diberi peluang yang sama seperti orang lain.

PBBSDSM mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi💞.

27/07/2025

26 Julai 2025 (Sabtu)
Exclusive Konsert Nyawa – Black Hanifah
Setia City Convention Centre

Anugerah yang paling indah buat anak-anak Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia telah hadir malam tadi — sebuah malam penuh emosi dan kebanggaan.

Persembahan LUQ PADU benar-benar menggetarkan hati.
Sebagai ibu bapa, kami tersentuh dan sebak melihat kejayaan Luqman yang bukan sahaja berdiri megah di pentas besar, tetapi turut diberi penghormatan untuk berkongsi pentas bersama artis tanah air tersohor, Black Hanifah.

Jutaan terima kasih kepada Black Hanifah atas penghormatan luar biasa ini. Kemenangan Luqman telah membuka jalan untuk beliau diundang sebagai tetamu istimewa ia satu peluang yang sangat kami hargai.
Ianya telah merealisasikan impian Luqman selama ini.

“Rezeki tidak pernah salah alamat.”
Dari peluang istimewa yang diberikan pada malam konsert, diberikan lagi ruang dan peluang kepada anak-anak kami untuk program yang akan datang🥰.
Malah, nama Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia juga disebut berkali-kali sepanjang konsert, sebagai tanda penghargaan dan sokongan padu terhadap komuniti anak-anak istimewa kami.

Kami amat menghargai kehadiran semua ibu bapa dari Perak, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur yang telah datang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

Terima kasih Luqman Down Syndrome Malaysia
KeranaMu kami di sini.
KeranaMu juga, keistimewaan ini menjadi milik kami.

20/07/2025

*📌Assalamualaikum...Salam Sejahtera*

Buat julung kalinya anak BBS DOWN SYNDROME berbakat luar biasa, Luqman Nazim (Luq padu) mendapat peluang membuat persembahan nyanyian bersama Penyanyi Hebat Malaysia Black Hanifah di konsert *EXCLUSIVE NIGHT NYAWA*

Jesteru itu, Persatuan berbesar hati untuk menaja seramai 25 orang anak BBS untuk menyaksikan detik bersejarah tersebut sebagai tanda sokongan moral dan juga sebagai inspirasi kepada komuniti BBS dan Down syndrome di Malaysia.

Tahniah LUQ PADU 🌹.

Address

No. 27A, Jalan BK5A/2
Bandar Kinrara
47100

Telephone

+601111885051

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia:

Share