Ameerah Bagan Serai

Ameerah Bagan Serai AMEERAH dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri.

Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat.

Kami Wanita Muda Bagan Serai bersama dengan calon Perikatan Nasional bagi PRN Sabah, khususnya calon yang bertanding di ...
28/11/2025

Kami Wanita Muda Bagan Serai bersama dengan calon Perikatan Nasional bagi PRN Sabah, khususnya calon yang bertanding di N.67 Dun Balung iaitu Dr. Munzier Mahamud-Calon no.10.

Kami juga ingin mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat Sabah.

1 undi anda penentu masa hadapan negeri Sabah💪🏻





[Selamat Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2025]Dirgahayu Tuanku 👑Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah...
07/11/2025

[Selamat Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2025]

Dirgahayu Tuanku 👑

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan. 💛


25/10/2025
19/10/2025

Sanah helwah diucapkan kepada YB Datuk Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Perak dan Ahli Parlimen Bagan Serai.

Didoakan agar diberi kesihatan yang baik, keberkatan umur dan kekuatan untuk terus memimpin kami semua, insya-Allah.

آمين


[SMART SOLAT 2025]Alhamdulillah program Smart Solat 2025 anjuran Ameerah dan Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Bagan ...
15/09/2025

[SMART SOLAT 2025]

Alhamdulillah program Smart Solat 2025 anjuran Ameerah dan Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat Pas Bagan Serai dengan kerjasama Masjid Jamek Ar-Ridzuan telah berjaya dilaksanakan di Masjid Jamek Ar-Ridzuan semalam.

Program ini menekankan tentang Taharah, Pengenalan Solat serta Solat Jamak dan Qasar kepada para peserta. Pengisian yang santai dan aktiviti yang menarik daripada penceramah dan fasilitator berjaya menarik minat para peserta untuk memberikan perhatian dan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

Pihak jawatankuasa program berharap agar para peserta dapat membawa p**ang ilmu dan pengalaman yang berharga daripada program ini serta dapat mengamalkan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian, In shaa Allah.


[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-68]Kemerdekaan bukan sekadar angka, tetapi darah, keringat, dan doa para...
31/08/2025

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-68]

Kemerdekaan bukan sekadar angka, tetapi darah, keringat, dan doa para pejuang yang mendahului kita.

Hari ini, kita mewarisi keberanian mereka untuk terus menjaga maruah bangsa, mengangkat persaudaraan, dan mengisi kemerdekaan dengan amal serta perjuangan tanpa henti.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



24/08/2025
📚 Smart Solat, Smart UmmahSempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi, Ameerah dan Lajnah Pendidikan Dewan Musl...
24/08/2025

📚 Smart Solat, Smart Ummah

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi, Ameerah dan Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat dengan kerjasama daripada Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu ingin mengajak pelajar-pelajar yang berusia 7 hingga 12 tahun untuk bersama-sama menyertai program Smart Solat 2025.

📅Tarikh: 14 September 2025 (Ahad)
⏰Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
📍Lokasi: Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu

📱Sebarang pertanyaan:
Hubungi Cik Atirah di talian 010-2006572
📌Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 September 2025

Jangan lepaskan peluang!
Daftar disini: https://forms.gle/7a9UcE41H98AR1zA9

17/08/2025

Dengan penuh pengharapan dan doa dari semua, diumumkan saf kepimpinan Ameerah Perak bagi sesi 2025/2027.

Semoga Allah SWT memberkati amanah yang dipikul, mengukuhkan ukhuwah antara kami untuk memimpin wanita muda dengan penuh hikmah.

Doakan agar kami semua terus teguh dalam meneruskan legasi ini.

The beginning of a new era, bismillah.

Siiru 'ala barakatillah.



03/08/2025

DESAK HAMAS MENYERAH, SATU PENGKHIANATAN

1. Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memerintahkan Israel menghentikan penjajahan haram ke atas Wilayah Palestin.

2. Dunia yang terbuka telah membuka mata rakyat di serata negara tentang kezaliman maha dasyat yang berlaku setiap hari di bumi Palestin.Mengorbankan ratusan ribu nyawa.Anak-anak kecil kesakitan dan kelaparan, menangis tanpa ibu dan ayah di sisi.

3. Israel dengan kecanggihan senjata dan sokongan kuasa besar dunia mengebom setiap hari sehingga kini menghampiri 2 tahun.Kezaliman berlansung tanpa selindung.

4. Perkembangan terkini menyaksikan dunia arab mendesak HAMAS meletakkan senjata, namun tidak p**a mendesak Israel berhenti membunuh dan menjajah.

5. Ternyata dengan segala senjata dan bantuan berterusan kuasa besar, Israel masih tidak mampu menghapuskan perjuangan sejati rakyat Palestin.

6. Ameerah Malaysia menyatakan sokongan terbuka terhadap Palestin dan HAMAS serta semua pihak yang tekad mendirikan Palestin yang merdeka.

7. Mendesak mangsa kezaliman menyerah namun tidak memberi tekanan agar pembunuh berhenti membunuh adalah satu pengkhianatan terhadap saudara seagama dan kemanusiaan.

8. Ameerah Malaysia menyeru semua pihak agar tidak mengalah kepada tekanan namun mesti istiqamah bersama perjuangan memerdekakan Palestin.

YB Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
ADUN Pengkalan Kundor,Kedah

[Retreat Ameerah Bagan Serai 2025]Alhamdulillah Retreat Ameerah Bagan Serai telah berjaya dilaksanakan pada hari ini di ...
27/07/2025

[Retreat Ameerah Bagan Serai 2025]

Alhamdulillah Retreat Ameerah Bagan Serai telah berjaya dilaksanakan pada hari ini di Taiping, Perak.

Objektif utama dalam pelaksanaan retreat ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai medium untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli Ameerah Bagan Serai sekaligus menyuntik kefahaman dan semangat untuk terus berkhidmat kepada agama dan ummah.

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah dijalankan seperti bermain bowling, makan bersama, pengisian ilmiah dan sesi pertukaran hadiah.

Antara nasihat penting yang disampaikan oleh Puan Nor Suriati binti Yusoff selaku Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Bagan Serai ialah perlu menjaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, adik-beradik dan sahabat, menjaga akhlak, berlapang dada dengan setiap teguran, bersabar dengan ujian yang dihadapi dan terus istiqamah menuntut ilmu.

Ameerah Bagan Serai berharap agar pertemuan pada kali ini dapat menyatukan hati-hati ahli Ameerah Bagan Serai agar terus istiqamah dalam memberikan khidmat terbaik untuk agama dan ummah, In shaa Allah.


Address

Bagan Serai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Bagan Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share