Surau As Salam IKTBN Bachok

Surau As Salam IKTBN Bachok Selamata Datang ke Facebook Rasmi Surau As Salam IKTBN Bachok, Kelantan

Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Surau Telah Selesai DilaksanakanMesyuarat jawatankuasa surau telah diadakan sebent...
12/08/2025

Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Surau Telah Selesai Dilaksanakan

Mesyuarat jawatankuasa surau telah diadakan sebentar tadi bagi membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pengurusan, aktiviti yang akan dilaksanakan serta beberapa isu berbangkit. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberi komitmen.

Semoga segala perancangan yang dibincangkan akan dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat bersama.





12/08/2025

Keutamaan Penuntut Berilmu

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Daripada Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang berilmu dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar." (Sunan Ibnu Majah No: 219) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

2. Orang yang berada di majlis ilmu untuk menuntut ilmu, akan sentiasa dinaungi sayap Malaikat dan didoakan agar dicucuri rahmat.

3. Orang yang berada di majlis ilmu untuk tujuan menuntut ilmu, nescaya akan didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuk ikan yang ada didalam air.

4. Keutamaan orang yang berilmu berbanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama dengan semua bintang yang ada (seorang yang berilmu itu umpama bulan yang bersinar dan menyinari cahaya, sedangkan ahli ibadah umpama cahaya daripada semua bintang-bintang).

5. Para ulama (ilmuan) adalah pewaris para Nabi kerana para Nabi mewariskan ilmu bukan harta (harta boleh habis sedangkan ilmu sentiasa berkembang).

6. Orang yang mencari dan mempelajari ilmu bermakna ia telah mengambil bahagian yang sangat besar daripda harta yang diwariskan oleh para Nabi.

Marilah kita berusaha sentiasa terus belajar bagi mendalami ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya pak turut. Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan mempermudahkan kita jalan ke syurga.

Semoga Allah menjadikan kita orang yang cerdik dan bijaksana kerana sentiasa belajar untuk menjadi orang yang berilmu.





11/08/2025

Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ

Daripada Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kalian mengumpat seorang muslim dan jangan p**a mencari-cari kesalahannya (aibnya). Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang lain, maka Allah akan mencari-cari keaibannya. Maka siapa saja yang Allah dedahkan keaibannya, maka Allah akan memalukannya walaupun yang ada di dalam rumahnya sendiri." (Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Orang yang beriman wajib memelihara lisannya dari mengumpat dan mencari kelemahan orang lain, sama ada sesuatu yang dituturkan mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan.

2. Islam mengajar umatnya untuk tidak mengumpat dan membuka aib orang lain kerana ia merupakan dosa besar.

3. Sesiapa yang menutup aib saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda:

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Maksudnya: "Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat." (Sunan Ibnu Majah)

4. Barangsiapa yang mencari-cari kesalahan saudara muslimnya, maka Allah akan membuka kesalahan dan aibnya walaupun yang ada di dalam rumahnya.

5. Orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar itu. Allah mengingatkan dengan nada keras kepada golongan ini:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang s**a menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19)

Kepada pencela dan pembuka aib, ingatlah azab Allah di dunia dan akhirat. Mengumpat dan membongkar aib orang lain bukanlah sifat seorang Muslim sejati. Sebaliknya, seorang mukmin yang benar-benar beriman akan menjaga lidah, menutup aib orang, dan menjaga kehormatan sesama Muslim. Allah menjanjikan bahawa siapa yang membuka aib orang, maka aibnya juga akan dibuka – walau dia sembunyikan sebaik mungkin.






Majlis berbuka puasa anjuran Jawatankuasa surau As-Salam dengan menjemput semua penghuni kuarters Iktbn Bachok diadakan ...
19/03/2025

Majlis berbuka puasa anjuran Jawatankuasa surau As-Salam dengan menjemput semua penghuni kuarters Iktbn Bachok diadakan pada 12/03/2025.Semoga program ini menjadi acara tahunan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.






Program Solat Tarawih & Tazkirah Ramadhan.Selasa,11 Mac 2025 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa surau As-Sala...
19/03/2025

Program Solat Tarawih & Tazkirah Ramadhan.

Selasa,11 Mac 2025 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa surau As-Salam Iktbn Bachok telah menganjurkan satu program dengan menjemput Ustaz Muhamad Syafiq Al-Hafiz b.Mohammad sebagai imam tarawih dan sedikit tazkirah ramadan bertajuk "Ramadhan Bulan Pengampunan".

Program ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi Surau dan KB Hal Ehwal Pelajar serta ajk-ajk surau .Kehadiran pelajar juga amat membanggakan dengan semua pelajar turun beramai-ramai bagi mengerjakan solat Isyak dan tarawih.

Semoga dengan adanya program seperti ini,para pelajar mendapat sedikit sebanyak ilmu akhirat untuk disimpan di dalam dada,Insha Allah.

TVET Pilihan Utama Kerjaya ILKBS Profesional Terunggul








Bachok, 13 Mac 2025 - Dalam usaha memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai kebersamaan dalam kalangan...
13/03/2025

Bachok, 13 Mac 2025 - Dalam usaha memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat, Hotel H Elite Kota Bharu telah menyediakan juadah berbuka puasa kepada pelajar IKTBN Bachok. Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak hotel dalam mendekati serta menyantuni golongan pelajar daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok serta Ahli Jawatankuasa Surau As-Salam.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap golongan yang diraikan, sebanyak 50 bungkusan juadah berbuka puasa telah disampaikan oleh Encik Hamzah Rosli, General Manager H Elite Kota Bharu, kepada Pn Fazlili binti Ghani wakil Ahli Jawatankuasa Surau As Salam. Sumbangan ini sebagai simbolik kepada nilai kasih sayang dan ihsan yang menjadi teras dalam masyarakat , khususnya di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Selain memberikan manfaat dalam bentuk sumbangan makanan, program ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara pihak Hotel H Elite Kota Bharu dan IKTBN Bachok. Hubungan erat antara sektor korporat dan institusi pendidikan seperti ini dapat membuka ruang kepada pelbagai peluang kolaborasi yang bermanfaat pada masa hadapan, termasuk dalam aspek pembangunan kemahiran pelajar, program latihan industri serta penglibatan komuniti secara lebih menyeluruh.
Justeru, diharapkan agar usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada organisasi lain untuk turut sama bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat kemasyarakatan.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul








Address

IKTBN BACHOK
Bachok
16300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau As Salam IKTBN Bachok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share