Sahabat Ikram Titiwangsa

Sahabat Ikram Titiwangsa Berkongsi maklumat dan info, tentang program yang berlaku di Titiwangsa. Juga nasihat dan peringatan yang boleh mengikat hubungan sesama ahli.

Sukan untuk Belia 2026 dianjurkan oleh IKRAM Muda TitiwangsaAlhamdulillah, program sukan kali ke2 iaitu perlawanan badmi...
15/07/2026

Sukan untuk Belia 2026 dianjurkan oleh IKRAM Muda Titiwangsa

Alhamdulillah, program sukan kali ke2 iaitu perlawanan badminton telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 12 Julai 2026 bertempat di Sportizza Setapak.

Objektif program ialah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, merapatkan ukhuwah, dan membuka ruang dakwah buat belia berusia 15-30 tahun.

Seramai 12 penyertaan yang terdiri daripada 8 lelaki & 4 wanita telah hadir memeriahkan program. Program sukan akan diteruskan dengan perlawanan permainan yang lain pada masa hadapan.
Nantikan.




📢 PUSAKA, HIBAH & WASIAT  WAJIB TAHU SEBELUM TERLAMBAT! ❗ Ramai keluarga berdepan konflik kerana harta pusaka tidak diur...
06/07/2026

📢 PUSAKA, HIBAH & WASIAT
WAJIB TAHU SEBELUM TERLAMBAT!

❗ Ramai keluarga berdepan konflik kerana harta pusaka tidak diurus dengan betul.

❗ Ada yang menyangka hibah dan wasiat adalah perkara yang sama, sedangkan fungsinya berbeza.

❗ Kesilapan kecil hari ini boleh menyebabkan proses pembahagian harta mengambil masa bertahun-tahun.

💡 Sertai sesi perkongsian eksklusif bersama:

🎙️ Dr. Tajul Aris Ahmad Bustami
Pensyarah UIAM

🎤 Moderator:
Mohamad Amirul Mohamad Letfee
Presiden MFP

📅 12 Julai 2026 (Ahad)
🕘 9.15 malam – 10.45 malam
📍 Google Meet:
https://meet.google.com/itj-pxkr-gft
📍Youtube = https://www.youtube.com/watch?v=IdZfALp_kGU

Jangan tunggu sehingga berlaku kematian dalam keluarga baru ingin belajar tentang pusaka, hibah dan wasiat.

Anjuran bersama:
IKRAM Titiwangsa • IKRAM Wangsa Maju • IKRAM Lembah Pantai • IKRAM Setiawangsa • IKRAM Kawasan Batu • IKRAM Bandar Tun Razak • Al-Barqy Ngaji Online • Malaysian Association of Muslim Finance Professio

✨ IFTAR ASYURA IKRAM TITIWANGSA 2026 ✨Menghimpunkan Komuniti, Menghidupkan Sunnah Puasa AsyuraProgram Iftar Asyura IKRAM...
28/06/2026

✨ IFTAR ASYURA IKRAM TITIWANGSA 2026 ✨
Menghimpunkan Komuniti, Menghidupkan Sunnah Puasa Asyura

Program Iftar Asyura IKRAM Titiwangsa telah berjaya menghimpunkan lebih 150 orang warga komuniti dari PPR Jelatek, PPR SP2, Pangsa Murni dan PPR Hiliran Ampang dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan di Surau Jumaat Al-Falah, PPR Hiliran Ampang pada 26 Jun 2026 (Jumaat).

Majlis turut diserikan dengan pengisian ceramah oleh Ustaz Amin Khidzir(Asatizah IKRAM) bertajuk “Menyelami Puasa Muharam”, yang mengupas kelebihan bulan Muharam serta mengajak peserta menghayati amalan puasa Asyura sebagai satu sunnah yang penuh keberkatan.

Program ini bukan sekadar berbuka puasa bersama dan mengikuti ceramah, tetapi menjadi medan penyatuan hati, pengukuhan ukhuwah antara PPR sekitar Titiwangsa, serta usaha menghidupkan sunnah dalam kalangan masyarakat setempat.

Semoga pertemuan yang bermakna ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, kasih sayang dan kecintaan kepada amalan Islam dalam komuniti. 🤍✨










📚✨ KELAS MEMBACA PERCUMA DI PPR JELATEK ✨📚Masih ada anak Tahun 1, 2 atau 3 yang belum menguasai kemahiran membaca dengan...
19/06/2026

📚✨ KELAS MEMBACA PERCUMA DI PPR JELATEK ✨📚

Masih ada anak Tahun 1, 2 atau 3 yang belum menguasai kemahiran membaca dengan baik?

Alhamdulillah, setiap hari Sabtu, IKRAM Titiwangsa menjalankan kelas membaca khas untuk membantu anak-anak yang masih lemah dalam bacaan.

👩‍🏫 Guru-guru yang mengajar terdiri daripada anggota GEMA KL yang komited membantu anak-anak meningkatkan kemahiran membaca menggunakan Kaedah Cepat Baca AWAL, iaitu kaedah yang mudah, sistematik dan mesra kanak-kanak.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu lebih ramai anak-anak menguasai kemahiran membaca dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka di sekolah.

Terima kasih kepada para guru sukarelawan yang terus istiqamah menyumbang masa dan tenaga demi masa depan generasi muda. 🌹





🌙✨KULIAH DHUHA DI RAUDHAH PPR JELATEK & DOA SELAMAT ✨🌙Alhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Dhuha Jelatek yang diserta...
19/06/2026

🌙✨KULIAH DHUHA DI RAUDHAH PPR JELATEK & DOA SELAMAT ✨🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Dhuha Jelatek yang disertai seramai 27 orang warga PPR Jelatek.

Kuliah turut diselitkan dengan majlis doa selamat untuk Mak Ara yang akan menunaikan ibadah Umrah, dengan harapan semoga perjalanan beliau dipermudahkan dan dikurniakan Umrah yang mabrur.

Semoga kuliah Dhuha mingguan ini terus menguatkan ukhuwah dan menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT kepada semua yang hadir. 🤍

HADIS BERKAITAN HIJRAH Hijrah Menjadi Muslim SejahteraDaripada Abdullah bin Amru bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang musl...
17/06/2026

HADIS BERKAITAN HIJRAH

Hijrah Menjadi Muslim Sejahtera

Daripada Abdullah bin Amru bahawa Nabi SAW bersabda:
"Seorang muslim yang sebenar ialah orang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lidah dan tangannya. Dan seorang Muhajir (penghijrah) yang sebenar ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah "
(HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain melalui penjagaan lidahnya dengan bercakap benar, menjauhi umpatan, fitnah, menyebarkan berita palsu, adu domba juga mengelakkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.

2. Menurut Ibn Hajar, lidah disebut terlebih dahulu kerana kebanyakan dosa yang merosakkan hubungan sesama manusia bermula daripada percakapan. Pada zaman moden, termasuk dalam makna "lidah" ialah tulisan di media sosial, komen di internet, mesej dan hantaran digital.

3. Muslim yang sempurna juga merupakan seorang yang sejahtera kepada orang lain melalui tangan atau perbuatannya seperti mengambil hak orang lain, menipu, menzalimi, merosakkan harta orang, menyalahguna kuasa, penindasan hak, mencuri dan sebagainya.

4. Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

5. Muhajir atau seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan dosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala, daripada kelalaian kepada ketaatan.

6. Hijrah dengan meninggalkan segala bentuk larangan Allah, meninggalkan sifat mazmumah seperti hasad, takabur, riak adalah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

7. Dalam era media sosial, ramai orang tidak memukul dengan tangan, tetapi menyakiti manusia melalui hantaran di media sosial, komen yang menghina, penyebaran berita palsu juga fitnah dan tohmahan. Oleh itu, seorang Muslim perlu bertanya kepada dirinya: “Adakah orang lain merasa selamat daripada lidah, tulisan dan tindakanku?”

8. Hadis ini mengajar kita bahawa seorang Muslim yang sebenar ialah yang menjaga akhlak terhadap sesama manusia dan berusaha menjauhi segala bentuk dosa. Ia menekankan pentingnya menjadi insan yang membawa keamanan dan kebaikan dalam masyarakat serta berhijrah sikap dan amal dengan meninggalkan larangan Allah.

9. Marilah kita melakukan pengorbanan untuk perubahan yang lebih cemerlang. Ayuhlah berhijrah dari maksiat kepada ketaatan, dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah.

AL-BARQY NGAJI ONLINE
di bawah IKRAM TITIWANGSA

Kredit to IKRAM JOHOR

Jom sertai Talk Online360 Siri Ke-2: Menjawab Isu Darah Wanita untuk kupasan yang lebih mendalam, jelas dan mudah difaha...
27/05/2026

Jom sertai Talk Online360 Siri Ke-2:
Menjawab Isu Darah Wanita untuk kupasan yang lebih mendalam, jelas dan mudah difahami.

🎙️ Ustazah Dr. Anisah Ab Ghani
Pakar Fiqh Wanita & Ahli Majlis Syariah IKRAM

🗓️ Ahad | 7 Jun 2026
⏰ 9.15 – 10.45 malam

📍 Google Meet:
https://meet.google.com/itj-pxkr-gft
📍 YouTube:
https://www.youtube.com/watch?v=LqHopAABL5Q

✨ Sambungan daripada Siri 1 – kupasan lebih terperinci & menjawab isu-isu lanjutan yang sering mengelirukan
✨ Penyampaian santai, berlandaskan dalil
✨ Sesuai untuk wanita semua peringkat usia

Anjuran
IKRAM Titiwangsa
IKRAM Wangsa Maju
IKRAM Setiawangsa
IKRAM Lembah Pantai
IKRAM Batu
IKRAM Bandar Tun Razak
Albarqy Ngaji Online

Supaya tidak ketinggalan dengan tajuk-tajuk Talk yang menarik, Follow Talk Online360 channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VbCoDTl6RGJBTFYPeD3p




🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙IKRAM Titiwangsa dan Al-Barqy Ngaji Online mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha ...
26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

IKRAM Titiwangsa dan Al-Barqy Ngaji Online mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha khususnya kepada semua pelajar al-Barqy Ngaji Online dan semua ahli IKRAM Titiwangsa serta keluarga yang dikasihi amnya.

Semoga Aidiladha ini menyemarakkan semangat pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian terhadap masyarakat, dengan terus menyumbang masa, tenaga dan usaha demi membina ummah serta membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan. Semoga teladan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi inspirasi untuk kita terus berbakti dan berkorban demi agama, keluarga dan masyarakat.

Ikhlas daripada IKRAM Titiwangsa
& Al-Barqy Ngaji Online




Selamat Datang 1 Zulhijah 1447H bersamaan Isnin 18 Mei 2026M.Reminder untuk mereka yang berdftar untuk berkorban tahun i...
16/05/2026

Selamat Datang 1 Zulhijah 1447H bersamaan Isnin 18 Mei 2026M.

Reminder untuk mereka yang berdftar untuk berkorban tahun ini.





Address

Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Ikram Titiwangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share