Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu, Community Center, Bandar Baharu.

JAWATANKUASA PROGRAM TINJAU PERSIAPAN MAJLIS SANJUNGAN AKADEMIK DAN MOTIVASI PERDANA 2026BANDAR BAHARU – 12 Ogos , Jawat...
13/08/2026

JAWATANKUASA PROGRAM TINJAU PERSIAPAN MAJLIS SANJUNGAN AKADEMIK DAN MOTIVASI PERDANA 2026

BANDAR BAHARU – 12 Ogos , Jawatankuasa Program hari ini turun meninjau lokasi bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar menjelang Majlis Sanjungan Akademik dan Motivasi Perdana 2026 yang bakal dilaksanakan pada 12 Ogos 2026, bermula jam 8.00 pagi bertempat di The Event Hall, Serdang Kedah.

Program menarik ini turut menampilkan Sesi Taklimat TVET – Pemangkin The Greater Kedah, yang memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan peluang pendidikan dan laluan kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sesi kedua p**a akan diisi dengan Motivasi Perdana yang disampaikan oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, sebagai suntikan semangat dan motivasi kepada para pelajar dalam membina kecemerlangan akademik serta masa depan yang lebih gemilang.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Penghargaan kepada pelajar cemerlang STPM dan SPM 2025 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian akademik serta usaha gigih mereka.

Semoga segala persiapan yang dirancang dipermudahkan dan program ini berlangsung dengan lancar serta memberi manfaat besar kepada para pelajar dan masyarakat setempat.




HASRAT PENDUDUK KAMPUNG ASAM KUMBANG MILIKI DEWAN TERBUKA AKHIRNYA TERLAKSANA BANDAR BAHARU, 11 Ogos – Hasrat penduduk K...
11/08/2026

HASRAT PENDUDUK KAMPUNG ASAM KUMBANG MILIKI DEWAN TERBUKA AKHIRNYA TERLAKSANA

BANDAR BAHARU, 11 Ogos – Hasrat penduduk Kampung Asam Kumbang untuk memiliki sebuah dewan terbuka akhirnya menjadi kenyataan hasil kegigihan dan kerjasama penduduk setempat, khususnya golongan muda dan tua.

Dewan terbuka yang dibina di hadapan Surau Kampung Asam Kumbang itu direalisasikan melalui sumbangan bahan-bahan binaan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu (PKWR) DUN Bandar Baharu, selain semangat gotong-royong penduduk yang bersama-sama menjayakan pembinaannya.

Permohonan bagi mendapatkan sebuah dewan terbuka berkenaan telah diangkat oleh Pengerusi MKK Kampung Asam Kumbang ketika itu, Encik Airil Zulhairi Chik yang kini telah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu. Beberapa sesi perbincangan dan lawatan tapak turut diadakan bagi melihat keperluan serta kesesuaian lokasi.

YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff, ADUN Bandar Baharu, turut turun padang meninjau sendiri keadaan dan keperluan penduduk sebelum usaha merealisasikan kemudahan tersebut diteruskan.

Hari ini, hasil kerjasama erat antara generasi muda dan golongan lebih berusia, sebuah dewan terbuka berjaya disiapkan secara gotong-royong. Anak-anak muda tampil sebagai tenaga kerja, manakala golongan lebih berusia p**a berperanan sebagai penasihat serta memberikan sokongan dan semangat sepanjang proses pembinaan.

Pengerusi MKK Kampung Asam Kumbang yang baru, Encik Zulkifli Ahmad, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak ADUN Bandar Baharu, PKWR DUN Bandar Baharu dan Kerajaan Negeri Kedah serta para penduduk yang terlibat dalam pembinaan dewan kerana hasrat penduduk selama ini bagi memiliki sebuah dewan terbuka akhirnya dapat direalisasikan.

Dewan terbuka berkenaan bakal dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk sebagai ruang untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Ia akan digunakan sepenuhnya sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, yang bakal diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti larian kemerdekaan, sukan rakyat dan program kemasyarakatan.

Pembinaan dewan ini bukan sekadar menyediakan sebuah kemudahan, malah menjadi bukti bahawa semangat gotong-royong, kerjasama dan kesatuan penduduk mampu merealisasikan sesuatu yang menjadi impian bersama.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua "




10/08/2026

KEDAH RANGKUL TUJUH ANUGERAH PELANCONGAN, UKIR NAMA DI PERSADA ANTARABANGSA

Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Kedah mencatat kejayaan membanggakan apabila membawa p**ang tujuh anugerah pada Majlis Tourism Industry Awards 2026 anjuran Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) yang berlangsung di Bandar Sunway, Selangor.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan kepelbagaian serta daya saing produk pelancongan negeri merangkumi sektor gastronomi, destinasi p**au, pelancongan keluarga, agensi pelancongan, inovasi digital dan pengalaman pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, Dato' Mohd Salleh Saidin berkata, kejayaan berkenaan memberi pengiktirafan besar kepada penggiat industri pelancongan Kedah.

Menurut beliau, tujuh anugerah yang diraih ialah Best Gastronomy Location menerusi Kopi Waktu, Ulu Sedaka, Yan; Best Iftar Experience oleh Kedah Tourism; serta Best Tourism Cooperative Initiative yang dimenangi Koperasi Kemajuan Pelancongan Kedah dan JETASIA.

Turut menerima pengiktirafan ialah Best Island Tourism Destination menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Best Family Vacation Destination oleh Langkawi SkyCab.

Best Travel Agency diberikan kepada Cuti-Cuti Langkawi Sdn Bhd, serta Best Innovation Tourism Apps menerusi Tropical Charters Sdn Bhd.

“Pengiktirafan ini tentunya memberi erti tersendiri bukan sahaja kepada penerima, tetapi juga kepada industri pelancongan negeri yang memiliki pelbagai produk pelancongan, termasuk yang berkelas dunia.

“Tahniah dan syabas kepada semua penerima.

"Jadikanlah anugerah yang diterima itu sebagai obor yang menyalakan semangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelawat dan pelancong,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan itu turut mencerminkan komitmen penggiat industri dalam mengangkat nama Kedah sebagai antara destinasi pelancongan yang mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Terima kasih kerana membantu mengangkat nama Kedah di persada pelancongan nasional dan antarabangsa,” katanya.


SANAH HELWAH YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI MD NORSelamat menyambut hari kelahiran buat YAB Dato’ Seri Haji Muhamma...
04/08/2026

SANAH HELWAH YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Selamat menyambut hari kelahiran buat YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Semoga dikurniakan Allah SWT usia yang panjang, kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan dalam terus memimpin dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negeri.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti sentiasa mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.
Sanah Helwah, YAB.

Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan.

Allahumma barik lahum fi umrihi.

Daripada

YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff
Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu
04 Ogos 2026




LAWATAN MENINJAU KEADAAN TEBING T**I KONKRIT DI KAMPUNG TEBUK BUGISBANDAR BAHARU, 4 Ogos – Usai menziarahi dua buah ruma...
04/08/2026

LAWATAN MENINJAU KEADAAN TEBING T**I KONKRIT DI KAMPUNG TEBUK BUGIS

BANDAR BAHARU, 4 Ogos – Usai menziarahi dua buah rumah, Team Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu (PKWR) DUN Bandar Baharu terus ke Kampung Tebuk Bugis bagi meninjau keadaan dua buah t**i konkrit yang menghadapi masalah hampir sama.

Hasil tinjauan mendapati struktur kedua-dua t**i tersebut masih dalam keadaan baik dan kukuh. Namun begitu, tebing tanah di bahagian kiri dan kanan t**i semakin terhakis sehingga terbentuk lubang yang besar, sekali gus boleh mengundang bahaya kepada penduduk setempat serta pengguna laluan berkenaan.

Encik Noordin Mat Darit, selaku Pegawai Khas ADUN Bandar Baharu telah menghubungi pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Bandar Baharu bagi mengemukakan aduan awal daripada pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bandar Baharu.

Bagi t**i konkrit yang kedua, laluan masuk dan keluar didapati agak sempit. Antara solusi awal yang dicadangkan adalah dengan melakukan kerja-kerja menambak di bahagian yang sempit bagi memudahkan pergerakan serta meningkatkan keselamatan pengguna.

Untuk laluan tersebut, Encik Noordin turut mencadangkan agar penduduk setempat dapat mengadakan program gotong-royong dengan peruntukan disediakan oleh pihak PKWR DUN Bandar Baharu.

YB Ts. Dr. Mohd Suffian Yusoff, ADUN Bandar Baharu berharap agar kedua-dua isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Pihak beliau juga akan terus memantau perkembangan serta tindakan susulan melalui Team PKWR DUN Bandar Baharu.

Turut serta Encik Azrul Hizam Hazami, Setiausaha MKK Kg Permatang Kerat Telunjuk.

“Prihatin, Menyantuni dan Membela Rakyat.”





ZIARAH PRIHATIN TINJAU KEPERLUAN RAKYATBANDAR BAHARU, 4 Ogos – Pegawai Khas ADUN Bandar Baharu, Encik Noordin Mat Darit ...
04/08/2026

ZIARAH PRIHATIN TINJAU KEPERLUAN RAKYAT

BANDAR BAHARU, 4 Ogos – Pegawai Khas ADUN Bandar Baharu, Encik Noordin Mat Darit bersama kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu (PKWR) telah menziarahi kediaman Encik Khairul Adlan Che Mat di Kampung Terap Batu 22, Serdang Kedah bagi meninjau permohonan pembinaan tandas baharu.

Walaupun keadaan bumbung rumah yang didiami beliau agak uzur, keperluan untuk memiliki sebuah tandas yang lebih selesa dan sempurna amat diharapkan oleh beliau sekeluarga.

Turut diziarahi ialah rumah Encik Zulkefli Shaary, 69 di Kampung Tebuk Kelantan yang memerlukan bantuan membaiki bumbung rumahnya yang telah uzur dan mengalami kebocoran.

Kedua-dua permohonan tersebut telah mendapat perhatian daripada YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff, ADUN Bandar Baharu, untuk tindakan dan pertimbangan selanjutnya.

Semoga segala urusan dipermudahkan serta bantuan yang diperlukan dapat memberi keselesaan kepada kedua-dua keluarga.

Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua




03/08/2026
𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐋𝐈𝐌 𝐌𝐔'𝐀𝐃𝐙𝐀𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 (...
03/08/2026

𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐋𝐈𝐌 𝐌𝐔'𝐀𝐃𝐙𝐀𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 (𝐔𝐧𝐢𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Kelebihan Tajaan Pendidikan Ini :

✅ Terbuka bagi Tahun 1 kemasukan 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕.
✅ Tajaan penuh bagi program 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 dan 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 kepada pemohon yang 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐮𝐡𝐢 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧.
✅ Terbuka kepada semua kursus pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS (𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 (𝐃𝐏𝐋𝐈)).

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 ❓
▪️ Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa):
🌐 https://biasiswa.zakatkedah.com.my/
▪️ Daftar ID Pengguna di Portal Biasiswa tersebut.

❗ 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 ❗
▪️ Setiap permohonan dibuat 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) ke dalam sistem.
▪️ Sila pastikan anda klik 𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 setelah selesai mengisi profil permohonan bagi memastikan permohonan berjaya dihantar.

✅ Tarikh Tutup Permohonan
📍 𝟑𝟎 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

✅ Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Divisyen Pendidikan, Lembaga Zakat Negeri Kedah
📞 1-800-88-1740 (EXT:520) Sambungan ke Divisyen Pendidikan / 013-459 2071
📩Email : [email protected]

▶️ Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan dan memastikan anak-anak asnaf tidak tercicir dan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
-------------------------------
Semak dan bayar zakat anda disini :
https://jom.zakatkedah.com.my/

Address

Bandar Baharu
09800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu:

Shortcuts

Share