01/01/2026
https://www.facebook.com/share/p/17bw9XHsqt/
Mulakan Tahun Ini Dengan Kebaikan
=====
1. Mulakan tahun baru ini dengan kebaikan. Susun dan rancanglah masa kita dengan kebaikan agar masa-masa yang mendatang ini tidak disia-siakan.
2. Ketika menghuraikan dua ayat terakhir dari Surah al-Sharh, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita agar mengisi masa kosong kita untuk dekat dengan Allah. Firman Allah:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ . وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) [7] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). [8] - Surah al-Sharh
3. Secara umumnya ayat ini membimbing kita agar melakukan amal soleh setelah kita selesai melakukan sesuatu kebaikan. Sebagai contoh, setelah kita selesai menggandakan ibadah dalam bulan Ramadan, maka jangan p**a dibiarkan masa lapang kita menjadi kosong dari sebarang amalan. Malah kita digalakkan untuk meneruskan dengan melakukan amal kebaikan yang lain p**a.
4. Sheikh al-Tantawi menukilkan kata-kata Saidina Umar yang membenci melihat lelaki yang duduk bersahaja tanpa melakukan apa-apa amalan tidak kira amal untuk dunianya atau akhiratnya. Kata Umar:
إنّى لَأَكْرَهُ لأَحَدِكُمْ أَنْ يَكُونَ خَالِياً، لاَ فِيْ عَمَلِ دُنْيَا وَلاَ دِيْن
Aku membenci salah seorang dari kamu yang duduk bersahaja (dalam masa kosongnya). Tidak melakukan amalan samada amal untuk dunianya atau agamanya. (Tafsir al-Wasit)
5. Bahkan, perbuatan menangguh-nangguh juga adalah sesuatu yang tidak dis**ai oleh salafussoleh terdahulu. Al-Khatib al-Baghdadi pernah menulis satu bab mengenai Zimm al-Taswif (Celaan Terhadap istilah : “Nanti Aku Buat”). Beliau menukilkan kata-kata al-Hasan yang menyatakan:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، إِيَّاكُمْ وَالتَّسْوِيفَ.. سَوْفَ أَفْعَلُ، سَوْفَ أَفْعَلُ
“Wahai anak muda, hendaklah kamu menjauhkan dirimu dari taswif. Apakah itu taswif? Iaitu perkataan kamu yang menyatakan: “Nanti aku buatlah” “Nanti aku buatlah”..
6. Oleh yang demikian, isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan jauhi sikap s**a bertangguh-tangguh.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi