06/08/2026
Assalamualaikum semua 🥰
Alhamdulillah ✨, bulan Julai 2026 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pelatih Kelas Pra PPKI di PPDK 📚. Jom kita tengok gelagat dan usaha mereka dari minggu ke minggu! 😊📸
📌 Berikut adalah senarai aktiviti beserta beberapa gambar pelatih semasa menjalankan aktiviti di PPDK. 📝🏫
MINGGU 1
Aktiviti sensori:
• Merasa permukaan lembut, keras, licin dan kasar.
Numerasi:
• Padanan nombor 1-6.
Latihan fokus & Koordinasi mata dan tangan:
• Menyepit kertas kecil pada tali.
Kecerdasan:
• Membezakan saiz (kecil, besar, panjang, pendek)
MINGGU 2
Motor kasar:
• Meniti di atas tapak bergerigi.
Latihan fokus & Motor halus:
• Memasukkan tali ke lubang pada pinggan kertas.
Latihan fokus & Koordinasi mata dan tangan:
• Menyusun pinggan kertas dan cawan plastik secara berselang-seli menjadi menara.
Literasi:
• Menyurih corak zigzag.
Numerasi:
• Padanan nombor dan bilangannya (1-4).
Motor kasar & Kecerdasan:
• Melompat sambil mengepit bola dan memadankan warna.
MINGGU 3
Literasi:
• Menyurih nama sendiri.
Kecerdasan:
• Padanan huruf kecil dengan besar (A-Z).
Latihan pertuturan:
• Meniup bebola kapas mengikut warna pada laluan yang betul.
Motor kasar:
• Menendang bola masuk ke gol.
Kemahiran pra vokasional:
• Sapu jem di atas roti.
Motor halus & Latihan fokus:
• Melekatkan sticker pada garisan lurus.
• Puzzle gambar haiwan.
Motor kasar & Latihan fokus:
• Membaling bola kecil pada dinding bergam.
MINGGU 4
Urus diri:
• Latihan memakai bedak di muka.
Motor kasar & Kecerdasan:
• Melompat ke dalam gelung mengikut arah.
Latihan fokus & Koordinasi mata dan tangan:
• Mengasingkan warna menggunakan magnet.
Latihan pertuturan:
• Meniup cawan plastik yang tergantung pada tali.
Kraf kreatif:
• Menghasilkan kraf ikan paus.
Tingkah laku & Emosi:
• Menunjukkan espresi muka gembira, sedih, marah dan terkejut.
MINGGU 5
Pra vokasional & Motor halus:
• Menggunting straw gambaran kepada kuku.
Pengurusan tingkah laku & Latihan fokus:
• Menggulung tali gambaran kanak-kanak sedang makan spageti.
Motor halus & Kecerdasan:
• Aktiviti padanan warna menggunakan penyepit berwarna.
Pra vokasional:
• Mencucuk potongan buah pada lidi.
Literasi:
• Menulis semula huruf ABCDE.
Motor kasar:
• Membuat gerakan tangan mengikut gambar yang diberi.
Motor halus & Latihan fokus:
• Mengambil getah di dalam air menggunakan straw dan masukkan ke kon plastik.
Kecerdasan:
• Membezakan besar dan kecil.
Terima kasih semua atas segala sokongan yang diberikan kepada pelatih PPDK 💕. Semoga setiap kesungguhan mereka terus menjadi kebanggaan buat kita semua 🌻✨.