22/02/2026
Karnival Sukan KKSU UMK 2026 Meriahkan Semangat Sehati Sejiwa
PENGKALAN CHEPA, 14 Februari 2026 | Kelab Kebajikan Staf Universiti (KKSU) dengan kerjasama Pusat Sukan & Rekreasi UMK, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan Karnival Sukan KKSU UMK 2026: Sehati Sejiwa, Menuju Kejayaan pada 14 Februari 2026 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi di Kemudahan Sukan, UMK Kampus Kota.
Karnival sukan yang menghimpunkan warga staf UMK dari pelbagai jabatan dan pusat tanggungjawab ini berlangsung dalam suasana penuh meriah, ceria dan semangat kekitaan. Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi medan riadah sihat, malah membuka ruang untuk staf berinteraksi dengan lebih santai, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai semangat kesukanan dan kerja berpasukan.
Dua acara utama telah dipertandingkan iaitu Bola Sepak (7 sebelah) dan Bola Jaring. Sebanyak 9 pasukan telah berentap dalam acara Bola Sepak (7 sebelah) manakala 5 pasukan bersaing dalam acara Bola Jaring dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Bola Sepak (7 sebelah)
Juara: TEAM BK
Naib Juara: KV UNITED
Ketiga Bersama: VC UNITED & HEPA WARRIOR
Bola Jaring
Juara: DiTEC Diva
Naib Juara: Golden Balance
Ketiga Bersama: Bachoklana & VC Netball United
Secara keseluruhannya, Karnival Sukan KKSU UMK 2026 telah berjaya mencapai objektif penganjurannya dalam memupuk gaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga staf UMK, selaras dengan tema Sehati Sejiwa, Menuju Kejayaan.