Pasukan Pengakap Kelana B Baling

Pasukan Pengakap Kelana B Baling Black Panther Rovers ( 9M4CBR )

*PELANTIKAN PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH BALING*Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Muhammad Firdaus bin Omar Ba...
04/05/2026

*PELANTIKAN PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH BALING*

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Muhammad Firdaus bin Omar Baki atas pelantikan sebagai *Pesuruhjaya Pengakap Daerah Baling.*

*Sekretariat Pengakap Kelana Daerah (SPKD) Baling* merakamkan sokongan penuh serta berharap agar jalinan kerjasama yang erat dapat diperkukuh demi melahirkan generasi pengakap yang berwibawa dan berdaya saing.

_*SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA DAERAH BALING SESI 2026-2028*_

🌙 *INFAK RAMADAN 2026**Program Kongsi Rezeki : Singgah Sahur*Alhamdulillah, Pasukan Kelana B Baling akan mengadakan prog...
03/03/2026

🌙 *INFAK RAMADAN 2026*
*Program Kongsi Rezeki : Singgah Sahur*

Alhamdulillah, Pasukan Kelana B Baling akan mengadakan program agihan juadah sahur *sekitar daerah Baling pada 13 Mac 2026 (2.00AM – 4.00AM).*

Kami membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berinfaq dan berkongsi rezeki di bulan penuh keberkatan ini.
Setiap sumbangan anda amat bermakna buat mereka yang memerlukan 🤲🏻

📌 Reference: INFAK RAMADAN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor tertera pada poster.

“Sedekah yang paling mulia adalah sedekah di bulan Ramadan.”
(HR Tarmidzi)

Jom sama-sama kita kumpul pahala ❤️

1 Hari 1 Perkongsian | 5 Ramadan 1447H"Memperbanyakkan Membaca Al-Quran"Di bulan ini, langit pernah terbuka,wahyu pernah...
23/02/2026

1 Hari 1 Perkongsian | 5 Ramadan 1447H

"Memperbanyakkan Membaca Al-Quran"

Di bulan ini, langit pernah terbuka,
wahyu pernah diturunkan,
cahaya pernah disampaikan.
Jangan biarkan Ramadan berlalu
tanpa kita mendekat kepada Al-Quran 🌙🤍

1 Hari 1 Perkongsian | 4 Ramadan 1447H"Fadilat Puasa Di Jalan Allah"Puasa itu sunyi antara hamba dan Tuhan.Tiada siapa t...
23/02/2026

1 Hari 1 Perkongsian | 4 Ramadan 1447H

"Fadilat Puasa Di Jalan Allah"

Puasa itu sunyi antara hamba dan Tuhan.
Tiada siapa tahu lelahnya,
tiada siapa nampak sabarnya.
Namun Allah membalasnya
dengan jarak yang jauh dari neraka 🤍

1 Hari 1 Perkongsian | 3 Ramadan 1447H"Jangan Mencela Makanan"Di saat orang lain bersusah payah menyediakan makanan,jang...
23/02/2026

1 Hari 1 Perkongsian | 3 Ramadan 1447H

"Jangan Mencela Makanan"

Di saat orang lain bersusah payah menyediakan makanan,
jangan kita mudah menjatuhkan kata.

Belajar dari Rasulullah ﷺ —
diam itu lebih indah daripada mencela 🤲🏻✨

1 Hari 1 Perkongsian | 2 Ramadan 1447H"Kefarduan Puasa"Bila seorang sahabat bertanya tentang yang wajib,Rasulullah ﷺ men...
23/02/2026

1 Hari 1 Perkongsian | 2 Ramadan 1447H

"Kefarduan Puasa"

Bila seorang sahabat bertanya tentang yang wajib,
Rasulullah ﷺ menjawab dengan jelas —
Ramadan itu kefarduan.

Semoga kita bukan sekadar berpuasa,
tetapi benar-benar menunaikan amanah

1 Hari 1 Perkongsian | 1 Ramadhan 1447H"Puasa Ramadhan Adalah Rukun Islam"Islam dibina atas lima perkara.Dan Ramadan men...
23/02/2026

1 Hari 1 Perkongsian | 1 Ramadhan 1447H

"Puasa Ramadhan Adalah Rukun Islam"

Islam dibina atas lima perkara.
Dan Ramadan mengajar kita tentang sabar, taat dan ikhlas 🌙
Semoga puasa kita bukan sekadar lapar,
tetapi benar-benar diterima Allah 🤲🏻✨

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sekali lagi diberi kesempa...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Ramadan merupakan bulan yang mendidik jiwa, menyucikan hati serta memperkukuh keimanan melalui ibadah puasa dan amalan-amalan kebajikan.

Rasulullah SAW turut bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan amalan serta meraih keampunan dan rahmat Allah SWT.

Pihak Pasukan Pengakap Kelana B Baling mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya 🧧Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan ...
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya 🧧

Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kejayaan dalam setiap usaha.
Semoga keharmonian antara kita terus kukuh.

Gong Xi Fa Cai!

🌙 Malam Nisfu Syaaban bermula Maghrib hari ini (2 Februari)Nisfu Syaaban ialah malam ke-15 dalam bulan Syaaban.Menurut I...
02/02/2026

🌙 Malam Nisfu Syaaban bermula Maghrib hari ini (2 Februari)

Nisfu Syaaban ialah malam ke-15 dalam bulan Syaaban.
Menurut Islam, hari bermula selepas Maghrib, maka sebaik sahaja masuk Maghrib hari ini, kita telah memasuki malam Nisfu Syaaban.

✨ Kebaikan Malam Nisfu Syaaban:
✔️ Dibukakan pintu keampunan Allah
✔️ Waktu terbaik untuk berdoa dan bermuhasabah
✔️ Persediaan rohani sebelum Ramadan

Marilah kita manfaatkan malam ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar.
Semoga Allah mengampuni dosa kita semua 🤲🤍

Salam Israk Mikraj ✨27 Rejab menjadi saksi perjalanan agung kekasih Allah ﷺ — bukan sekadar sebuah kisah, tetapi peringa...
17/01/2026

Salam Israk Mikraj ✨

27 Rejab menjadi saksi perjalanan agung kekasih Allah ﷺ — bukan sekadar sebuah kisah, tetapi peringatan tentang ketinggian iman dan keindahan ketaatan.

Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, Allah memperlihatkan tanda-tanda kebesaran-Nya, mengajar kita bahawa tiada yang mustahil bagi hati yang benar-benar berserah. Semoga peristiwa Israk Mikraj ini menghidupkan kembali hubungan kita dengan solat, melembutkan jiwa yang penat,
dan mendekatkan kita kepada Allah SWT. 🤲✨

“Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”
— Surah Al-Isra’: 1

May we grow with faith, purpose and integrity. ✨

Address

Pasukan Pengakap Kelana B Baling
Baling
09100

Telephone

+60135895832

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Pengakap Kelana B Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pasukan Pengakap Kelana B Baling:

Share