19/08/2024
20 JULAI 2024 | SABTU
TAPAK PARKIR, SK TUNKU MUDA SERTING
Bahau - Seramai 12 orang usahawan vendor dari Hab Makanan Vendor PKDSI telah menyertai jualan sempena 7Wonders Challenge Negeri Sembilan Edisi Jempol . Sebanyak 30 menu telah di bawa dan di jual pada harga serendah RM1 hingga RM3 sahaja.
Menerusi program jualan luar usahawan vendor Pusat Komuniti Desa - PKD Serting Ilir , para usahawan telah menerima hasil pendapatan sebanyak RM1,163.00 keseluruhan jualan.
Terima Kasih kepada semua peserta 7WC edisi Jempol yang telah memberikan sokongan kepada para usahawan .
Program jualan ini akan diteruskan lagi pada waktu-waktu yang seterusnya di lokasi lain.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan menu-menu ini secara harian, boleh berkunjung ke hab kami di Pintu Gerbang Homestay Lonek yang dibuka pada setiap Rabu hingga Ahad, jam 3 petang hingga 7 petang.