Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Projek Zon Selatan

Directions

Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Projek Zon Selatan Kelab ini bernaung di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Pejabat Projek Zon Selatan.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,Sebelum pulang mengail ikan,Selamat hari lahir kami ucapkan,Moga umur dipanjangkan Tuhan....
02/10/2026

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan,
Selamat hari lahir kami ucapkan,
Moga umur dipanjangkan Tuhan.

โ€œSelamat Hari Lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan Oktober. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berlimpah dan kerjaya yang cemerlang. Teruskan berkarya dan memberi inspirasi!โ€



๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•1 Oktober 2026
01/10/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•

1 Oktober 2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—จ ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ก๐—ข๐—ฅ๐—”๐—œ๐——๐—” ๐ŸŒนSelamat maju jaya dan terima kasih kepada Puan Noraida binti Abdul Rani atas segala jasa...
01/10/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—จ ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ก๐—ข๐—ฅ๐—”๐—œ๐——๐—” ๐ŸŒน

Selamat maju jaya dan terima kasih kepada Puan Noraida binti Abdul Rani atas segala jasa, sokongan dan khidmat bakti sepanjang bersama PPZS dan KKS PPZS.

Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu. ๐Ÿ’

Ikhlas daripada
Kelab Kebajikan dan Sukan PPZS

23/09/2026
๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—กSukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Ke-21 Selangor 2026.
22/09/2026

๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก

Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Ke-21 Selangor 2026.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸดSERDANG, 20 September 2026 โ€“ Kejohanan Sukan Nasional Peran...
21/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿด

SERDANG, 20 September 2026 โ€“ Kejohanan Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa (SUKNA) XXI Selangor 2026 melabuhkan tirainya secara rasmi malam tadi dalam sebuah Majlis Penutupan yang berlangsung meriah dan bersejarah di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Kontinjen Ibu Pejabat dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi SUKNA XXI Selangor 2026.

Majlis Penutupan Rasmi SUKNA XXI Selangor 2026 turut dihadiri wakil rasmi YAB Menteri Besar Selangor, Tuan Ng Suee Lim, yang juga EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Kehadiran beliau menyempurnakan majlis yang menjadi simbolik berakhirnya temasya sukan terbesar dalam kalangan warga perancangan bandar dan desa di peringkat kebangsaan.

Berlangsung dari 17 hingga 20 September 2026, SUKNA XXI Selangor 2026 mempertandingkan sebanyak 14 jenis sukan dengan penyertaan enam (6) kontinjen, termasuk Kontinjen Zon Selatan.

Majlis penutupan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan merangkap Ketua Delegasi (Chief de Mission) Kontinjen Zon Selatan, Encik Zaifulzahri bin Kamde.

SUKNA XXI Selangor 2026 bukan sahaja menyaksikan persaingan sengit antara para peserta, malah menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan, di samping memperkukuh hubungan dan semangat kerjasama antara jabatan.

Kontinjen Zon Selatan turut mencatatkan pencapaian membanggakan dengan meraih lapan (8) pingat secara keseluruhan, terdiri daripada:
โ€ข ๐Ÿฅ‡ 1 pingat emas โ€“ Boling berpasukan
โ€ข ๐Ÿฅˆ 3 pingat perak โ€“ Badminton berpasukan, Dart berpasukan dan Olahraga (200 meter wanita)
โ€ข ๐Ÿฅ‰ 5 pingat gangsa โ€“ Sepak takraw regu, Futsal lelaki, Futsal wanita, Bola tampar wanita dan Olahraga (1,000 meter jalan kaki)

Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan semangat juang seluruh atlet Kontinjen Zon Selatan yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang temasya berlangsung.

Majlis penutupan tersebut turut menjadi detik penghargaan kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai, pengadil, urus setia, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan SUKNA XXI Selangor 2026.

Kontinjen Zon Selatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor serta semua pihak yang terlibat atas penganjuran SUKNA XXI Selangor 2026 yang berlangsung dalam semangat kesukanan, persahabatan dan perpaduan.

Jumpa lagi di SUKNA 2028 di Pulau Pinang! ๐Ÿ†


๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฏ๐˜‚๐—บ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป!๐Ÿ”ฅ๐ŸฏKepada yang belum berjaya membawa pulang...
20/09/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฏ๐˜‚๐—บ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป!
๐Ÿ”ฅ๐Ÿฏ

Kepada yang belum berjaya membawa pulang pingat, teruskan perjuangan!


๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—šPUTRAJAYA, 18 September โ€” Kontinjen Zon Selatan meraih pingat...
19/09/2026

๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š

PUTRAJAYA, 18 September โ€” Kontinjen Zon Selatan meraih pingat emas pertama pada Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa (SUKNA) XXI Selangor 2026 menerusi acara boling, semalam.

Beraksi di IOI City Mall, pasukan boling Zon Selatan mempamerkan aksi konsisten apabila mengumpul 3,548 mata selepas tiga set permainan untuk muncul juara.

Pingat perak menjadi milik Zon Ibu Pejabat (HQ) dengan catatan 3,419 mata, manakala Zon Utara meraih gangsa selepas mengumpul 3,146 mata.

Sebelum kejayaan emas boling itu, kontinjen Zon Selatan terlebih dahulu membuka akaun pingat menerusi acara futsal apabila pasukan lelaki dan wanita masing-masing berjaya meraih pingat gangsa.

Kejayaan boling kemudian melengkapkan hari membanggakan kontinjen apabila menghadiahkan emas pertama Zon Selatan pada temasya kali ini.

Selepas perkembangan terkini kejohanan, Zon Selatan kini berada di kedudukan keempat daripada enam kontinjen, sementara kontinjen tuan rumah mendahului carta pungutan pingat.

Tahniah, Zon Selatan!


Address

ARAS 6-8, MENARA PERSEKUTUAN, Jalan PERSEKUTUAN
Ayer Keroh
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Projek Zon Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share