31/07/2024
Nilai, 26 Julai 2024 hingga 03 Ogos 2024, telah berlangsung Negeri Sembilan Fest dan Perpatih Fest 2024 di Dataran Nilai, Seremban. Beberapa persiapan dan Bilik Pameran Luak² di Negeri Sembilan telah dilaksanakan dengan jaya nya oleh Ibu-Ibu Soko Luak Jempol yang diketuai oleh Ibu Soko Mazariah Binti Hj Mansol. Tujuan majlis ini dilaksanakan pada tahun ini adalah untuk mengangkat kesenian dan adat di seluruh Negeri Sembilan kepada golongan sasaran generasi muda termasuk memberikan maklumat berkenaan kepada pegunjung dari luar negara sempena menyokong seruan Kerajaan Madani Tahun Melawat Malaysia dan Negeri Sembilan. Majlis selama 6 hari ini telah disempurnakan oleh YBhg Menteri Besar Negeri Sembilan termasuk Exco² Negeri. Secara peribadi YM Dato' Penghulu Luak Jempol Mazri Bin Hj Mansol amat berpuashati dengan persiapan dan juga rancangan yang telah disusun melalui kerapatan pada sebelum ini. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung.
'Jempol Best, Jempol Unik', 'Moh Ke Jompol'.
1 Adat, 1 Kekuatan dan 1 Tujuan
"Utamakan Integriti, Elakkan Ketirisan"
Teks Disediakan oleh
YM Dato' Shahbandar Luak Jempol