15/08/2026
[ KEJOHANAN PING PONG MN BAGAN DATUK : PENUH SEMANGAT & HANGAT, TAHNIAH & SYABAS BUAT SEMUA ]
Berlangsung Kejohanan Ping Pong Muafakat Nasional (MN) Tertutup & Jemputan Bagan Datuk pada 15 Ogos, bertempat di Dewan Serbaguna Hutan Melintang.
Seramai 32 orang pemain mengambil bahagian dalam Kejohanan tersebut bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
Perasmian Kejohanan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Muafakat Nasional Perhubungan DUN Rungkup, Mustaid Saifuddin.
Majlis Penyampaian hadiah p**a disempurnakan oleh En. Abdul Rahman Ibrahim, Timbalan Pengerusi Muafakat Nasional Perhubungan Parlimen Bagan Datuk.
Turut hadir raikan majlis, Pengerusi Muafakat Nasional MN Perhubungan DUN Hutan Melintang, En. Mohd Zikri Zaidani Zainudin dan AJK MN Rungkup, En. Abdul Razak Ahmad.
Penganjuran program ini adalah secara kerjasama pihak Muafakat Nasional Perhubungan Parlimen Bagan Datuk, DACS Bagan Datuk dan KOMUNITI penduduk Kg. Hutan Melintang.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta Kejohanan khususnya juara pertandingan kali ini.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Dr. Nik Mohamad Azli Nik Ariffin, Pengerusi Muafakat Nasional Perhubungan Negeri Perak merangkap pengerusi MN Perhubungan Parlimen Bagan Datuk.
" MUAFAKAT NASIONAL โ MN "
|| LOVE โข UNITY โข RESPECT ||