KRT Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang

Directions

KRT Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang, Community Organization, kuala sungai pinang, Bagan Kuala Sungai Pinang.

KRT Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang merupakan sebuah organisasi yang menitikberatkan perpaduan dikalangan penduduk dan sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik utk perpaduan masyarakat di kawasan.

🇲🇾👍🏼
16/09/2026

🇲🇾👍🏼

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN HIAS MERDEKA KRT KAMPUNG NELAYAN 2026 Alhamdulillah, selesai sudah sesi penyampaian hadiah ...
16/09/2026

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN HIAS MERDEKA KRT KAMPUNG NELAYAN 2026

Alhamdulillah, selesai sudah sesi penyampaian hadiah dan penghargaan sebentar tadi yang telah berlangsung di Demas, Kuala Sungai Pinang.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang yang telah bertungkus-lumus, mencurahkan idea, masa dan tenaga bagi menghasilkan hiasan Merdeka yang begitu menarik serta penuh dengan semangat patriotisme.

🏡 KATEGORI RUMAH KEDIAMAN

🥇 Tempat Pertama
Pn. Zuraida Binti Abdul Malek

🥈 Tempat Kedua
Pn. Hasnah Binti Said

🥉 Tempat Ketiga
En. Muhamad Anuar Bin Hamid

🏅 Tempat Keempat
Pn. Rohana Bt Ahmad

🏅 Tempat Kelima
En. Shams er Bin Md Hassan

🎖️ Saguhati
Pn. Roziah Binti Ibrahim

🎖️ Saguhati
Pn. Norriza Binti Hasan

🏢 KATEGORI AGENSI

🥇 Tempat Pertama
Tabika KEMAS Kuala Sungai Pinang

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta!

Lebih daripada sekadar sebuah pertandingan, Hias Merdeka 2026 menjadi wadah untuk kita bersama-sama menceriakan kawasan, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat cinta kepada tanah air.

“Setiap hiasan yang dihasilkan adalah tanda kecil kecintaan kita kepada Malaysia, namun semangat kebersamaan yang tercipta adalah sesuatu yang sangat besar nilainya.”

Terima kasih kepada semua penduduk, peserta, juri, AJK KRT dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

Tahniah semua! 🇲🇾❤️
Kuala Sungai Pinang Semarak Merdeka!

KRT Kampung Nelayan
Memperkasa Komuniti • Mengukuh Perpaduan 🇲🇾

🇲🇾 PROGRAM KESEDARAN SIVIK & KENEGARAAN & SEMARAK KEMERDEKAAN 🇲🇾KRT Kampung Nelayan merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
16/09/2026

🇲🇾 PROGRAM KESEDARAN SIVIK & KENEGARAAN & SEMARAK KEMERDEKAAN 🇲🇾

KRT Kampung Nelayan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran tetamu kehormat serta semua pihak yang telah bersama-sama memeriahkan program pada hari ini.

Cik Aslina binti Abdullah
Pegawai Perpaduan Daerah Barat Daya

Tn. Afzal Nasir bin Ibrahim
Pegawai Penyelaras KADUN Telok Bahang

Tn. Ramlee Jaffar bin Yahya
Pengerusi Kariah

Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna kepada seluruh komuniti Kampung Nelayan, Kuala Sungai Pinang.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada KEMAS Parlimen Balik Pulau, JPKKP Kuala Sungai Pinang, JPWK, PPKSP, Persatuan Nelayan, Komuniti MADANI, para pendidik, ibu bapa, anak-anak serta semua agensi dan komuniti setempat yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

🤝 Kerjasama erat antara agensi dan komuniti adalah kekuatan kita dalam membina masyarakat yang bersatu, harmoni dan prihatin.

Terima kasih atas masa, tenaga dan sokongan semua.

KRT Kampung Nelayan
🇲🇾 Semangat Merdeka, Semangat Perpaduan! 🇲🇾






ZIARAH KASIH PPKSP & KRT KAMPUNG NELAYAN“Saat diuji, jangan biarkan mereka rasa bersendirian.” ❤️Alhamdulillah, Pihak Pe...
09/09/2026

ZIARAH KASIH PPKSP & KRT KAMPUNG NELAYAN

“Saat diuji, jangan biarkan mereka rasa bersendirian.” ❤️

Alhamdulillah, Pihak Persatuan Penduduk Kuala Sungai Pinang (PPKSP) bersama KRT Kampung Nelayan berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih ke beberapa buah rumah ahli dan penduduk yang sedang diuji dengan ujian kesihatan.

Antara yang diziarahi:

1. 🌷 Isteri Azhar Chef – Taman Baru - Sumbangan (PPKSP)
2. 🌷 Anak Makndak Siah / Pakndak Hassan– Taman Lama- Sumbangan (KRT Kampung Nelayan)
3. 🌷 Kak Jariah – Taman Baru- Sumbangan (PPKSP)
4. 🌷 Makcik Faridah – Taman Lama- Sumbangan (PPKSP)

Dalam ziarah ini, pihak PPKSP turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang sedang berdepan ujian kesihatan.

Pihak KRT Kampung Nelayan juga menyampaikan sumbangan kepada anak Pakndak Hassan dari Taman Lama yang sedang diuji dengan serangan angin ahmar (strok).

Semoga sedikit sumbangan yang disampaikan dapat membantu meringankan beban dan menjadi tanda bahawa komuniti sentiasa bersama ketika susah dan senang.

🤲 Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan, kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang sedang diuji. Permudahkan segala urusan mereka, berikan kesihatan yang baik serta kekuatan kepada keluarga yang menjaga.

Ziarah bukan sekadar berkunjung, tetapi membawa doa, kasih sayang dan harapan. ❤️

PPKSP 🤝 KRT Kampung Nelayan
Bersama Membina Komuniti Prihatin & Penyayang







🇲🇾📰 PERTANDINGAN HIAS MERDEKA KRT KAMPUNG NELAYAN 2026 MENDAPAT LIPUTAN MEDIA! 🇲🇾Alhamdulillah, Program Pertandingan Hia...
09/09/2026

🇲🇾📰 PERTANDINGAN HIAS MERDEKA KRT KAMPUNG NELAYAN 2026 MENDAPAT LIPUTAN MEDIA! 🇲🇾

Alhamdulillah, Program Pertandingan Hias Merdeka KRT Kampung Nelayan 2026 telah mendapat liputan media dan disiarkan dalam Kosmo! hari ini, 9 September 2026. 📰✨

Terima kasih kepada pihak media atas perhatian dan liputan yang diberikan terhadap usaha komuniti Kuala Sungai Pinang dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan serta menghidupkan semangat patriotisme melalui penglibatan penduduk setempat. ❤️🇲🇾

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, penduduk, AJK KRT, juri serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

🇲🇾 Ini bukan sekadar pertandingan menghias rumah dan premis. Ini adalah tentang kita bersama-sama mengibarkan semangat Merdeka, menghargai jasa pejuang terdahulu dan memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti.

Daripada Kuala Sungai Pinang untuk Malaysia. ❤️🇲🇾

KRT Kampung Nelayan
Bersama Menyemarakkan Merdeka, Memperkukuh Perpaduan.

06/09/2026

🚶‍♂️🇲🇾 UNITY WALK 2026 – LANGKAH BERSAMA, SEMARAKKAN PERPADUAN 🇲🇾🚶‍♀️

Alhamdulillah, Pengerusi KRT Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang turut menyertai Unity Walk 2026 pada 6 September 2026 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Program ini menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan.

🤝 Langkah bersama, perpaduan terpelihara.
❤️ Bersama jiran, membina komuniti sejahtera!

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

KRT Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang
Komuniti Bersatu, Kampung Sejahtera 🇲🇾

05/09/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua juri yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen untuk menjalankan penilaian Pertandingan Hias Merdeka KRT Kampung Nelayan 2026.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua penduduk dan peserta yang telah mengambil bahagian serta bersama-sama menceriakan Taman Nelayan dengan semangat patriotisme dan kreativiti masing-masing. ❤️🇲🇾

🏆 Nantikan keputusan pemenang dalam masa terdekat!

🎉 Kita jumpa di Majlis Penyampaian Hadiah dan Penghargaan:

📅 16 September 2026
📍 Dewan Demas, Taman Nelayan

🇲🇾 “Yang paling bermakna bukan sekadar memenangi pertandingan, tetapi semangat kita bersama-sama menghidupkan suasana Merdeka dan menghargai pengorbanan generasi terdahulu.”

Terima kasih semua! ❤️
Syabas warga Kuala Sungai Pinang! 🇲🇾

KRT Kampung Nelayan
Bersama Menyemarakkan Merdeka, Memperkukuh Perpaduan.

#2026

Pihak KRT Kampung Nelayan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah m...
05/09/2026

Pihak KRT Kampung Nelayan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Pertandingan Hias Merdeka KRT Kampung Nelayan 2026.

Terima kasih kepada:

• Pejabat Penyelaras KADUN Telok Bahang
• JPKKP Kuala Sungai Pinang
• MPKK Taman Nelayan
• Komuniti MADANI Sungai Pinang
• JPWK KADUN Telok Bahang
• Persatuan Penduduk Kuala Sungai Pinang
• Persatuan Nelayan Kuala Sungai Pinang

Tidak dilupakan semua juri, AJK KRT serta seluruh warga Taman Nelayan yang telah bersama-sama menyumbang masa, tenaga dan sokongan sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sesungguhnya kejayaan sesuatu program bukan hasil usaha seorang, tetapi hasil daripada semangat kebersamaan, kerjasama dan perpaduan semua pihak.

“Berbeza peranan, tetapi satu tujuan. Bersatu hati menyemarakkan Merdeka, memperkukuh perpaduan dan membina komuniti yang lebih harmoni.”

Terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan.

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

KRT Kampung Nelayan
Bersama Menyemarakkan Merdeka, Memperkukuh Perpaduan.

Address

Kuala Sungai Pinang
Bagan Kuala Sungai Pinang
11010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share