07/08/2026
๐ฝ๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐ฉ๐๐ช ๐๐๐ง๐๐ฉ๐
Bila anak berkata, pastikan berita atau cerita.
Berita adalah fakta apa yang berlaku.
Cerita adalah sesuatu yang dikisahkan mengikut naluri pencerita. Adatlah pencerita adalah hero dalam cerita mereka. Yang lain adalah antagonis.
Kita ibu bapa serta waris wajar menyemak fakta. Dapatkan cerita dari dua belah pihak dan lain-lain pihak sebelum menyebarkan p**a ke sahabat-sahabat ibu bapa lain mahupun pihak tertinggi MARA.
CONTOH:
CERITA ANAK "Umi tadi warden naik angin, marah, tengking-tengking sebab tak maklumkan cedera jatuh longkang dan terus call umi suruh kabar ke TP, warden tekan-tekan, seksa adik. Adik sekarang takut dan rasa tertekan sesangat."
FAKTA:
1. Berlaku komunikasi anatara anak dan warden.
PERSEPSI ANAK:
1. warden naik angin
2. warden marah
3. warden tekan-tekan
4. warden seksa (torture)
PERASAAN ANAK
1. Takut
2. Rasa Tertekan.
Persepsi yang disampaikan anak wajar di periksa dan disahkan.
Adakah meninggi suara adalah naik angin? Menegur adalah marah? Terus bertanya adalah 'tekan-tekan' atau sentuhan fizikal adalah 'tekan-tekan'. Apa p**a tindakan yang diklasifikasikan sebagai penyiksaan (torture).
Perasaan p**a boleh jadi berbeza untuk setiap manusia yang menghadapi situasi yang sama. Perasaan yang disampaikan betul dan perlu dilayan dengan baik.
Penyampaian seorang anak, ada pelbagai maklumat, fakta, presepsi serta perasaan.
Rasional dari apa yang kita terima, matangkan diri dengan menceraikan apa yang disampaikan, selidik setiap ungkapan sebelum terus menghukum sebelah pihak.
Moga terus harmoni.
"Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum"