Malaysian Council For Child Welfare - MKKM

Malaysian Council For Child Welfare - MKKM Malaysian Council of Child Welfare (MCCW) is an umbrella organisation to represent the voice of NGOs

Please join us in this exciting program brought to you in conjunction of Father's Day Celebrations.  This program will h...
19/07/2026

Please join us in this exciting program brought to you in conjunction of Father's Day Celebrations. This program will have free health screening activities for participants and interesting talks focused on the role of the father in society.

Tahniah kepada Dato’ Yasmeen Muhamad ShariffMajlis Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah...
24/06/2026

Tahniah kepada Dato’ Yasmeen Muhamad Shariff

Majlis Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dato’ Yasmeen Muhamad Shariff, Yang di-Pertua Majlis Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), atas kejayaan mewakili Malaysia dan memperoleh undian tertinggi sebagai Ahli Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC) bagi penggal 2027–2031.

Pencapaian yang amat membanggakan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, malah merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen berterusan beliau dalam memperjuangkan hak, perlindungan, penyertaan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Sebagai Yang di-Pertua MKKM, kepimpinan dan visi beliau telah banyak menyumbang kepada usaha memperkukuh suara kanak-kanak serta mempromosikan agenda hak kanak-kanak di Malaysia. Pelantikan ini pastinya akan membuka lebih banyak ruang untuk Malaysia memainkan peranan yang lebih signifikan dalam pembangunan dasar dan advokasi hak kanak-kanak di peringkat global.

Semoga Dato’ Yasmeen terus cemerlang dalam menggalas amanah ini dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia dalam memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk setiap kanak-kanak.

Sekalung tahniah dan syabas daripada seluruh warga Majlis Kanak-Kanak Malaysia (MKKM).






Address

Bagan Lalang
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60392850309

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Council For Child Welfare - MKKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Council For Child Welfare - MKKM:

Shortcuts

Share