Majlis Belia Daerah - Mbd Jempol

Majlis Belia Daerah - Mbd Jempol Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bergerak sebagai badan induk di Jempol bagi menyelaraskan pentad

SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH JEMPOL9 Mei 2026 – Program Semarak Belia @ Hari B...
09/05/2026

SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH JEMPOL

9 Mei 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Tahun 2026 Peringkat Daerah Jempol bertemakan Menggerak Belia telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Shamsulkahar Bin Hj Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA. Turut hadir memeriahkan majlis ini, En. Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Nor Rashidi Bin Hj Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Dr. Nor Rumaizah Binti Mohd Nordin Pegawai Kesihatan Daerah II Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Saudara Mohd Fairos bin Rosli Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, En. Faizal Bin Otthman Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol serta ketua - ketua jabatan Daerah Jempol.

Program ini telah dihadiri hadir oleh penduduk setempat, pelajar sekolah,wakil jabatan kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Angkatan Pertahanan Awam Jempol,PDRM Jempol,Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Jempol,Majlis Perbandaran Kemas Daerah Jempol Aadk Jempol Aadk Jempol dan lain-lain lagi..Turut diadakan gerai jualan,pameran agensi kerajaan dan jualan rahmah bagi memeriahkan program

Antara aktiviti program yang dijalankan adalah seperti :-

🎙️Pertandingan Karaoke
🎨Pertandingan Mewarna
🏋🏼‍♂️Jom Fit Jempol 8.0
⚽️Kejohanan Futsal Piala Ahli
Parlimen Jempol sempena SB@HBN
🤠 Explorace - Day (kerjasama KKM
👮🏼 Pameran Agensi Beruniform (PDRM,BOMBA,APM,AADK dan KKM Wellness on Wheel)
📕Pendedahan Pelan Pendidikan dari MARA , FELDA dan PTPTN
👶🏼 Ceramah Keibubapaan Progresif

Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun akan datang




Orang Jempol pelbagai generasi dah sedia? 🔊Ayuh kita meriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 yang bakal berlangsung ti...
08/05/2026

Orang Jempol pelbagai generasi dah sedia? 🔊

Ayuh kita meriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 yang bakal berlangsung tidak lama lagi! Dengan tema "Menggerak Belia", pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua—dari sukan lasak hingga ke seni kreatif!

Antara tarikan utama:
⚽️Kejohanan Futsal (Piala Ahli Parlimen Jempol)
🧵 Demonstrasi Jahitan (Jom belajar teknik & skil baru!)
🎤 Pertandingan Karaoke
🏃 JomFit Jempol 8.0
💼 Booth Pameran Kerjaya & Kepimpinan
👨‍👩‍👧‍👦 Pertandingan Mewarna & Ceramah Keibubapaan
🩺 Pemeriksaan Kesihatan & Gigi PERCUMA!
🤠 Aktiviti Explorace
🍿 Gerai Jualan
🍚 Jualan Rahmah


Jangan lepaskan peluang untuk asah bakat dan tambah ilmu. Jumpa anda di sana !

🗓️ Tarikh: 09 Mei 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol
⏰ Masa: Bermula 8.00 pagi hingga petang

Jumpo di sano yo dan selamat menyambut Hari Belia Negara buat semuo !

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H.Ramadan mengajar kita erti pengorbanan, kesederhana...
18/02/2026

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H.

Ramadan mengajar kita erti pengorbanan, kesederhanaan dan keprihatinan kepada golongan yang memerlukan. Semoga segala usaha, doa & amal kebajikan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan ini diterima serta menjadi asbab kepada keberkatan dalam kehidupan kita. Marhaban Ya Ramadan.

11/12/2025
11/12/2025
15-16 November 2025- Telah berlangsungnya Program Pemerkasaan Dan Kepimpinan Belia Madani 2025 serta Mesyuarat Agung Maj...
16/11/2025

15-16 November 2025- Telah berlangsungnya Program Pemerkasaan Dan Kepimpinan Belia Madani 2025 serta Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah - Mbd Jempol Kqli Ke-17/2025 bertempat di Kem Kokurikulum Melaka,Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Program selama 2 hari 1 malam ni telah dihadiri oleh peserta merangkap perwakilan yang terdiri daripada badan gabungan MBD Jempol. Pada hari pertama program telah diadakan slot khas bertajuk "Transisi Belia Berumur 30 tahun ke bawah" yang disampaikan oleh En.Noor Muhammad Asri drpd Pejabat ROY Zon Selatan. Seusai habis program,peserta dipersembahkan dengan aktiviti outdoor iaitu "wall climbing" dan "water rafting". Pada sebelah malamnya telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan MBD Jempol Kali ke-17/2025 yang dirasmikan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan YBhg En Mohd Fairos Bin Rusli . Turut hadir ialah En Nor Rashidi Ramdzan selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pbsd Jempol N. Sembilan

Pada hari ke-2 program iaitu hari terakhir,seawal pagi peserta telah menjalankan aktiviti kayuhan berbasikal mengelilingi kem sejauh 8km. Pada jam 12.00 t/hari majlis penutup dan penyampaian sijil telah disampaikan oleh Pengerusi MBD Jempol iaitu En Faizal Otthman . Tidak dilupakan kepada Persatuan Belia Orang Asli Daerah Jempol yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi. Kami bawa khas peserta tersebut ke program ini untuk memberikan pendedahan awal dan tetap membantu seadanya. Sekali lagi diucapkan terima kasih dan tahniah kepada para peserta yang komited memberikan kerjasama terbaik sepanjang program ini. Tidak dilupakan ucapan tahniah dan teruma kasih kepada barisan kepimpinan MBD Jempol yang banyak membantu menjayakan program secara langsung atau tidak.

Diharapkan MBD Jempol dapat melahirkan pelapis belia yang rela dipimpin dan memimpin agar dapat berterusan menerajui persatuan belia dalam daerah Jempol. Bermula 1/1/2026, semua kepimpinan belia dalam Malaysia adalah wajib berumur 18-40 thn. Semoga semua peserta mendapat sesuatu di dalam program ini.

Alhamdulillah,program berjaya dan tahniah!!



MAJLIS PENUTUP PROJEK APPGM-SDG UPTM DI KAMPUNG PANCHOR, JEMPOL4 OKTOBER 2025 | DEWAN RAKAN MUDA JEMPOLJEMPOL, 4 Oktober...
04/10/2025

MAJLIS PENUTUP PROJEK APPGM-SDG UPTM DI KAMPUNG PANCHOR, JEMPOL
4 OKTOBER 2025 | DEWAN RAKAN MUDA JEMPOL

JEMPOL, 4 Oktober – Universiti Poly-Tech MARA (UPTM) hari ini telah menganjurkan Majlis Penutup Projek All Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) yang berlangsung di Dewan Rakan Muda Jempol. Program ini merupakan inisiatif UPTM dalam menyokong Agenda Pembangunan Mampan (SDG) menerusi penglibatan komuniti setempat, khususnya masyarakat Orang Asli Kampung Panchor.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Mazlan bin Yakoob, Pegawai Seranta (Pendidikan) Parlimen Jempol, yang hadir sebagai wakil rasmi perasmi. Turut hadir memeriahkan majlis ialah:

YBhg. Encik Jamiri bin Taman, Pegawai JAKOA Daerah Jempol

YBhg. Dr. Mohd Zuri bin Ghani, Ketua Projek SDG Kampung Panchor

YBerusaha En Faizal Otthman, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol

YBerusaha Encik Muhammad Zulkarnaen bin Ab Razak, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol

YBerusaha Encik Tauw Fek bin Maslam, Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Daerah Jempol merangkap Pengerusi Majlis Belia Felda (M) Wilayah Raja Alias

Projek APPGM-SDG ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti melalui pendidikan, pembangunan belia, serta peningkatan taraf sosioekonomi selari dengan aspirasi Dasar Pembangunan Mampan negara.

Pelaksanaan projek diketuai oleh pasukan fasilitator UPTM yang terdiri daripada pelbagai fakulti, antaranya:

Dr. Mohd Zuri Ghani (FESSH)

Madam Azie Azlina (FESSH)

Dr. Muhammad Amran (FCOM)

Dr. Mohd Nor Afiq Ramlee (FCOM)

Dr.Muhammad Nizam Adha (FCOM)

En.Muhammad Amin (FCOM)

Dr. Syatila (FABA)

PM Dr. Hirnissa (IGS)

PM Dr. Norhaninah (IGS)

PM Dr. Nisrin (IGS)

Prof Dr. Suhaili (IGS)

UPTM percaya inisiatif sebegini bukan sahaja meningkatkan hubungan universiti dengan komuniti, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan inklusif, selari dengan visi Malaysia menuju kemampanan.

---------------------------------------------------------------------

Majlis Belia Daerah - Mbd Jempol akan cuba wujudkan persatuan belia orang asli daerah Jempol dan akan berada di bawah naungan Badan Gabungan MBD Jempol


Berhulu Camp,Serting Ulu- Telah berlangsungnya Program Kem Belia Peringkat Daerah Jempol 2025 pada 26 hingga 28 Septembe...
27/09/2025

Berhulu Camp,Serting Ulu- Telah berlangsungnya Program Kem Belia Peringkat Daerah Jempol 2025 pada 26 hingga 28 September 2025 anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pbsd Jempol N. Sembilan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Jempol Majlis Belia Daerah - Mbd Jempol serta Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu. Seramai 47 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah Daerah Jempol berumur di antara 13 hingga 17 tahun..

Program selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia mengenai bahaya dan kesan permasalahan sosial belia, melahirkan belia yang berfikiran kritis dan kreatif, serta memupuk nilai murni selaras matlamat pembangunan belia positif. Selain itu, pengisian program melibatkan aktiviti kerohanian,latihan dalam kumpulan (LDK), perkongsian ilmu,aktiviti kecergasan serta banyak lagi.

Semoga program ini berjaya mencapai matlamat yang telah dirancang.

Berikut adalah perkongsian gambar di sepanjang berlangsungnya aktiviti tersebut





Address

Taman Sri Mahsan
Bahau

Telephone

+6064540827

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Daerah - Mbd Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Belia Daerah - Mbd Jempol:

Share