28/04/2026
Tahniah Usahanita Jempol atas kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-4 yang telah berlangsung dengan jayanya. πΉ
Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada puan pengerusi, setiausaha, barisan EXCO negeri serta semua yang sudi meluangkan masa hadir bersama-sama menjayakan AGM Usahanita Jempol.
Tahniah juga kepada seluruh ahli Usahanita Jempol yang sentiasa bersepakat, komited dan terus memberi sokongan untuk meneruskan perjuangan persatuan ini. Kesepakatan serta semangat yang ditunjukkan membuktikan bahawa anda semua wanita hebat, kuat dan luar biasa. πΉ
Semoga silaturahim, semangat kerjasama dan kebersamaan ini terus erat terjalin demi kemajuan persatuan serta kejayaan semua ahli pada masa hadapan. Usahanita Jempol terus maju dan cemerlang. Anda semua memang hebat! πͺβ¨
AGM Jempol
26/04/26
Masjid Jamek Bahau