Persatuan Abang Tanjung Penang

Directions Website

Persatuan Abang Tanjung Penang PERSATUAN ABANG TANJUNG PENANG ( P A T P )


ISU SEMASA TERKINI,COMMUNITY Sentiasa memastikan keselamatan rider ketika konvoi dalam keadaan terjamin .

PATP ditubuhkan sejak tahun 2010 dan ahli nya terdiri daripada negeri pulau pinang , kedah , perlis dan perak . kami takk ramai tapi kami SATU HATI !

Ketika suaminya sedang menjalani hukuman penjara, seorang wanita berstatus isteri orang ditahan oleh Jabatan Agama Islam...
09/06/2026

Ketika suaminya sedang menjalani hukuman penjara, seorang wanita berstatus isteri orang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki bujang di sebuah rumah di Batu Berendam.

Suspek wanita berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan bersama pasangannya yang sebaya dalam satu serbuan hasil aduan awam pada jam 12.30 tengah malam.

Ketika pemeriksaan dijalankan, pihak penguat kuasa menemukan suspek lelaki sedang bersembunyi di dalam sebuah almari di tingkat atas rumah berkenaan. Kedua-dua individu terbabit gagal mengemukakan dokumen hubungan mahram yang sah dan dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

09/06/2026

Warga bangladesh dan etnik rohingnya semakin menjadi2 lambakan mereka di sekitar komtar, gama , bukit jambul.. Jabatan Imigresen Malaysia Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP tak kan makan gaji buta? Bersepah sepah area town warga PATI ni dok ada..bila buat aduan tolak sana sini lepas tgn ckp jabatan tu la jabatan ni laπŸ€¦β€β™‚πŸ€¦β€β™‚ sampai naik pening aku buat report..harap admin dpt bantu sy viral kan isu ini..baru2 ini bini aku di kacau oleh warga bangla berhampiran lorong perak. Bawah flat sri wangsa 2 jalan penawar 1 jelutong...aku harap kes ni selesai secepat mungkin...jgn sampai aku sendiri bertindak ya, ni pasal bini aku kena kacau di depan kedai kopi tersebut.. Depa siap buka kedai makan lagi...sekian terima kasih admin..

: Owner

Satu insiden kurang sopan membabitkan sepasang kekasih dilaporkan berlaku di dalam sebuah tren MRT baru-baru ini. Menuru...
09/06/2026

Satu insiden kurang sopan membabitkan sepasang kekasih dilaporkan berlaku di dalam sebuah tren MRT baru-baru ini. Menurut kenyataan seorang saksi, dia melihat lelaki berkenaan bertindak meraba payudara pasangannya.

Meskipun telah ditegur, pasangan tersebut memilih untuk mengendahkannya, malah suspek lelaki turut memberikan pandangan berbaur provokasi. Enggan memanjangkan pergaduhan, saksi berkenaan hanya mampu merenung tajam ke arah mereka sebagai tanda protes sebelum pasangan itu dikesan turun di kawasan Kwasa Sentral.

Lucunya, pasangan tersebut cuba menyembunyikan perbuatan mereka di sebalik sebuah beg kertas, seolah-olah menyangka aksi mereka tidak disedari penumpang lain.

Kegembiraan pelajar cemerlang SPM yang diraikan di sekolah masing-masing masih lagi terasa. Namun, satu perkongsian di T...
21/04/2026

Kegembiraan pelajar cemerlang SPM yang diraikan di sekolah masing-masing masih lagi terasa.

Namun, satu perkongsian di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian apabila video berkenaan telah Tular apabila mendedahkan pengalaman kurang menyenangkan yang dilalui seorang pelajar ketika menghadiri majlis penyampaian anugerah di sebuah sekolah menengah di Senawang, Negeri Sembilan baru baru ini.

Dalam video tersebut, pelajar berkenaan dilaporkan berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A. Walaupun dipanggil naik ke pentas, dia dikatakan hanya menerima sampul kosong tanpa sijil rasmi.

Difahamkan, sijil SPM bersama hadiah wang tunai RM250 daripada pihak sekolah ditangguhkan berikutan isu tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurut ahli keluarga, tunggakan itu telah dikira sejak Tingkatan 1 dengan jumlah keseluruhan hampir mencecah RM500, iaitu sekitar RM150 setahun.

Situasi berkenaan menimbulkan rasa sedih dan kecewa, lebih-lebih lagi apabila pelajar tersebut berasal daripada keluarga sederhana.

Rata rata Netizen dakwa perkara itu adalah sangat tidak wajar kerana mematahkan semangat pelajar berkenaan dan maruah beliau di masa akan datang.

Sehingga kini, pihak sekolah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan tindakan menahan sijil dan anugerah kecemerlangan pelajar akibat tunggakan yuran PIBG sebagai tidak wajar.

Menurut beliau, pendekatan sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pendidikan, sebaliknya nilai ihsan serta pertimbangan wajar perlu diutamakan, khususnya dalam hal yang melibatkan kebajikan dan masa depan pelajar.

β€œTidak perlulah sampai duit dan sijil kecemerlangan ditahan kerana tunggakan yuran PIBG. Hidup ini kena ada nilai ihsan dan pertimbangan akal (common sense), barulah semua hidup dalam keadaan berkat dan sejahtera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang pelajar lelaki yang memperoleh keputusan 9A dalam SPM namun berdepan situasi mengecewakan apabila sijil rasmi dan hadiah kecemerlangan bernilai RM250 ditahan sementara berikutan isu tunggakan yuran PIBG.

Kredit:

π—žπ—˜π—π—”π—¬π—”π—”π—‘ 𝗝𝗦𝗝𝗑 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗦 π—¦π—œπ—‘π——π—œπ—žπ—˜π—§ 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 & 𝗒𝗣 π—©π—”π—£π—˜ 𝟭.𝟬 π—•π—˜π—₯π—‘π—œπ—Ÿπ—”π—œ π—₯𝗠 𝟭𝟴.𝟳𝟱 𝗝𝗨𝗧𝗔Kuala Lumpur, 21 April 2026 (Selasa) - YDH Dato’...
21/04/2026

π—žπ—˜π—π—”π—¬π—”π—”π—‘ 𝗝𝗦𝗝𝗑 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗦 π—¦π—œπ—‘π——π—œπ—žπ—˜π—§ 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 & 𝗒𝗣 π—©π—”π—£π—˜ 𝟭.𝟬 π—•π—˜π—₯π—‘π—œπ—Ÿπ—”π—œ π—₯𝗠 𝟭𝟴.𝟳𝟱 𝗝𝗨𝗧𝗔

Kuala Lumpur, 21 April 2026 (Selasa) - YDH Dato’ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia memaklumkan, JSJN terus mempergiat usaha membanteras jenayah dadah melalui dua operasi bersepadu iaitu Op Empis di sekitar Lembah Klang serta Op V**e 1.0 yang dilaksanakan serentak di seluruh negara.

πŸš©π—’π—£ π—˜π— π—£π—œπ—¦ (π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—› π—žπ—Ÿπ—”π—‘π—š)
Bertindak atas risikan, JSJN Bukit Aman melancarkan beberapa siri serbuan pada 16 April 2026 dan berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak awal tahun ini.
➑️ Seramai 19 individu ditahan melibatkan warganegara tempatan dan asing
➑️ Rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM3.1 juta melibatkan ketamin, ekstasi, Erimin 5 dan M**A
➑️ Dadah yang dirampas mampu merosakkan kira-kira 151,000 pengguna
➑️ Sindiket menggunakan apartment sebagai stor dan lokasi memproses dadah untuk pasaran Lembah Klang

JSJN turut menyita pelbagai aset hasil kegiatan jenayah termasuk kenderaan mewah, barang kemas serta wang tunai dengan anggaran keseluruhan RM14.15 juta.

πŸš©π—’π—£ π—©π—”π—£π—˜ 𝟭.𝟬 (π—¦π—˜π—Ÿπ—¨π—₯𝗨𝗛 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔)
Dilaksanakan pada 13 hingga 17 April 2026 dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk KKM, AADK, PBT, JBPM, KPDN dan TNB. Operasi ini memberi fokus kepada aktiviti penjualan v**e yang mengandungi dadah.
➑️ 1,670 premis diperiksa, 728 premis didapati melanggar peraturan
➑️ 20 tangkapan dibuat melibatkan pelbagai kesalahan dadah
➑️ Rampasan melibatkan 8,091 peranti v**e, 5,257 katrij dan 206.21 kg bahan termasuk dadah
➑️ Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM4.6 juta

Kes menarik ini turut membongkar aktiviti pengedaran cecair v**e mengandungi Furanyl Fentanyl dan M**A dengan nilai rampasan hampir RM2.88 juta.

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan JSJN dalam memerangi musuh nombor satu negara melalui risikan berterusan serta kerjasama strategik pelbagai agensi. Tindakan tegas akan terus diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti dadah.

Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Hotline JSJN di 012-208 7222.

β€œπ‰π’π‰π ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇, π‹πˆππƒπ”ππ†πˆ π†π„ππ„π‘π€π’πˆβ€

Sesuatu fitnah itu, kata Majlis Ulama Umno Malaysia, bukan sekadar isu kesilapan teknikal sebaliknya membawa kesan jauh ...
21/04/2026

Sesuatu fitnah itu, kata Majlis Ulama Umno Malaysia, bukan sekadar isu kesilapan teknikal sebaliknya membawa kesan jauh lebih teruk termasuk meruntuhkan persaudaraan, mencalar reputasi seseorang dan mencambah kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Mengulas permohonan maaf seorang pemimpin kanan PAS kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, semalam, anggota tertinggi Majlis Ulama Umno Malaysia, Ahmad Izwan Hamzah, berkata ia memberi pengajaran besar kepada pelbagai pihak.

β€œDalam dunia yang serba pantas hari ini, sempadan di antara berita sahih dan fitnah sering kali menjadi kabur jika tidak disertai dengan sikap tabayyun (menyemak kebenaran).

β€œFitnah bukan sekadar kesilapan teknikal; ia adalah barah yang boleh meruntuhkan ukhuwah, mencalarkan reputasi individu, dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat."

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/773176

Pihak KPDN Kelantan telah mengambil tindakan ke atas peniaga berkenaan dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21, Ak...
21/04/2026

Pihak KPDN Kelantan telah mengambil tindakan ke atas peniaga berkenaan dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Sumber: KPDN Kelantan

Tadi balik dari pasar, saya perasan ada nota terselit di kereta. Bila tengok betul-betul, bumper dah renggang dan calar....
21/04/2026

Tadi balik dari pasar, saya perasan ada nota terselit di kereta. Bila tengok betul-betul, bumper dah renggang dan calar.

Ada seorang pakcik tegur, katanya tadi ada makcik dengan anaknya naik Kelisa terlanggar kereta saya. Dia pesan suruh hubungi nombor pada nota tu.

Rupanya makcik tu dah tinggalkan RM206, mungkin itu saja baki duit yang dia ada. Bila saya hubungi, rupa-rupanya dia tinggal berdua saja dengan cucunya.

Mak ayah cucunya dah lama meninggal dunia. Mereka cuma ada kereta Kelisa tu saja untuk bergerak ke sana sini.

Tengok keadaan mereka yang serba kekurangan, saya jadi sayu. Terbayang abah saya di rumah. Saya tak sampai hati nak ambil duit tu, malah saya pulangkan semula beserta sedikit sumbangan tambahan.

Kadang-kadang kita rasa hidup kita dah cukup susah, tapi sebenarnya ada orang lain yang jauh lebih menguji kesabaran.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan sentiasa dikelilingi orang-orang yang baik. Insya-Allah.

Sumber: Threads mubinnnz

Respek la sikit dengan Jamel..
21/04/2026

Respek la sikit dengan Jamel..

Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Bahagian Parit Sulong, Datuk Ariss Samsudin keluar mengisytihar ...
21/04/2026

Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Bahagian Parit Sulong, Datuk Ariss Samsudin keluar mengisytihar keluar Bersatu dan kembali ke pangkuan UMNO melalui inisiatif Rumah Bangsa.

Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata, kepulangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu amat bermakna dan pihaknya amat berbesar hati menerimanya.

β€œKita yakin kepulangan Datuk Ariss ke dalam mampu menjadi pengaruh kepada banyak lagi individu khususnya kepada pengikutnya untuk melakukan tindakan sedemikian.



Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

Address

4-G-14 TINGKAT SRI GENTING 1 TAMAN SRI INDAH
Balik Pulau
11000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Abang Tanjung Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share