Briged Muslimat Bachok

Call Directions

Briged Muslimat Bachok Briged Muslimat merupakan salah satu medium untuk para muslimat bergiat aktif dalam pasukan beruniform.

26/07/2026

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI KELANTAN KALI KE-53

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya *Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Kali Ke-53* yang diadakan di *Kompleks Pendidikan Islam (KPI), Bachok*. Program ini menghimpunkan perwakilan serta muslimat dari seluruh negeri Kelantan bagi membincangkan hala tuju perjuangan, memperkukuh ukhuwwah dan memperbaharui iltizam dalam meneruskan agenda Islam.

Briged Muslimat turut memainkan peranan penting sepanjang program berlangsung dengan memastikan kelancaran perjalanan majlis melalui tugasan kawalan protokol, pengurusan pergerakan tetamu, kawalan dewan serta disiplin peserta. Setiap amanah yang dipikul dilaksanakan dengan penuh komitmen, disiplin dan semangat berpasukan.

Semoga segala pengorbanan masa, tenaga dan khidmat yang dicurahkan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT serta terus menyemarakkan semangat istiqamah dalam perjuangan. Moga Allah mengurniakan kekuatan kepada seluruh saf kepimpinan dan ahli Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan untuk terus memimpin ummah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.



25/07/2026
25/07/2026

SEKITAR REHEASEL BRIGED BANAT UNTUK MUKTAMAR TAHUNAN DMPNK SEMALAM πŸ”₯


πŸ“Έ LENSA BRIGED MUSLIMAT | HIMPUNAN JENTERA MEDIA SOSIAL PAS KELANTANAlhamdulillah, Briged Muslimat Kawasan Bachok telah ...
16/07/2026

πŸ“Έ LENSA BRIGED MUSLIMAT | HIMPUNAN JENTERA MEDIA SOSIAL PAS KELANTAN

Alhamdulillah, Briged Muslimat Kawasan Bachok telah berkesempatan menghadiri Himpunan Jentera Media Sosial PAS Kelantan* yang berlangsung pada 15 Julai 2026 di Dewan Kompleks Pendidikan Islam (KPI), Kampung Badak, Bachok.

Program ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman, kemahiran serta kesatuan gerak kerja dalam mendepani cabaran dunia media yang semakin berkembang. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dikongsikan sebagai panduan dalam memperkasakan peranan media sebagai medium penyampaian maklumat yang benar, membina pemikiran masyarakat serta menjadi wadah dakwah yang berkesan.

Semoga setiap usaha yang digerakkan melalui medium media sosial menjadi asbab tersebarnya kebaikan, memperkukuhkan ukhuwah serta menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah, amanah dan tanggungjawab.

"Sedia Setia"




πŸ“’ π—œπ—žπ—¨π—§π—œ π— π—˜π——π—¦π—’π—¦ 𝗕π—₯π—œπ—šπ—˜π—— π— π—¨π—¦π—Ÿπ—œπ— π—”π—§ π—žπ—”π—ͺ𝗔𝗦𝗔𝗑 π—•π—”π—–π—›π—’π—žAssalamualaikum w.b.tDimaklumkan bahawa Briged Muslimat Kawasan Bachok kini...
26/06/2026

πŸ“’ π—œπ—žπ—¨π—§π—œ π— π—˜π——π—¦π—’π—¦ 𝗕π—₯π—œπ—šπ—˜π—— π— π—¨π—¦π—Ÿπ—œπ— π—”π—§ π—žπ—”π—ͺ𝗔𝗦𝗔𝗑 π—•π—”π—–π—›π—’π—ž

Assalamualaikum w.b.t

Dimaklumkan bahawa Briged Muslimat Kawasan Bachok kini aktif di platform media sosial rasmi bagi menyampaikan informasi berkaitan kegiatan Briged Muslimat.

Sehubungan itu, dijemput kepada semua untuk mengikuti akaun media sosial rasmi Briged Muslimat Kawasan Bachok seperti berikut:

πŸ“± TikTok :
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-97WeFDN3siT

πŸ“˜ Facebook :
https://www.facebook.com/share/1PQWcXD5KP/

✨ Ikuti kami untuk mendapatkan informasi terkini, aktiviti muslimat dan konten inspirasi yang bermanfaat.

Sekian, terima kasih.


LENSA BRIGED MUSLIMAT πŸ“ΈΨ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΪ¬Ω… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨͺΩ‡Alhamdulillah, pagi tadi 6 orang Briged Muslimat Kawasan Bachok tur...
19/06/2026

LENSA BRIGED MUSLIMAT πŸ“Έ

Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΪ¬Ω… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨͺΩ‡
Alhamdulillah, pagi tadi 6 orang Briged Muslimat Kawasan Bachok turut membantu dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bachok Kali Ke-46/2026 serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya Muslimat Bachok yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Amar D'raja Dato' Dr. Haji Mohd Amar bin Abdullah.

Program yang berlangsung di Kompleks Pendidikan Islam, Badak, Bachok. Turut dihadiri oleh pimpinan-pimpinan PAS Kawasan Bachok dan muslimat dari seluruh cawangan.

Semoga segala khidmat yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT serta menjadi pemangkin semangat untuk terus istiqamah berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

"Bekerja bukan untuk dipandang manusia, tetapi untuk meraih redha Allah."


15/06/2026
15/06/2026

🚨 ADAKAH ANDA TAHU CARA MEMPERTAHANKAN DIRI? 🚨

Jangan tunggu sampai berlaku kejadian tidak diingini baru kita nak belajar!

Jom sertai PROGRAM LATIHAN ASAS PERTAHANAN DIRI yang diadakan khas untuk BELIAWANIS DAN WANITA.

πŸ’ͺ Apa yang anda akan belajar?

πŸ₯‹ Teknik asas melepaskan diri daripada ancaman
🧠 Menguatkan keyakinan diri dan mental
⏱️ Tindakan pantas dalam situasi cemas

πŸ—“οΈ Tarikh: 19 Jun 2026
⏰ Masa: 8.00pagi - 1.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Dewan Doojang, Pasir Puteh

🎁 Tempat adalah TERHAD untuk 30 peserta terawal sahaja.

πŸ“ž Hubungi sekarang: Aisah - 0146298793

Tekan pautan di bawah untuk daftar sekarang πŸ‘‡
πŸ”— https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSebC4ntMWPd3Joupcudn1kpDLkd6hfkAo5eseNljMojK3lhKg/viewform?usp=header



Address

Bachok

Telephone

+601120919018

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Muslimat Bachok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share