Pengakap Daerah Baling

Pengakap Daerah Baling Pengakap Daerah Baling,Kedah

📢HEBAHAN PROGRAM 📢KURSUS KETUA PATROL & KETUA SEKAWAN 2026 Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Baling🗓️ 14 hing...
13/05/2026

📢HEBAHAN PROGRAM 📢

KURSUS KETUA PATROL & KETUA SEKAWAN 2026
Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Baling

🗓️ 14 hingga 16 Mei 2026
📍 Pusat Kokurikulum Daerah Baling, Kedah

Program ini bertujuan melatih dan membentuk pemimpin muda Pengakap yang berdisiplin, berkeyakinan serta berkemahiran dalam pengurusan patrol dan sekawan. Pelbagai aktiviti menarik, latihan kepimpinan, ikhtiar hidup dan kerjasama berpasukan akan dijalankan sepanjang kursus ini.

Sertailah kami untuk menimba pengalaman, membina jati diri dan menjadi pemimpin Pengakap yang cemerlang!

⚜️ “Sedia Memimpin, Bersedia Berkhidmat” ⚜️





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En Muhammad Firdaus Bin Omar Baki, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid Pejabat...
04/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
En Muhammad Firdaus Bin Omar Baki,
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Baling atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Baling.
Ikhlas daripada Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Baling

15/04/2026

Integriti bukan pilihan tetapi kewajipan, dan pemimpin perlu terlebih dahulu memperlihatkan nilai itu dalam tindakan, keputusan dan budaya kerja mereka.

Pergi ke taman memetik kenanga,Harumnya mekar di pagi Syawal,Syawal hadir membawa cahaya,Maaf dipinta setulus jiwa dan a...
21/03/2026

Pergi ke taman memetik kenanga,
Harumnya mekar di pagi Syawal,
Syawal hadir membawa cahaya,
Maaf dipinta setulus jiwa dan akal.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Baling.

18/12/2025

Langkah kecil membina jiwa besar. Anugerah Ketua Pengakap Negara, bukti semangat tidak pernah luntur

MAJLIS ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARAMajlis Anugerah Ketua Pengakap Negara telah berlangsung dengan penuh istiadat dan b...
17/12/2025

MAJLIS ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA

Majlis Anugerah Ketua Pengakap Negara telah berlangsung dengan penuh istiadat dan bermakna pada 16 Disember 2025 bertempat di Dewan Iltizam, PPD Baling.

Majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf komitmen serta kecemerlangan ahli-ahli Pengakap yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang, disiplin tinggi dan semangat kepimpinan sejati dalam pergerakan Pengakap.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja & Pengakap Kelana. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti, memimpin dan menyumbang kepada pembangunan generasi muda serta negara tercinta.

https://vt.tiktok.com/ZSPuPma8f/

09/12/2025

Cabaran, Ilmu, Pengalaman!

Kem Pengujian Lencana Pengakap Daerah Baling 20254–6 Disember 2025Kem Pengujian Lencana Pengakap Daerah Baling Tahun 202...
07/12/2025

Kem Pengujian Lencana Pengakap Daerah Baling 2025
4–6 Disember 2025

Kem Pengujian Lencana Pengakap Daerah Baling Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 4 hingga 6 Disember 2025 bertempat di Pusat Kokurikulum Baling. Program ini melibatkan ahli-ahli Pengakap dari sekitar Daerah Baling yang menjalani pelbagai ujian kemahiran, pengetahuan dan sahsiah selaras dengan matlamat melahirkan pengakap yang berdisiplin, berkemahiran dan berdaya tahan.

Sepanjang kem ini, para peserta diuji dari aspek kepimpinan, kerjasama berpasukan, pengurusan diri serta penghayatan nilai-nilai murni berteraskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penganjur, pemimpin pengakap, jurulatih, barisan urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kem ini.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga kepada para peserta dalam meneruskan perjalanan sebagai ahli Pengakap yang cemerlang.

06/12/2025
01/12/2025
01/12/2025

Assalamualaikum dan Salam Pengakap ⚜️

Berikut merupakan Jawatankuasa Sekretariat Pengakap Kelana Daerah (SPKD) Baling yang baharu bagi sesi 2026/2028.

*PENGERUSI*
- NIK AHMAD RAZIN BIN ZULKIFLI

*TIMBALAN PENGERUSI*
- NABILA SYUHADA BINTI SHAFIE

*SETIAUSAHA*
- MUHAMMAD SYABIL BIN AHMAD

*BENDAHARI*
- MOHAMAD FAHMI BIN MUSA

*AHLI JAWATANKUASA*
- NURHAMIDAH BINTI SULAIMAN
- MUHAMMAD ISKANDAR MUKRHRIZ BIN MOHD SHAH
- MUHAMMAD IRFAN BIN BADRUL HISYAM
- NUR SYAFINAZ BINTI MOHD NASIR
- NOR AREESA AQILAH BINTI NORHISHAMUDIN SHAH

Address

Baling
09100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap Daerah Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pengakap Daerah Baling:

Share