Malaysia Corruption Watch - MCW

Call Directions Website Contact the organization

Malaysia Corruption Watch - MCW Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malaysia Corruption Watch - MCW, Community Organization, No. B-2-1A, Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana, balakong.

Budget 2027: Where law, politics and public money meet - https://go.shr.lc/4emjfQbDISKUSI MCW*BELANJAWAN 2027: WANG RAKY...
12/10/2026

Budget 2027: Where law, politics and public money meet - https://go.shr.lc/4emjfQb

DISKUSI MCW

*BELANJAWAN 2027: WANG RAKYAT BUKAN MILIK KERAJAAN, KUASA MEMBELANJAKANNYA BUKAN CEK KOSONG!*

PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MCW) 12 Oktober 2026

Penulisan Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos bertajuk “Budget 2027: Where Law, Politics and Public Money Meet” membangkitkan persoalan penting mengenai hubungan antara kuasa politik, undang-undang dan tanggungjawab mengurus wang rakyat.

MCW berpandangan bahawa Belanjawan Negara bukan sekadar dokumen mengagihkan bantuan, subsidi dan projek pembangunan. Ia merupakan amanah besar yang wajib dipertanggungjawabkan kepada rakyat.

*Hakikatnya, kerajaan hanyalah pemegang amanah wang awam, bukannya pemilik mutlak dana negara.*

Perkara 96, 97, 99 dan 100 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerangka perundangan berkaitan percukaian, Kump**an Wang Disatukan, penyata kewangan tahunan dan kelulusan perbelanjaan melalui Parlimen.

Namun, persoalan lebih besar ialah sejauh manakah mekanisme semak dan imbang benar-benar berfungsi?

*MCW menggariskan lima persoalan utama:*

1\. Ketelusan: Adakah setiap peruntukan mempunyai justifikasi, penerima manfaat dan ukuran keberhasilan yang jelas?

2\. Integriti: Adakah projek kerajaan dilaksanakan melalui proses perolehan yang adil, kompetitif dan bebas daripada konflik kepentingan?

3\. Akauntabiliti: Siapakah yang bertanggungjawab apabila berlaku ketirisan, pembaziran atau kegagalan projek?

4\. Kelestarian fiskal: Adakah hutang hari ini membiayai pembangunan produktif atau sekadar memenuhi tuntutan politik jangka pendek?

5\. Pengawasan Parlimen: Adakah wakil rakyat benar-benar meneliti perbelanjaan atau sekadar mempertahankan pendirian parti masing-masing?

*MCW menegaskan bahawa bantuan rakyat tidak wajar dipolitikkan, manakala pembangunan negara tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan ketelusan.*

Pelaksanaan reformasi perolehan kerajaan, pengisytiharan kepentingan dan pemantauan bebas mesti diterjemahkan kepada tindakan nyata.

Belanjawan yang besar tidak semestinya belanjawan yang baik. Ukuran kejayaannya ialah sejauh mana setiap ringgit menghasilkan manfaat sebenar tanpa ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

*Akhirnya, rakyat perlu bertanya:*

“Selepas wang dibelanjakan, siapa mendapat manfaat, siapa memperoleh kontrak dan siapa bertanggungjawab jika wang itu hilang?”

Kerana wang rakyat bukan hadiah politik. Ia amanah negara!

*RASUAH MUSUH NO. 1 NEGARA!*

As we continue examining Budget 2027, we should look beyond the question, "What am I getting?" We should also ask: "Why is it being spent this way? Is the expenditure sustainable? And will this decision still look sensible after the next election is over?"

https://youtube.com/shorts/HWCQ0b53fmU?si=GFabeHHAJn-5cQ0-DISKUSI MCW | 12 OKTOBER 2026**NOBEL KEAMANAN 2026: NAVI PILLA...
12/10/2026

https://youtube.com/shorts/HWCQ0b53fmU?si=GFabeHHAJn-5cQ0-

DISKUSI MCW | 12 OKTOBER 2026*

*NOBEL KEAMANAN 2026: NAVI PILLAY DIIKTIRAF DUNIA, BILAKAH MALAYSIA AKAN MENYUSUL?*

Penganugerahan Hadiah Nobel Keamanan 2026 kepada Navanethem “Navi” Pillay, tokoh perundangan dan hak asasi manusia dari Afrika Selatan, merupakan pengiktirafan terhadap perjuangan panjang beliau mempertahankan keadilan, keamanan dan kedaulatan undang-undang antarabangsa.

Pillay, bekas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), diumumkan sebagai penerima pada 9 Oktober 2026 atas sumbangannya memperkukuh undang-undang antarabangsa dan memperjuangkan pertanggungjawaban terhadap jenayah kemanusiaan.

*Persoalannya, bilakah Malaysia akan melahirkan penerima Hadiah Nobel Keamanan atas nama individu atau organisasi negara sendiri?*

Malaysia sebenarnya mempunyai sejarah sumbangan kepada keamanan antarabangsa melalui diplomasi, misi pengaman, bantuan kemanusiaan dan kerjasama pelbagai hala. Malah, rakyat Malaysia pernah berkongsi kejayaan Nobel melalui perkhidmatan dalam organisasi antarabangsa yang menerima anugerah tersebut, termasuk OPCW pada 2013.

Namun, pengiktirafan Nobel bukan sekadar mengenai kedudukan politik, pop**ariti atau gelaran seseorang. Ia menuntut sumbangan luar biasa yang memberi kesan berkekalan kepada keamanan dan kemanusiaan.

MCW berpandangan bahawa keamanan sebenar tidak boleh dipisahkan daripada integriti, keadilan, hak asasi manusia dan pemerintahan yang bebas daripada rasuah.

Rasuah yang berleluasa boleh melemahkan institusi, menjejaskan kepercayaan rakyat dan menghakis kestabilan sesebuah negara.

Malaysia perlu melahirkan lebih ramai tokoh masyarakat sivil, pejuang antirasuah, pendamai konflik dan pembela kemanusiaan yang berani mempertahankan prinsip walaupun berdepan tekanan.

Perjuangan mereka mesti melangkaui sempadan negara serta menghasilkan perubahan yang nyata dan diiktiraf masyarakat antarabangsa.

*Bagi MCW, cita-cita meraih Nobel bukanlah mustahil.* Namun, anugerah itu tidak sepatutnya menjadi matlamat utama. Sebaliknya, ia harus menjadi hasil daripada perjuangan ikhlas, konsisten dan berintegriti.

Malaysia tidak perlu menunggu seorang pemenang Nobel untuk membuktikan kehebatan negara. Malaysia perlu terlebih dahulu membina masyarakat yang mengangkat keadilan mengatasi kepentingan, integriti mengatasi kuasa dan keamanan mengatasi perpecahan.

Rasuah Musuh No. 1 Negara!

*DISKUSI MCW**KERUGIAN PELABURAN BUKAN SEMESTINYA RASUAH, TETAPI KEGAGALAN TADBIR URUS TIDAK BOLEH DIBIARKAN!*Malaysia C...
11/10/2026

*DISKUSI MCW*

*KERUGIAN PELABURAN BUKAN SEMESTINYA RASUAH, TETAPI KEGAGALAN TADBIR URUS TIDAK BOLEH DIBIARKAN!*

Malaysia Corruption Watch (MCW) berpandangan bahawa kerugian pelaburan, kegagalan perniagaan atau hutang tertunggak tidak secara automatik membuktikan berlakunya jenayah rasuah.

Namun, adakah ini bermakna seseorang menteri boleh melepaskan tanggungjawab apabila ratusan juta ringgit wang rakyat mengalami kerugian?

Jawapannya, TIDAK!

*Perlu dibezakan antara tiga perkara:*

1. Kerugian komersial akibat risiko pasaran atau keputusan perniagaan yang dibuat secara sah.

2. Kecuaian dan kegagalan tadbir urus akibat kelemahan pengawasan, ketidakpatuhan prosedur atau kegagalan melindungi kepentingan awam.

3. Perbuatan jenayah yang melibatkan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa atau penyelewengan secara tidak jujur.

Dalam isu Tabung Haji, KWAP mahupun tunggakan kutipan hasil kerajaan seperti kes JPJ, prinsip penyiasatan mestilah konsisten.

*MCW mengemukakan beberapa persoalan penting.*

Mengapa kerugian tertentu membawa kepada siasatan jenayah, sedangkan kerugian lain sekadar dijawab melalui penjelasan pentadbiran?

Siapakah yang meluluskan transaksi? Siapakah yang memantau? Adakah amaran audit diabaikan? Wujudkah konflik kepentingan atau campur tangan politik?

*SPRM mesti menyiasat berdasarkan bukti, bukan berdasarkan jawatan, pengaruh politik atau tekanan persepsi awam.*

Pada masa sama, reman ialah mekanisme membantu siasatan, bukannya hukuman atau bukti kesalahan.

MCW menegaskan bahawa keadilan bukan bermaksud semua menteri mesti ditangkap, tetapi semua menteri mesti tertakluk kepada standard akauntabiliti yang sama.

Jangan jadikan kerugian komersial sebagai jenayah tanpa bukti. Namun, jangan p**a berselindung di sebalik alasan risiko perniagaan untuk menutup penyelewengan.

*WANG RAKYAT MESTI DIPERTANGGUNGJAWABKAN. UNDANG-UNDANG MESTI DITEGAKKAN TANPA PILIH KASIH.*

RASUAH MUSUH NO. 1 NEGARA!

Malaysia Corruption Watch (MCW)
11 Oktober 2026

10/10/2026

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti semula dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata arahan penubuhan pasukan khas itu dikeluarkan segera susulan gesaan serta penularan semula isu berkenaan baru-baru ini.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan integriti SPRM terus terpelihara dan keyakinan masyarakat terhadap institusi pencegahan rasuah itu tidak terjejas.

Berita penuh di https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2618347

10/10/2026

SPRM KESAN SITI SHUHAIDA BINTI YAACOB BAGI BANTU SIASATAN KES

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita warganegara Malaysia bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Siti Shuhaida binti Yaacob, 38, telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesan telah dibuat di alamat terakhir di No 12, Kampung Huma Kubor Panjang 06760 Pendang, Kedah.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Mohd Zul Alif Bin Zuber di talian 013-4587028 atau emel [email protected].

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
PUTRAJAYA

10 OKTOBER 2026

10/10/2026

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA MCW–AHK 2026: MENGHARGAI LEGASI DATUK ABDUL HALIM KADER, MEMBINA GENERASI MUDA BERINTEGRITI

KAJANG, 10 Oktober 2026 – Kejohanan Sepak Takraw Piala MCW–AHK 2026 anjuran Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berlangsung dengan meriah di Taman Prima Saujana, Seksyen 2, Kajang, hari ini, sekali gus mencatat sejarah sebagai kejohanan sulung di Malaysia yang menggunakan nama tokoh sepak takraw antarabangsa, Datuk Abdul Halim Kader (AHK).

Kejohanan yang mempertandingkan dua kategori umur, iaitu bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun, bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat muda dalam sukan sepak takraw, malah menjadi wadah menghargai sumbangan besar Datuk Abdul Halim Kader terhadap pembangunan dan pengantarabangsaan sukan tradisional ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Mazlan Ahmad, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat MCW, yang turut memberikan sokongan terhadap usaha MCW memperluas kegiatan kemasyarakatan melalui pembangunan sukan dan pembentukan sahsiah generasi muda.

MENGHARGAI LEGASI DATUK ABDUL HALIM KADER

Penganjuran Piala MCW–AHK 2026 membawa makna yang cukup istimewa kerana ia merupakan penghormatan MCW kepada Datuk Abdul Halim Kader, tokoh yang telah banyak menabur jasa dalam pembangunan sukan sepak takraw di peringkat Asia dan antarabangsa.

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai pemimpin utama dalam Asian Sepaktakraw Federation (ASTAF), malah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan MCW sejak awal penubuhannya.

Datuk Abdul Halim Kader merupakan Penasihat Emeritus MCW sejak organisasi ini ditubuhkan pada 24 Julai 2017. Sepanjang tempoh tersebut, beliau sentiasa memberikan sokongan, pandangan dan dorongan terhadap usaha MCW memperkukuh budaya integriti, kepimpinan beretika dan tanggungjawab sosial.

MCW amat menghargai jasa, persahabatan serta komitmen berterusan beliau, bukan sahaja terhadap pembangunan sukan sepak takraw, tetapi juga terhadap perjuangan membina masyarakat yang berintegriti.

Justeru, penganjuran kejohanan yang menggunakan nama beliau merupakan suatu penghormatan dan pengiktirafan terhadap legasi kepimpinan, pengorbanan serta sumbangannya dalam memperkasakan sukan sepak takraw.

Kejohanan sulung ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada usaha menjadikan Piala MCW–AHK sebagai acara pembangunan bakat muda yang dapat diteruskan pada masa hadapan.

HUBUNGAN MCW DENGAN ASTAF DAN ISTAF

Penglibatan MCW dalam sukan sepak takraw turut diperkukuh melalui hubungan rapat Presidennya, Haji Jais Abdul Karim, dengan Asian Sepaktakraw Federation (ASTAF) dan International Sepaktakraw Federation (ISTAF).

Presiden MCW turut terlibat secara aktif dalam pelbagai kejohanan sepak takraw antarabangsa sebagai International Technical Official (ITO), anggota juri pertandingan dan dalam urusan berkaitan etika serta integriti sukan.

Beliau juga memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Etika dan Integriti ASTAF.

Antara penglibatan terbaharu beliau ialah dalam temasya Sukan Asia Aichi–Nagoya 2026 di Jepun, yang memperlihatkan peranan pegawai teknikal antarabangsa dalam memastikan pertandingan berlangsung secara profesional, adil dan mematuhi peraturan.

Pengalaman tersebut menjadi antara dorongan kepada MCW untuk mengembangkan pendekatan pendidikan integriti melalui aktiviti sukan di peringkat akar umbi.

Bagi MCW, sukan bukan sekadar pertandingan untuk menentukan kemenangan, sebaliknya merupakan medan mendidik generasi muda tentang kejujuran, disiplin, amanah, semangat berpasukan, menghormati pengadil dan menerima keputusan pertandingan secara terbuka.

CLOUD 9 JUARA KATEGORI BAWAH 18 TAHUN

Dalam pertandingan kategori bawah 18 tahun, pasukan Cloud 9 muncul juara selepas menewaskan Hulu Rangers dalam perlawanan akhir.

Hulu Rangers terpaksa berpuas hati sebagai naib johan, manakala Keris Mas dan Kesemas B berkongsi kedudukan tempat ketiga.

Keputusan rasmi kategori bawah 18 tahun:

- Johan: Cloud 9
- Naib Johan: Hulu Rangers
- Ketiga Bersama: Keris Mas
- Ketiga Bersama: Kesemas B

Pertandingan kategori ini menyaksikan persaingan sengit antara pasukan yang mempamerkan kemahiran teknikal, ketangkasan dan semangat juang yang tinggi.

EMPAT PASUKAN BAWAH 12 TAHUN DIISTIHARKAN JUARA BERSAMA

Sementara itu, pertandingan kategori bawah 12 tahun menyaksikan empat pasukan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, iaitu Sekita Fighter, Sederap A, Jempol Fighter dan Warisan B.

Bagaimanapun, keadaan hujan lebat yang melanda kawasan pertandingan serta waktu Maghrib yang telah masuk menyebabkan baki perlawanan tidak dapat diteruskan seperti dirancang.

Setelah mengambil kira aspek keselamatan pemain, keadaan gelanggang dan kesesuaian masa, keempat-empat pasukan mencapai persetujuan bersama untuk tidak meneruskan pertandingan.

Kesemua empat pasukan tersebut kemudiannya diisytiharkan sebagai JUARA BERSAMA kategori bawah 12 tahun dan bersetuju berkongsi hadiah pertandingan.

Keputusan ini memperlihatkan semangat muafakat, toleransi, persefahaman dan kesukanan yang tinggi dalam kalangan pasukan, jurulatih serta pihak penganjur.

MCW menyifatkan persetujuan tersebut sebagai contoh terbaik bahawa nilai persahabatan, keselamatan dan kebersamaan adalah lebih utama daripada mengejar kemenangan semata-mata.

Keputusan rasmi kategori bawah 12 tahun – Johan Bersama:

1. Sekita Fighter
2. Sederap A
3. Jempol Fighter
4. Warisan B

SUKAN SEBAGAI MEDIUM PEMBENTUKAN INTEGRITI

MCW berpandangan bahawa usaha membudayakan integriti perlu bermula sejak usia muda, termasuk melalui kegiatan sukan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

Sepak takraw sebagai sukan warisan yang mempunyai akar budaya kukuh dalam masyarakat Malaysia mampu menjadi medium berkesan untuk membina disiplin, keyakinan diri, ketahanan mental dan semangat kerjasama.

Penganjuran Piala MCW–AHK juga memperlihatkan bahawa agenda antirasuah dan integriti tidak seharusnya terbatas kepada ceramah, seminar atau kempen kesedaran semata-mata.

Sebaliknya, nilai integriti perlu diterapkan melalui pengalaman sebenar, termasuk ketika bertanding, mematuhi peraturan, menghormati lawan dan menerima keputusan secara berhemah.

MCW berharap kejohanan ini dapat membuka ruang kerjasama lebih luas dengan komuniti sepak takraw, persatuan sukan, sekolah, ibu bapa serta pertubuhan masyarakat dalam usaha membangunkan bakat muda yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan, tetapi turut memiliki keperibadian mulia.

PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK

MCW merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Mazlan Ahmad atas kesudian menyempurnakan majlis perasmian kejohanan serta memberikan sokongan kepada program pembangunan sukan akar umbi.

Penghargaan istimewa turut ditujukan kepada Datuk Abdul Halim Kader atas jasa dan sumbangan beliau kepada dunia sepak takraw serta kesetiaan dan komitmennya sebagai Penasihat Emeritus MCW sejak tahun 2017.

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada semua jawatankuasa penganjur, pegawai teknikal, pengadil, sukarelawan, jurulatih, ibu bapa, penaja dan seluruh pasukan yang mengambil bahagian.

MCW berharap Piala MCW–AHK akan terus berkembang sebagai kejohanan yang menggabungkan kecemerlangan sukan, pembangunan bakat muda dan pembudayaan integriti dalam masyarakat.

“SUKAN MENYATUKAN KITA, INTEGRITI MEMBINA NEGARA.”

“RASUAH MUSUH NO. 1 NEGARA.”

Disediakan oleh:
Unit Media dan Komunikasi
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)
10 Oktober 2026

https://vt.tiktok.com/ZSbW8boVV/*Terima kasih Dato Dr Mazlan Ahmad, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat MCW atas kesudian m...
10/10/2026

https://vt.tiktok.com/ZSbW8boVV/
*Terima kasih Dato Dr Mazlan Ahmad, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat MCW atas kesudian merasmikan Kejohanan Sepaktakraw Piala MCW AHK sebentar tadi.*

*ATURCARA PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW PIALA MCW - AHK - Gen Z*10 Oktober 20268:00 pagi – 8:30 pagiPendaftaran Pemain8:45 pa...
10/10/2026

*ATURCARA PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW PIALA MCW - AHK - Gen Z*
10 Oktober 2026

8:00 pagi – 8:30 pagi
Pendaftaran Pemain

8:45 pagi
Pertandingan Bermula

- Kategori Bawah 12 Tahun
- Kategori Bawah 18 Tahun

10:30 pagi
Majlis Perasmian
Dirasmikan oleh Dato’ Dr. Haji Mazlan, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat MCW

11:00 pagi
Pertandingan diteruskan sehingga semua perlawanan selesai.

3:00 petang / 4:00 petang
Majlis Penyampaian Hadiah

- Kategori Bawah 12 Tahun — Disampaikan oleh Haji Zubir
- Kategori Bawah 18 Tahun — Disampaikan oleh Anuar Sidik bin Yarudin, Naib Presiden 1 MCW

Waktu penyampaian hadiah tertakluk kepada masa sebenar tamatnya semua perlawanan.

08/10/2026
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2026/10/05/a-theory-on-why-malays-accept-corrupt-leadersMCW DISCUSSIO...
08/10/2026

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2026/10/05/a-theory-on-why-malays-accept-corrupt-leaders

MCW DISCUSSION

*CORRUPTION HAS NO RACE: CHALLENGING THE THEORY OF MALAY TOLERANCE TOWARDS CORRUPT LEADERS*

Malaysia Corruption Watch (MCW) acknowledges Professor Tajuddin Rasdi’s concerns regarding corruption and political accountability. However, his article, “A Theory on Why Malays Accept Corrupt Leaders,” raises important questions about evidence, generalisation and the dangers of interpreting corruption through an ethnic lens.

*Corruption is a governance problem, not a racial characteristic.*

The suggestion that Malays are more tolerant of corruption because they supposedly contribute less income tax is analytically questionable. Drawing broad conclusions from personal anecdotes involving family members and acquaintances does not constitute reliable empirical evidence.

Malaysia’s federal revenue structure is considerably more complex. The estimated RM343.1 billion in federal revenue for 2026 includes individual income tax, corporate taxation, Sales and Service Tax, petroleum-related revenue, dividends and other sources.

Individual income tax alone cannot establish which ethnic community ultimately finances the government. Corporate taxes, consumption taxes and indirect economic contributions involve Malaysians across communities.

More importantly, paying less direct income tax does not mean having less at stake in corruption. Every Malaysian suffers when public resources are misappropriated, essential services deteriorate or development opportunities disappear.

*Equally problematic is the assumption that voting for politicians facing corruption allegations necessarily indicates acceptance of corruption.*

Electoral behaviour involves competing considerations, including economic security, political loyalty, identity, religion, leadership, stability and perceived alternatives.

Malaysia’s historic 2018 general election demonstrates that political accountability can transcend established loyalties and ethnic boundaries.

*MCW maintains that corruption must never be normalised, regardless of who commits it or which political party benefits.*

We encourage academics, policymakers and civil society to examine corruption through credible research, comparative evidence and institutional analysis rather than sweeping ethnic generalisations.

*The fundamental question is not why Malays accept corrupt leaders, but why political systems sometimes allow corruption-tainted leadership to survive despite public awareness.*

Malaysia needs stronger institutions, transparent political financing, independent enforcement and voters empowered to demand accountability.

*Corruption has no race. Integrity must have no exceptions.*

HAJI JAIS ABDUL KARIM
President
Malaysia Corruption Watch (MCW)

BERANI • BENAR • BEBAS • BERINTEGRITI • BERBAKTI

RASUAH MUSUH NO. 1 NEGARA

Education, economy, religion and party sentiment are said to be among the factors influencing Malays’ attitudes towards corruption.

Address

No. B-2-1A, Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana
Balakong

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60105431472

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Corruption Watch - MCW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysia Corruption Watch - MCW:

Shortcuts

Share