23/10/2025
Sekitar Festival Kejuaraan Seni Nagobogho Antarabangsa Negeri Kelantan 2025 yang berlangsung di Dataran Bandar Baru Pasir Mas pada 17-19 Oktober 2025 yang lalu.
PSSGWM telah menghantar empat orang wakil peserta untuk berentap bersama-sama 100 peserta lain daripada lima negara dalam festival ini.
Terdapat tiga jenis permainan yang dipertandingkan iaitu pertandingan Langkah Pendekar, Amuk Parang dan Lontar kapak.
Alhamdulillah, wakil PSSGWM Cikgu Raja Amirul Hafiz telah mendapat kedua dalam Pertandingan Amuk Parang manakala Cikgu Nik Muhammad Husain tempat ketiga dalam Pertandingan Lontar Kapak.
Tahniah kepada pihak penganjur atas penganjuran program ini. Tahniah kepada semua peserta yang memeriahkan pertandingan ini.